Pokok hiasan antara pilihan ibu-ibu untuk menaikkan seri di kawasan halaman rumah atau ruang tamu. Ini kerana ia antara terapi untuk rumah kelihatan tenang dan sejuk mata memandang. Bagaimanapun, bagi rumah yang ada anak kecil, pemilihan untuk menanam pokok hiasan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kesihatan anak.

Salah satu pokok hiasan yang menjadi pilihan dan mudah dijaga adalah pokok keladi. Dengan daun dan warna yang cantik serta mudah dijaga, ramai ibu memilih untuk menanamnya. Cuma kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Nur Nina ini boleh dijadikan peringatan.

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  

Hal ini kerana anak bongsunya berusia 9 bulan termakan cebisan pokok keladi yang ditanam itu sehingga mengalami kesan lecur di bahagian pipi kiri, kanan dan lidah akibat getah keladi beracun.

Baru sempat nak update apa yang terjadi pada Noah, anak bongsu daripada enam beradik.

Kejadian ini berlaku pada 6 Oktober lalu lebih kurang jam 9 malam. Saya dan adik sedang bersembang kat ruang tamu. Noah pun kat situ jugak la..Masa tengah rancak bersembang, tiba-tiba nampak Noah macam tersedak..

Memang sangat pantas dan tak perasan apa yang dia masukkan ke dalam mulut. Terus ke dapur dan tepuk-tepuk belakang badannya tapi tak ada apa-apa keluar pun. Cuba bagi Noah minum air tapi dia tak mahu.

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  
Pokok keladi yang menjadi punca mulut Noah tak boleh tutup, air liur meleleh. Tak tahu macam mana cebisan ini boleh ada dalam rumah kerana pokoknya di letakkan di luar rumah.

Lepastu dia makin kuat menangis dan macam nak muntah tapi tak keluar. Sekali tengok macam tercekik. Dah tu mulut dia tak boleh nak tutup dan air liur dia melelah keluar. Terus siap-siap ke hospital.

Sampai hospital terus ke kaunter pendaftaran dan bagitau keadaan Noah. Masa daftar tu cuba lagi tepuk-tepuk belakangnya dengan harapan akan keluar benda yang ditelannya tapi tetap tak keluar. Masa ni saya dah makin sedih dan menangis.

IKLAN

Bila tunggu kejap, terus masuk ke zon kuning dan doktor tanya A-Z macam mana boleh jadi. Doktor terus buat x-ray dan bila dapat result tak ada apa-apa pun yang dia tertelan. Tapi masih hairan kenapa keadaan Noah tak stabil dan menangis tak berhenti serta mulut tak boleh tutup.

Doktor terus refer ke pakar di HSB. Admit warded selesai semua pukul 2pagi..Ya Allah ujian lagi buat aku kali ni..Doktor tanya lagi macam mana boleh jadi. Aku bagitau doktor yang aku tak nampak dia telan apa. Tau-tau macam tercekik.

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  
Ada kesan lecur di lidah Noah

Tapi saya perasan ada pokok keladi yang patah ada dalam rumah saya..Saya rasa dia makan pokok keladi tu kot doc sebab dalam mulut dia tepi bibir tu macam melecur dan air liur dia meleleh.

Doc check memang ada macam lecur sikit dan refer doc bahagian mulut pulak..Pakar mulut datang check pagi dan memang betul dalam mulut Noah kiri kanan melecur kesan dari getah POKOK KELADI..

Racun keladi tu panas.. dia ibarat kita curah air panas kat tangan. Sakit macam tu lah

IKLAN

Jadi doc pakar bagitau, ada 2 jenis pokok yang beracun
1- pokok keladi
2- ni aku tak ingat

Pakar kata lepas ni pokok-pokok keladi tu puan boleh tak letak kat atas sikit..aku kata tak apa doc lepas ni saya buang yang mana racun tu. Jadi untuk mak-mak semua yang duk gila pokok keladi macam aku ni

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  
Selepas dirawat, Noah dah kembali ceria

Kalau ada anak kecil macam aku better letak jauh-jauh dari anak-anak sebab benda ni dah terjadi pada saya sendiri. Tak kena tak apa tapi jika kena kesannya sangat teruk. Dalam situasi Noah ni, dia tak sempat makan banyak lagi.

Saya harap sangat-sangat mak-mak yang suka pokok keladi ni tolong la berhati-hati kalau ada anak kecil.

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  
Alhamdulillah keadaan Noah dah sihat selepas buat follow up dengan pakar pada 10 Oktober lalu.

Doc pesan kat saya banyak benda kena jauhkan dari anak:

IKLAN

-tanaman yang beracun salah satunya keladi
-ubat
-cecair
-duit syiling
-plastik

Dan lain-lain, tak kisah apa yang boleh memudaratkan anak-anak kecil.

Kredit : Nur Nina

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Ibu Tak Perasan Anak Tergigit Pokok Keladi. Getahnya Punca Mulut Melecur, Air Liur Meleleh  

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI