Detik terakhir sebelum tragedi menyayat hati, seorang ibu sempat berhubung dengan dua anaknya kira-kira 30 minit sebelum mereka maut dalam kemalangan membabitkan kereta Honda Civic EK dengan sebuah treler di Kilometer 33, Jalan Gua Musang–Kuala Krai dekat Felda Chiku 1, awal pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada Muhammad Faiz, 32, bersama dua anaknya, Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah, 4, serta adiknya, Nor Aina Imra Nor Amran, 21. Mereka dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas dari Lembah Klang selepas menghadiri Himpunan Pemilik Kereta Honda di Sepang, Selangor pada Sabtu lalu.
Adik mangsa, Muhammad Fakris Nor Amran, 23, berkata mereka sekeluarga amat terkejut menerima berita nahas yang meragut nyawa empat ahli keluarga tersebut.
Ads
“Kami sekeluarga terkejut menerima berita abang, adik dan dua anak saudara saya terlibat dalam kemalangan maut di Gua Musang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gua Musang.
Menurutnya, dia sempat menghubungi Nor Aina Imra kira-kira jam 7.30 pagi dan diberitahu mereka masih berada di luar kawasan Gua Musang. Sekitar jam 8.30 pagi, ibu mereka sempat menghubungi dan bercakap dengan mangsa sebelum kejadian berlaku.
Ads
Kata Muhammad Fakris, keluarga dimaklumkan tentang kematian abang, adik dan dua anak saudaranya pada jam 10.30 pagi, iaitu kira-kira sejam setengah selepas nahas.
Ads
Sebelum tragedi, keluarga berkenaan sempat menziarahi ibu saudara mereka di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan pulang.
“Mereka tinggal bersama ibu dan bapa di Kampung Padang To’ La, Pasir Mas. Jenazah mereka dijangka dibawa pulang ke Pasir Mas untuk upacara pengebumian,” tambahnya.
Pihak keluarga kini sedang menguruskan urusan membawa pulang jenazah dan memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan roh mangsa serta memberi ruang kepada keluarga untuk melalui saat sukar ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pepatah Inggeris menyebut “Happy Wife Happy Life” yang merujuk kepada betapa pentingnya wanita bergelar isteri untuk sentiasa rasa bahagia agar kehidupan rumah tangga turut merasai tempias bahagia jua.
Suami ibarat nakhoda di sebuah kapal. Betul arahnya, benar jalannya, maka selamatlah sebuah kapal merentasi segala macam ombak dan badai.
Namun, jika nakhodanya tidak tahu arah tujuan, maka terumbang-ambing dan karamlah kapal ditelan lautan yang amat mengerikan.
Seorang suami yang baik, beriman dan beramal soleh tentu dapat memimpin isteri dan rumah tangga ke syurga Allah. Bertuahlah isteri tersebut.
Pelakon cantik Nelydia Senrose yang kini sedang mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta Mohd Hafez Halimi turut meluahkan rasa kesyukuran kerana Allah telah mengurniakan dia suami yang baik untuk membimbingnya menjadi isteri dan individu yang lebih baik.
Coretan tersebut dikongsi Nelydia bersama hantaran beberapa keping gambar kenangan dia dan suami pada hari Wuquf di bumi Arafah.
Kapsyen yang ditulis di Instagramnya benar-benar menggambarkan ketulusan seorang isteri yang sangat menghargai rezeki kurniaan Yang Maha Agong tersebut.
“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi.
Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya,” demikian tulisnya.
Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia ini turut bersyukur kerana Allah SWT menjemputnya dan suami menjadi tetamuNya bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5.
Pelakon drama Khilaf Asmara ini turut berdoa agar mereka dijemput sekali lagi menjadi tetamu Allah di masa akan datang selain mendoakan orang lain yang turut menantikan jemputan ke tanah suci Mekah juga.
“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA.”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan agar pasangan ini terus bersama hingga ke syurga dan tak lupa didoakan agar pasangan bahagia ini dikurniakan zuriat.
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, Siti Jamumall yang mengalami keguguran pada 28 September lalu mengakui tidak serik untuk hamil lagi malah mendoakan agar dikurniakan rezeki lagi.
Usahawan dan personaliti media sosial itu bersama suaminya Aiman Zafran bahkan tidak akan berputus asa untuk menimang cahaya mata mereka bersama.
Bahkan kata Siti lagi, dia tidak menghadkan berapa jumlah anak dan menerima sahaja rezeki yang sudah ditentukan Ilahi.
“Semestinya selepas keguguran, orang mahukan cahaya mata.
“Saya pun begitu, mahukan anak sehinggalah umur saya mencecah 30 hingga 35 tahun. Saya terima sahaja, kalau seorang setiap tahun pun okay,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Siti Jamumall yang hamil tiga minggu disahkan oleh doktor mengalami kandungan anggur.
Bagaimanapun Siti reda apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata bersama Aiman tidak kesampaian dan terpaksa menjalani pembedahan mencuci kandungannya pada penghujung September lalu.
Ibu bapa kadangkala tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak terutama apabila anak bersikap nakal. Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya.
Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak. Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.
Dalam satu perkongsian Dr Siti Ujila Official, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
CUMA LIMA TIP INI:
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.