Pengalaman kita dalam menghasilkan kek sememangnya berbeza-beza. Ada yang berjaya hasilkan kek yang cantik, naik dan gebu tidak kurang juga kek menjadi bantat, berat dan sebagainya. Semua ini bagaikan mimpi ngeri malah membuatkan kita takut untuk terus mencuba.
Bagi yang mempunyai pengalaman ngeri membuat kek atau yang tidak yakin untuk membuat kek, boleh cuba hasilkan kek yang dikongsikan oleh Puan Nurul Izwahida Othman ini dulu. Katanya inilah kek paling ‘confident’ yang pernah dicubanya. Ayuh kita cuba!
My first Burntcheesecake! Thank you for the easy peasy recipe. Bahan-bahan & step di setiap gambar. Kalau nak manis gula letak 3/4. Tapi sebab 2 cinonet tu pun makan sekali, mommy letak 1/2 cawan je. Both suka. Kalau sejenis tak pandai nak baking-baking macam sis. Rasa tak confident kejadiannya boleh la try ni. Confirm tak buang ke tong sampah.
Masukkan dalam loyang dan air fryer dengan suhu 170 selama 30 minit. Tengok ada orang buat suhu 160 dan 180, so sis ambik yang tengah-tengah. Kalau pakai oven rasanya lebih kurang je kot.
Ads
Tadaa dah siap.
Lepas bakar biarkan sejuk 15 minit lepas tu masukkan fridge 1 jam baru potong.
Resepi Puding Karamel yang amat mudah disediakan dan rasanya memang sedap. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dan masa untuk menyediakannya pun tidak susah.
Resepi mudah pasti jadi⬇️
PUDING ROTI KARAMEL
Bahan A (karamel)
📌4 sb gula
📌3 sb air
✅cairkan gula dan air didalam kuali. Guna api kecil. Kemudian tuang dan ratakan ke dalam loyang yg hendak dikukus. Ketepikan.
Bahan B
📌5 keping roti (buang tepi dan carikkan
📌5 biji telur gred B
📌1 st esen vanila
📌1 tin susu cair
📌3/4 tin susu pekat
📌 1/2 tin air masak (guna tin susu cair tadi je)
Cara-caranya :
✅Blender semua bahan dan masukkan kedalam karamel tadi dan kukus sehingga 30 -40 minit. Terbalikkan bila puding dah sejuk.
Agak-agak dah boring tak tahu nak masak apa untuk sarapan, apa kata ibu-ibu cuba resepi roti puri yang sangat mudah ni. Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti puri ni memang sedap sangat. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar.
Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan keluarga. Cicah dengan sardin atau lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah. Jom lihat resipi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Lubuk Resepi.
RESEPI ROTI PURI
Bahan- bahan:
– 1/2kg tepung gandum + 2 sk baking powder – 1/2 paket yis mauripan (campur dalam air suam) – 3 sudu besar minyak masak – 2 sudu besar gula+ sedikit garam (satukan ngan air suam)
Cara- cara:
1. Masukkan minyak, air gula dan garam tadi dalam tepung. Kacau sampai semua sebati. 2. Ramas- ramas tepung hingga menjadi macam serbuk roti. 3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang dalam tepung tadi. 4. Kacau sebati. Tambah air suam secukupnya untuk adunan yang lembut. 5. Uli doh sampai tak melekat dekat tangan. 6. Dah siap masukkan dalam bekas dan tutup dengan tudung atau kain lembab. 1/2 jam adunan akan kembang. 7. Pukul- pukul adunan untuk keluarkan angin. Pastu boleh bulatkan adunan dan bolehlah canaikan nipis. Goreng dalam minyak yang betul- betul panas. 8. Sewaktu menggoreng curahkan minyak panas atas adunan bila dah mengembang balikkan cepat- cepat supaya tak merekah.
Anak–anak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.
Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?
Bahan-bahannya:
Nasi putih Isi ayam Carrot Lada putih Garam pink himalaya secukup rasa Sedikit bawang putih Sedikit daun sup
Cara buat
Bahan untuk salut
Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.