Kebanyakan ibu-ibu moden akan mengambil kesempatan memeriksa atau melayan ‘handphone’ semasa menyusukan bayi sebagai cara mengisi masa lapang. Tahukah anda, menurut pakar, ibu yang menggunakan telefon pintar mereka ketika menyusukan bayi boleh membahayakan si kecil.
Menurut pakar, ibu-ibu baru bukan sahaja hilang petunjuk-petunjuk yang tidak ketara tentang kesejahteraan anak mereka, tetapi mereka juga tidak ada hubungan mata dengan si kecil yang boleh menjurus kepada isu jangka panjang lain.
Ibu Ralit Layan ‘Handphone’ Ketika Menyusu
Hari ini ia bukan perkara pelik bila semua ibu menyusukan akan memegang telefon pintar masing-masing ketika menyusukan anak. Ibu yang menggunakan telefon pintar semasa menyusu boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada bayi mereka.
Ads
BONDING SEMASA MENYUSU
Dr. Kateyune Kaeni, pakar psikologi kesihatan mental keibuan yang bertugas di Pomona Valley Medical Center berkata, hubungan mata amat penting dalam pembinaan hubungan selamat antara ibu dan bayi.
Menurutnya, “Bila bayi lahir, penglihatan mereka secara asasnya hanya dari dada ke muka ibu. Itu jarak paling jauh mereka boleh lihat. Jadi bayi banyak merenung dan bonding dengan cara itu.”
“Jika bayi cuba untuk berhubungan dengan anda melalui bunyi bising atau senyuman yang dibuat tetapi tidak berjaya dan mencubanya beberapa kali dan akhirnya si kecil belajar yang mereka tidak boleh bergantung pada anda untuk memberi respon. Ini boleh berisiko menjadikan bayi sama ada seorang yang tidak sabar dan asyik nak melekat pada anda atau rasa tak selamat hingga nak melekat sahaja dan akan meningkatkan tingkah laku mereka sehingga anda memberi perhatian.”
Ads
Boleh Bahayakan Bayi
Tambahnya lagi, gangguan seperti sebuah telefon pintar boleh menyebabkan ibu hilang petunjuk yang bayi sudah “kenyang atau masih lapar atau lekapan mereka tidak selamat atau sekiranya mereka ada masalah menelan”.
Terry Bretscher, jururawat yang bertugas dengan Dr Kaeni berkata kebanyakan ibu muda selalunya lebih asyik memeriksa mesej telefon pintar berbanding menyusukan bayi mereka.
“Anda bantu bayi melekap pada ibu mereka dan boleh lihat telefon si ibu asyik berbunyi. Mereka nampak waspada dan anda boleh nampak mata mereka asyik bergerak ke bawah dan melihat ke arah telefon.
Kadang-kala mereka lebih sibuk menjawab telefon. Ia memang sukar untuk membina ikatan atau bercakap-cakap dengan bayi anda bila ibu sentiasa sibuk melayan telefon pintar sahaja!”
Sumber: thesun.co.uk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maream Esabel, (4 tahun 4 bulan) anak kepada blogger dan instafamous Farah Lee telah menarik perhatian netizen apabila videonya membuat persembahan jalanan di daerah Córdoba, Spain sangat mencuit hati.
Video tersebut telah dimuatnaik di instagram Farah Lee dan mendapat tontonan sebanyak 108,166 views setakat hari ini. Maream ditemani Orked menari malu-malu untuk mendapatkan duit membeli gula-gula dan permainan.
Belajar sikit cara cari duit asyik tau minta duit je hahaha. Maream dan Orked buat street performance nak beli candy and toys katanya inspired by street performances kat Spain and Portugal.
Dapat lah pakcik taxi bagi duapulohsen dan ihsan Uncle Ai sesikit sambil letak duit sendiri haha. Pastu kemain cakap unfair sebab orang lain dapat banyak. Amboiii kemain dia main tap2 kaki je dan Orked pulak duk melekat kat tiang ada hati nak dapat banyak cam orang lain. Effort cik adik effort haha.
Mezquita-Catedral de Córdoba, Cordoba, Spain : 020119.
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!
Kesan sikap toksik ibu bapa
Selalunya kita akan menyatakan masalah dalam perkahwinan seperti penceraian atau perpisahan yang akan memberikan kesan kepada anak, khususnya melibatkan mental mereka.
Tetapi anda tidak perlu menunggu sehingga berlakunya masalah dalam perhubungan dengan pasangan untuk mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kepada anak-anak. Sikap toksik ibu bapa pun boleh memberikan kesan negatif.
Cara berkomunikasi, berfikir, cara melayani pasangan mahupun ketika melakukan pekerjaan bersama-sama boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif dalam kualiti kehidupan anak-anak.
7 sikap toksik ibu bapa perlu disingkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.
Tidak mengapa. 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
kesan kepada anak;
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Kesimpulannya
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga anda.
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.