Bila anak minta mama buatkan hidangan untuk majlis akhir tahun, mesti mama buntu kan nak buat menu apa. 

Ibu ini berkongsi menu yang sangat menarik dan siap isi di dalam cup supaya senang untuk anak-anak makan! Jom ikuti resepi yang dikongsi.

Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan.

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa. Jenuh umminya nak meluruskan pinggang sebab lepas masak nak isi dalam cup pulak. 😅 Anak-anak bantu time sebelum pergi sekolah je.

Saya masak 3x sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.

Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun

IKLAN

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang.
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)

Bahan kuah spagetti :

  • 5 tin sos prego cendawan
  • 1 tin sos pasta cendawan adabi
  • 2 pek daging lembu kisar Ramly
  • 1 tin cendawan butang (dihiris halus)
  • 3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
  • 1 biji bawang holand (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 6 batang sosej (dihiris halus)
  • 2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

IKLAN

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak aka bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Ready to serve.

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

Silakan share 😊

IKLAN

 

Kredit:

Idea Menarik Untuk Jamuan Anak, Ibu Ini Kongsi Menu Spaghetti Beef Bolognese Dalam Cup

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI