Ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia setelah dipercayai memakan buah epal yang sudah dilenyek reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Fawwaz Muhammad Fadlan yang berusia sembilan bulan.
Munirah Abd. Rahman, 38, berkata, dia dan suami, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.
Menurut Guru Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah di Kupang itu, keenam-enam anaknya termasuk mangsa dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sama sebelum ini.
Ads
“Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska ada menghubungi, namun tidak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubunginya pula.
“Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.
“Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa,” katanya.
Ads
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, Muhammad Fawwaz yang menangis selepas makan buah tersebut kemudian tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Baling, dekat sini.
Ads
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, pemeriksaan tubuh badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Kakak (arwah) sempat campak anak bongsu yang ada bersamanya di tempat duduk penumpang hadapan ke belakang sebelum disambut anak sulungnya bagi menyelamatkan anaknya,” kata Syaidatul Fatihah Mohd, 30.
Syaidatul Fatihah menceritakan kemalangan maut yang menimpa kakaknya, Surawati Mohd, 33, dua hari lalu.
Sekelip Mata Yatim Piatu
Dalam kejadian 5 pagi itu, Surawati bersama suami Muhammad Noor Idham Ramli, 31, meninggal dunia apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Seremban, dekat Keratong.
Kejadian menyebabkan tiga anaknya, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia.
Menurut Syaidatul Fatihah, kejadian berlaku ketika lima beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Pulau Duyong ke rumah ibu bapa Muhammad Noor di Felda Lui, Jempol, Negeri Sembilan.
“Kami (ahli keluarga) semua tidak tahu mereka bertolak awal sehari ke sana.
“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal,” katanya ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.
Menurutnya, ahli keluarga hanya mengetahui mengenai kemalangan itu selepas dihubungi Hospital Muadzam Shah, Pahang 7 pagi hari kejadian.
Katanya, susulan itu ahli keluarganya segera ke hospital terbabit bagi melihat keadaan lima beranak itu.
“Kami dimaklumkan kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera.
Ibu Sempat Campak Adik Ke Belakang
“Menurut Aryan Rizqy, ketika kereta hilang kawalan dia masih sedar dan ibunya sempat campakkan Arfan ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkan anak bongsunya itu.
“Aryan Rizqy sempat menyambut adiknya sebelum Perodua Myvi dinaiki berlanggar dengan lori,” katanya.
Katanya, jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang.
“Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.
“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.
Sebelum ini Metro melaporkan pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki merempuh lori model Isuzu di lokasi terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Noor dari arah Kuantan menuju ke Seremban masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
“Allah bagi sekejap untuk kami peluk Afnan tapi itulah pengalaman yang cukup berharga.” Kongsi Azmi Saat selepas kehilangan anak sulungnya, Khairul Afnan jam 1.19 petang (Khamis).
Walaupun hanya sempat belai dan peluk dalam tiga hari saja, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila anak yang ditunggu selama 10 tahun hanya dipinjamkan sekejap buatnya dan isteri.
Menurut laporan Mstar, Azmi memberitahu dia sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaan bayi lelakinya tentang masalah yang dialami.
“Selepas lahir secara pembedahan Isnin lalu sebenarnya kami sudah tahu. Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.
“Ini kerana Afnan ada masalah dari fungsi otak, sejak lahir tak berapa aktif, makin lama makin tak aktif. Bila otak tak berfungsi ia menganggu pernafasan dan fungsi paru-paru sehingga bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas.
“Memang hari pertama sebelum saya azankan, doktor dah beritahu ada masalah pada otak bayi. Kebetulan pula isteri czer dan dia masih tak mampu nak jaga. Jadi bila di bawah pemantauan doktor, keadaannya masih belum stabil.
“Namun masuk hari kedua, bacaan oksigennya naik tetapi lepas tu menurun balik dan kami buat keputusan untuk terima seadanya sebarang kemungkinan,” katanya.
Berkongsi lagi perasaannya saat berdepan ujian ini, sebagai bapa, Azmi masih mengharapkan ada keajaiban. Tapi Allah Lebih Mengetahui segalanya.
“Masa doktor maklumkan, awal-awal lagi saya dah rasa tak sedap hati dan kami berdua tak cerita pada sesiapa. Cumanya tetap harapkan lagi keajaiban sebab hari kedua macam dah ok tapi malam tu tak bergerak dan oksigen menurun.
“Isteri memang sedih sangat tambah lagi dia baru melahirkan anak tapi alhamdulillah bila saya beritahu elok-elok dia mula dapat terima dengan reda.
“Isteri juga yang ajak saya untuk duduk bersama dengan anak sehingga ke nafasnya yang terakhir. Masa itu saya bersyukur sangat dapat pegang Afnan buat kali terakhir dan berbual-bual dengannya dan bagitau tarik kami ke syurga. Insyaallah dia akan bagi kami syafaat dan akan gembira di sana bersama-sama nanti,” ujarnya.
Jujur saya kata memang sedih dan saya yakin ada rezeki lain selepas ini. Bagi pasangan yang diuji, kita kena sama-sama kuat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami sejak dari isteri hamil sehingga hari ini.
Jenazah Afnan selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang Khamis di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni memang ramai yang mengeluh melihat nasib kanak-kanak yang tak dapat bermain dengan bebas lebih-lebih lagi rumah flat ataupun apartment kerana tiada kawasan yang sesuai.
Namun demi keselamatan anak-anak, ramai terpaksa untuk tidak membiarkan anak-anak bermain di luar. Begitulah keluhan ramai yang Abby Abadi kongsikan di laman Instagramnya. Sama-samalah kita memutuskan rantaian Covid-19 agar anak-anak dapat kembali bermain dengan bebas.
Santai-santai je kat rumah 😍
Sebab nak keluar tak buleh kan. Jadi keluar masuk, keluar masuk jelah dalam kawasan rumah 🤭
Untung anak-anak Mama Abah ni.. dapat juga berjalan keliling rumah. Berlari, mandi-mandi… sebab luas kawasan rumah ( begitu juga luasnya mulut mama abah tercungap-cungap nak kejar bayar itu ini😬😅)
Tambah Abby, dia ada terbaca keluhan anak-anak yang tinggal di flat tiada tempat bermain yang sesuai di musim PKP ini.
Semalam ada terbaca tentang keluarga yang duduk flat, duduk kawasan kecil, sian kat anak-anak bila terkurung je dalam rumah. Main kat koridor, jiran pulak marah sebab bising.. mmm.. kesian
Tapi tulah.. nak buat macamana. Emosi masing tak sama. Cakap apapun bukan nak dengar. Lagi-lagi musim-musim PKP ni. Serba tak kena. Sabarlah sikit lagi ya.. Kes makin tinggi dari hari ke hari.
Abby sempat menitipkan pesanan agar kita semua dapat mencipta kenangan bersama anak-anak di musim PKP ini.
Memang takde pilihan untuk kita bersama keluarga berada diluar rumah sebenarnya. Jadi kena kuatkan diri, usahalah utk cipta apa sahaja kenangan terindah untuk isi masa yang ada ok. Masak, makan-makan, solat jemaah, mengaji, gurau-gurau..😍
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Abby Abadi kerana mereka tinggal di kawasan flat dan anak-anak terpaksa berkurung sehingga ada yang mengambil inisiatif membeli kolam renang dan membenarkan anak bermain kolam di dalam rumah untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan.
Kami duk flat, buka kolam dalam rumah
Betul kak Abby, saya stay dekat flat. Anak-anak memang duduk je dalam rumah
Buat semua, stay safe. Musim macam ni memang mudah untuk anak-anak terdedah dengan penyakit berjangkit ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