Empat tahun menanti kelahiran cahaya mata dalam perkahwinan mengajar Mona Allen erti sabar dan bersyukur untuk meraihkan anugerah terindah, Petra Pekin.
Akui Mona Allen yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial 2023, kehadiran Pekin yang kini berusia 9 bulan sememangnya merubah kehidupannya.
“Pengalaman bergelar seorang ibu sejak sembilan bulan lalu banyak mengajar saya erti sabar. Banyak saya belajar, saya jadi tabah, kuat dan cukup memberi makna dalam hidup saya.
“Bila kita dah ada anak kita harus berikan perhatian, jadi apa benda minat saya letakkan tepi seketika untuk Petra. Semuanya untuk Petra. Tambah pula dia memang tolak tepi botol jadi saya terpaksa direct feeding dia.
“Pengalaman menyusukan anak sememangnya satu pengalaman yang cukup sukar buat saya.
Ads
“Kalau ada anak mungkin orang lain senang je bagi botol tapi tak buat Petra sebab dia memang nak direct feed.
“Tapi saya tak mengeluh malah saya bersyukur Petra ajar saya banyak perkara, erti sabar dan rasa puas sangat bila breastfeed dia. Momen menyusukan yang saya tak mungkin boleh lupakan sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Pekin Petra anugerah terindah
Kelahiran Pekin Petra sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam malah mengajar erti sabar buat Mona.
Lebih-lebih bila Petra asyik berkepit dan high demand baby. Semuanya menguji kesabarannya.
Ads
“Bila Petra lahir dia memang high demand baby, lepas sebulan dua bulan umur dia, dia memang menangis tak berhenti.
“Sampaikan bila saya dukung dia dengan saya sendiri pun turut sama menangis.
“Tapi mujurlah suami banyak bantu bagi kata-kata semangat buat saya. Terima kasih buat suami, Pekin Ibrahim kerana bersama dengan kami ketika kami memerlukannya.
Ads
“Terima kasih jadi ayah yang bertanggungjawab,” luah Mona meluahkan penghargaan buat Pekin Ibrahim yang banyak memberinya semangat saat bergelar ibu.
Prihatin dengan kebajikan rakyat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan yuran TABIKA dan TASKA di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun 2025.
Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.
“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” jelasnya.
Selain itu, KEMAS turut memberitahu bahawa kenyataan itu dibuat selepas kebimbangan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS.
Pihaknya berharap agar ibu bapa di luar sana kekal tenang dan menjadikan TABIKA KEMAS pilihan utama untuk pendidikan awal kanak-kanak.
“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.
“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor akan menaikkan yuran perkhidmatan sekitar 20 hingga 25% pada tahun depan.
Keputusan itu dilakukan selepas kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan seperti yang diumumkan kerajaan di mana akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Pasangan sama cantik sama padan ini jarang-jarang muncul di media sosial mereka. Namun baru-baru ini pasangan ini, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkongsi cerita turut turun padang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Tidak hanya membantu mangsa banjir di sini, kali ini sekali lagi, Ardell Aryana yang sememangnya cukup dikenali dengan misi-misi bantuan kemanusiaannya meninggalkan suami dan anak tercinta untuk ke Syria dan Lubnan bagi membantu rakyat di sana.
Jihad yang bukan sedikit dilakukannya namun inilah yang menjadi rutin buat ibu kepada kepada Arwa Malaikha Urwa ini.
Menerusi Instagramnya, Nadzmi turut memuat naik video ketika menghantar isteri tersayangnya.
“Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh dan kuat nangis.
“Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni dan satu pesan saya, doakan kami di sini ketika berada di bumi barokah as syam.
“Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin,” tulisnya.
Doakan isteri saya
Malah melalui entri berlainan pula, Nadzmi memuat naik video ketika Ardell berangkat di Syria malah turut meminta para pengikut mendoakan agar urusan isterinya di sana dipermudahkan dan selamat pergi serta pulang ke tanah air.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak, kami tunggu awak balik ya @ardellaryana. Apabila di tanah Syam doakan saya dan Urwa disini ya sayang.
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang ,” tulisnya lagi.
Ada juga yang tidak dapat menahan sebak melihat anak pasangan ini yang seakan memahami pemergian ibunya untuk berjihad. Semoga yang baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan buat Ardell di sana.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin meningkat dewasa, anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka. Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat ‘mimpi basah’ dan anak perempuan didatangi haid.
Sebagai ibu ayah, kita harus bersedia dengan jawapan yang tepat tetapi ringkas difahami oleh anak-anak untuk menerangkan tentang hal ini. Melalui perkongsiannya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memberi tip untuk ibu ayah yang harus membuat penjelasan tentang hal ini kepada anak lelaki anda:
NIAT KENA BETUL. PERLU MENDIDIK, BUKAN MELUCAH
Dah banyak hari aku nak bantu beri jawapan untuk persoalan Azam, anak si Khairul Ezuwan ni. Tapi itulah, tergendala dek macam-macam isu panas di Malaysia. So, hari ni aku berikan jawapannya.
