Idea Kudapan Berasaskan Sumber Sayuran. Sihat Untuk Anak & Tiada Perasa Tambahan

Share

Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea nak sediakan kudapan untuk anak-anak kan? Lagi-lagi anak yang suka mengunyah. Daripada makan jajan yang tak ada khasiat baiklah ibu berkreatif sikit.

Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Umairah Jamaah dia menjelaskan anak-anaknya suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama perut anak-anak mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.

Ini antara beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan.

Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.

Ini bahan-bahan yang biasa kak Mai guna sebagai salutannya.

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun)
1/2 cawan air
*** Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.

Kita bancuh begini. Suka ‘coating’ tipis saja.
Lobak merah. Sedap tau. Manis-manis rasa dia.
Cendawan enoki nama diberi. Yang ini kena gunting-gunting sikit. Bagi anak mudah kunyah. Risau tercekik. Bila panjang sangat. Rangup tau.
Terung kaya dengan anti oksidan.
Serius sedap labu bila digoreng begini guys. Mnanis! Labu sangat untuk sistem penghadaman. Baik untuk kecacingan.
Bayam
Sawi
Peria. Walaupun pahit. Tapi anak-anak kakMai suka

** Labu, lobak merah dan terung boleh terus goreng dengan api perlahan.

(Lobak merah lepas goreng jadi texture ala-ala kentang. Cuma ada serat sikit manakala labu lepas goreng jadi lembut)

Sumber: Umairah Jamaah

IKLAN