Kemunculan Aafiyah, anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan.
Mana tidaknya, ada sahaja gelagat Aafiyah yang mencuit hati ramai. Terbaru menerusi Instagramnya Dato Siti, penyanyi kesayangan ramai itu turut berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.
Namun apa yang melucukan sudah semestinya lirik lagu Kalau Rasa Gembira yang disampaikan Aafiyah. Pandai Aafiyah cipta lirik sendiri.
“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi & cipta lirik sendiri. Ibu tak leh cari makan macam nih!
” Dengarkanlah cover “kalau rasa gembira” Aafiyah dengan tajuk baru “Sakit ekor, Siapa Nak bagi Air”
“Semoga Terhibur,” kongsi Dato Siti di Instagramnya.
Comelnya suara Aafiyah. Memang ada bakat cipta lirik sendiri dan kena pula dengan rentaknya.
Ads
“Boleh asah lagi, terbaik Aafiyah”
Perkongsian Dato Siti itu sudah semestinya mendapat perhatian pengikut Siti di Instagram.
Malah ada yang mengatakan bakat seni Dato Siti sudah semestinya diwarisi anak kesayangan penyanyi hebat ini. Comel sungguh Aafiyah menyanyi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?
Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Tak salah pun kita hargai apa yang isteri lakukan. Biarlah benda itu nampak biasa tapi ringankan mulut untuk berterima kasih. Isteri bila dia dapat ucapan itu rasa bertuah sangat sebabnya penat lelahnya dihargai.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan ini boleh dijadikan panduan bersama.
Kadang tu bila isteri tak buat kerja kita cepat nak sound tapi bila isteri dah buat kita tak ucap TERIMA KASIH!
Peringatan untuk diri sendiri!
Semalam masa duk baring sekali dengan aisy rizqi ni masa dia menyusu. Tergerak nak tengok kuku dia. Dalam hati memang terdetik dah,
“Ni kalau bukan saya yang potong kuku budak ni memang panjang la jawabnya”
Allahu. Terperanjat bila tengok kuku aisy dah pendek dan cantik. Padahal baru 2 hari lepas saya tengok kuku dia panjang.
Entah bila isteri potong kuku aisy pun saya tak tahu. Baru ni cuti raya jadi mana isteri pergi saya ada.
Rupa-rupanya bila tanya pada isteri dia buang kuku aisy masa saya tidur. Masa semua orang dah tidur.
Bukan potong kuku aisy je, dia sempat basuh baju, lipat baju, kemas baju balik dari bercuti.
Saya tanya kenapa tak tidur je, padahal tengah penat masa tu.
Ini jawapan dia,
“Esok takut tak sempat buat sebab banyak kerja lain nak buat”
Begitu dasyat sekali komitmen seorang isteri. Sebelum tiba hari esok lagi dia dah susun jadual kerjanya.
Kerja berderet-deret yang kita pun tak sedar akan kewujudannya, isteri kita buat.
Kita yang baru buat satu kerja, potong kuku anak pun kita dah riak macam semua benda nak harapkan kita seorang.
Kita ni bila nampak pinggan kotor penuh dalam sinki cepat je kita nak sound isteri, baju kotor penuh bakul pun kita sound tapi apa yang kita tak tahu ialah,
1 kerja yang kita nampak tak siap tu sebenarnya ada 10 kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Tak percaya? Cuba la tanya isteri korang. Kadang ada lebih dari 10 kerja diorang dah siapkan.
Rumah tak akan bersih sendiri kalau tak ada orang yang kemas.
Pinggan mangkuk tak akan tersusun rapi di rak kalau tak ada orang yang susun.
Baju kotor kita pakai setiap hari tak akan terbasuh kalau tak ada orang kutip dan basuh setiap hari.
Jadi wajar la kalau sekali kita nampak 1 kerja rumah tak siap, kita kena bagi 10 ucapan terima kasih untuk kerja kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Kerja-kerja semua tu siap bukan guna magik tapi ia hasil sentuhan magik tangan isteri kita. Hargai la ye!
Sumber: Mohd Fhais
Tak tolong pun tak mengapa asalkan tahu menghargai, itu dah cukup bahagia buat isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muzik sememangnya elemen paling mudah untuk anak-anak belajar. Namun bukan semua alunan muzik boleh memberi kesan yang baik pada anak-anak kita.
Pembelajaran melalui muzik buat anak lebih cepat belajar namun elakkan anak menghafal melaluinya. Menurut Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim, jangan biarkan anak menghafal sebaliknya biar anak kenal huruf dahulu.
Jangan bagi anak hafal lagu ABC! Kesannya nanti anak akan susah & payah nak kuasai kemahiran membaca & menulis.
Sepatutnya kita ajar anak kenal bentuk ABC paling utama, baru la anak betul betul cham bila di tunjuk ni huruf apa terus dia boleh jawab.
Jika hafal lagu tu yang bila kita tanya ni huruf apa, anak akan cuba menyanyi dari A – Z & terkial kial ingat lirik, lepas tu baru dia boleh sebut huruf apa.
Kadang dia teka teka salah juga sebab dia tak cham bentuk huruf tersebut. Yang selalu silap antara huruf besar & kecil. Ini kerana dia ingat irama & lirik lagu tersebut bukan ingat ABC pun.
Alah, ia ibarat macam kita hafal lagu faveret la. Bila ada irama baru kita ingat lirik.
Sebab tu jika mahu anak cepat kuasai membaca & menulis jangan bagi dia dengar lagu nursery yang ajar nyanyi ABC atau Nombor semata-mata.
Cari yang ajar kenal bentuk dulu, next baru sebut huruf. Faham dulu, baru hafal. Itu lebih baik. Kena hati-hati pilih lagu nursery untuk anak-anak kita, bukan semuanya membantu perkembangan anak-anak.
Wallahu a’lam..
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.