Untuk menjawab soalan ni, mak ayah kena betulkan mindset, jawapan yang diberi haruslah dengan niat mendidik, bukan melucah.
Terus terang adalah kuncinya. Jangan gelabah. Jangan elak untuk beri jawapan. Jangan mereka-reka cerita. Jangan menipu. Jangan marah anak tanya soalan begini.
Mari saya buat dialognya.
Azam : Mami, tadi kat sekolah belajar pasal perempuan datang bulan, lelaki datang mimpi. Mimpi apa tu Mami? Abang rasa abang dah banyak kali mimpi.
Mami : Abang mimpi apa sebelum ni? (Dapatkan kepastian)
Azam : Macam-macam. Mimpi hantu pun pernah.
Mami : Maksud ustaz air mani lelaki keluar bukan sebab mimpi macam tu. Mimpi yang keluar air mani ni dipanggil mimpi basah, atau ihtilam (Bahasa Arab).
Azam : Oh, tapi mimpi basah tu mimpi yang macam mana?
Mami : Mudah je, dalam mimpi tu ada seorang bidadari cantik datang. Abang suka sangat tengok dia, kemudian jatuh cinta. Rasa syok je. Cuma mimpi ni tak nampak secara spesifik apa yang berlaku, tetapi ia menyeronokkan terutama bagi lelaki. Tak percaya tanya Papa.
Papa : Iya, betul tu Mami. Papa dulu pun mimpi macam tu juga. Bangun pagi je nampak ada keluar air mani. Air mani ni warna putih, amaun yang keluar tak banyak mana pun, sikit sahaja. Lama-lama ia akan kering dan mengeras pada pakaian.
Jadi, inilah permulaan seorang lelaki akil baligh. Dipertanggungjawabkan hal dosa dan pahala. Kena mandi wajib.
Azam : Air mani tu datang dari mana?
Papa : Lelaki Allah bagi pada dia genital (kemaluan) yang bernama zakar. Juga di bahagian itu ada testis. Testis yang Allah bagi ni akan produce air mani. Bila lihat bawah mikroskop, kandungan air mani itu merujuk kepada benih lelaki yang bernama sperma. (Lukis bentuk sperm kat kertas)
Azam : Oh, macam berudu ya Papa?
Papa : Ya, pandai abang. Allah bagi sperma pada lelaki, perempuan pula Allah bagi ovum. (Lukis gambar uterus). Di ovari inilah ovum akan dihasilkan.
Bila ovum ni mati, maka orang perempuan macam Mami akan keluar darah haid. Keluar darah haid yang pertama itulah pemula perempuan akil baligh. Bila darah haid dah kering, kena mandi wajib. Mami ada nak tambah info tak?
Mama : Tak ada nak tambah. Mami just nak tanya abang je, faham tak apa yang Mami dan Papa sampaikan?
Azam : Faham. Hehe. Tapi bila abang akan mimpi basah ni?
Papa : Orang lelaki ni akil balighnya lambat berbanding perempuan. Orang perempuan 9 tahun pun ada yang dah keluar darah haid. Orang lelaki paling awal biasanya lingkungan 12 ke 13 tahun. Paling lambat 15 tahun.
Azam : Oh, tak lama lagilah abang akan keluar air mani.
Papa : Ya bang. Selain kita dah kena laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan larangannya, hormon lelaki turut berubah. Akan tumbuh bulu pada badan terutama pada bahagian muka, ketiak, dada dan kemaluan. (Tunjuk bulu kaki pada anak, juga bulu ketiak. Jangan tunjuk bulu ari-ari. Jangan buat gila bang. 🤣)
Nanti kalau abang ada soalan lagi, tanya je. Papa dengan Mami ok je nak jawab semua soalan. Kalau ada kawan cerita benda lucah di sekolah pun bagi tahu ya.
Azam : Ok baik Papa. Thanks Mami. Thanks Papa.
***********
🤣🤣🤣🤣
Rasa kelakar pulak bila berlakon jadi Key. Mujur kami sama botak.
Cuma, dalam dialog di atas hanya asas sahaja. Kalau dah biasa berkomunikasi dengan anak soal seksualiti sejak awal, dah boleh tambah bab persenyawaan, pembiakan, sperm masuk ovum, kelahiran dan lain-lain.
Semoga bermanfaat untuk mak bapak semua. Dipersilakan share dan tag pasangan. Mari belajar ilmu pendidikan seksualiti ya. Seronok sebenarnya. 😁
Buntu juga sebenarnya kalau kena jelaskan pada anak-anak hal yang sensitif begini. Sebagai ibu ayah kita tak mahu anak keliru dengan penjelasan yang bukan-bukan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan kita untuk menerangkan soal ini kepada anak-anak di masa hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.