Idea Sarapan Untuk Anak Setahun Ke Atas Berasaskan Sayur & Buah, Bagus Untuk Usus Si Manja

Share

Memang buntu setiap hari nak sediakan sarapan untuk si manja. Lagi-lagi kalau anak yang menolak sayur dan buah-buahan. Mama kena lebih kreatif untuk mencampurkan sayuran dan buah-buahan ke dalam makanan si manja. Jom ikuti perkongsian resipi yang mudah dan cepat disediakan ini.

 

Nak share menu breakfast anak saya masa umur 12-18 bulan. Selalunya masa serve kat dia saya akan bagi bersama buah-buahan dan telur rebus/cheese. Bila hidangkan dia saya train untuk makan buah dulu. Untuk breakfast saya utamakan makanan bersumberkan protein dan vegetable tapi takdelah hari-hari ikut.

Makan buah pagi-pagi bagus untuk pelawasan dan juga iron absorption. Contoh buah-buah yang saya selalu bagi masa 1 tahun ke atas semasa breakfast

* tomato
* limau mandarin
* tembikai
* kiwi
* pumpkin pancake

Idea Menu Sarapan Si Manja Setahun Ke Atas

Pumpkin Pancake

Bahan-bahan:

  • 1 cawan labu distimkan
  • Sebiji telur

Cara membuat:

  • Blenderkan labu yang sudah distim bersama telur.
  • Tuang kan 1 senduk campuran tadi ke atas non stick pan.
  • Bila dah naik sedikit buih alihkan. Apabila dah masak boleh dihidangkan.
  • Boleh dihidangkan bersama madu dan sedikit butter.

Banana Raisin Muffin

Bahan-bahan:

  • 3 biji pisang yang sudah ranum dilecek.
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum tanpa peluntur
  • 2 sudu kismis organik
  • Sedikit serbuk penaik dan vanilla esen

Cara membuat:

  • Campur dan pukul semua bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam muffin tray.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 180 celcius selama 20 minit.

Baby Spinach Fritata

Bahan-bahan:

  • 1 genggam baby spinach
  • 1 biji telur
  • Sedikit unsalted butter

Cara membuat:

  • Pecahkan telur, masukkan baby spinach.
  • Kemudian panaskan unsalted butter di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tadi dan goreng sehingga masak. Kemudian potong-potongkan menjadi finger food.

Corn Pancake

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan isi jagung yg sudah di stim kemudian kisar kasar
  • 3 sudu tepung gandum tanpa peluntur
  • 2 oz air
  • Sedikit unsalted buttter

Cara membuat:

Adunkan semua bahan-bahan. Panaskan butter atas nonstick pan dan masukkan satu senduk adunan tadi. Bila dah naik buih boleh alihkan sehingga pancake masak.

Cheesy Spaghetti

Bahan-bahan:

  • Spaghetti organik
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit herba campuran ( parsley, oregano dan basil)
  • Sedikit keju blok
  • 2 oz susu segar

Cara membuat:

  • Rebus spaghetti organik (ketepikan).
  • Potong halus bawang putih.
  • Panaskan kuali, tumis bawang putih bersama minyak zaitun.
  • Masukkan spagetti yang sudah direbus. Masukkan keju dan susu. Kacau sehingga sebati. Taburkan mixed herb.

#realkidsrealfood

Sumber: Herny Hafiz

KLIK UNTUK DAFTAR PA&MA EWORKSHOP

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN