Aktor Idzham Ismail telah berkongsi gambar anaknya, Sofea Inara semasa di hospital selepas dilahirkan. Ia bertujuan untuk memberikan semangat kepada rakan artis.
Idzham bersama dan buah hati mereka, Sofea Inara yang comel.
ANAK CHOT XOXO
Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih di mana bayi kecil Hazmeer Hassan ahli kumpulan lawak, XOXO masalah jantung semasa lahir. Anaknya Muhammad Sher Harraz telah dilahirkan dengan 3 kelainan pada jantungnya.
Anak Idzham kini membesar dengan sihat seperti kanak-kanak seusianya yang lain dan sangat comel, ceria dan berisi. Jika dilihat, tiada siapa menyangka anak ini pernah mengalami masalah jantung.
Ads
Berikut ialah perkongsian Idzham yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut di Instagram.
Saya sebenarnya teragak-agak nak share gambar Sofea Inara masa dihospital , tapi terpanggil untuk memberi semangat kepada @chotxoxo
Chot , tabah , usaha , tawakal , doctor akan beri terbaik untuk setiap pesakitnya.
JANGAN STRES DAN LEMAH
Ads
Allah S.W.T akan sentiasa beri jalan untuk selesaikan masalah diberi. Jangan stress atau lemah , sentiasa minta untuk dipermudahkan walaupon yang tahu peritnya yang merasakannya
Kenapa kita dipilih ? Aku pon tak tahu , aku pon tanya soalan sama , tapi yang aku tahu , kita diberi AMANAH dari NYA.
Kau kuat bro , lagi kuat dari aku , masih boleh tenang dan bekerja dalam keadaan ni. Aku shooting pon tak tentu arah dulu. Haha
HARAP DAPAT BERIKAN SEMANGAT Aku harap gambar anak aku ni dari awal sampai sekarang ni boleh bagi kau dan isteri kau semangat. Kenapa aku tulis untuk kau , sebab aku rasa sampaikan semangat dekat kau.
BE STRONG Be strong bro ! Ingat Allah ada dengan kita bantu kita dan sentiasa akan beri jalan.
Kepada siapa-siapa yang nak beri sumbangan untuk pembedahan anak @chotxoxo yang mengalami komplikasi injap jantung terbalik boleh buka account instagram miliknya.
Aku harap dapat membantu kau walaupon tak seberapa pertolongan aku ni.
Tidak dapat kita nafikan, tugas menjaga anak-anak biasanya dilakukan oleh ibu. Bahkan anak-anak lebih mudah mendengar cakap ibu kerana biasanya kita lebih tegas. Bila ayah yang ambil alih tugas menjaga pula, mereka lebih sporting dan suka buat pelbagai perkara lucu bersama anak-anak.
Para isteri sangat menghargai bantuan suami sama ada dari segi mengemas rumah, memasak atau menjaga anak. Namun bila bercerita soal penjagaan anak ni, biasanya ada saja perkara di luar kotak yang akan dibuat suami.
Apa yang mencuit hati adalah apabila si kecil itu seolah-olah memahami ajaran ayahnya dan cuba mengikut. Ini komen warganet yang menonton;
Rupa-rupanya bayi itu menggaru kepalanya dengan cara yang salah, sebab itulah si ayah ajarkan cara yang betul. Memang lucu tengok gelagat dua beranak itu.
Bergelar ibu susuan kepada anak angkat bukan lagi perkara pelik pada hari ini. Panduan menjadi ibu susuan yang dikongsi oleh Fynn Jamal boleh dicontohi oleh ibu lain yang bercadang untuk menyusukan anak angkat dengan susu ibu.
Ini tip ibu susuan, Fynn Jamal sudah amalkannya. Fynn Jamal jadi ibu susuan untuk anak angkat perempuannya, Sakti Kencana. Sebelum ini dia juga telah menyusukan anak angkat pertamanya, Arjuna.
Menghasikan susu ibu tanpa hamil dan melahirkan boleh direalisasikan menerusi ubat-ubatan bagi menyokong hormon. Semangat, niat murni dan kesungguhan Fynn ini sangat membanggakan. Dia juga berkongsi tip menjadi ibu susuan.
PERSEDIAAN
Berikut ialah tip yang dikongsikan Fynn baru-baru ini.
Sedikit tips untuk ibu angkat yang mahu menyusukan anak angkatnya untuk naiktaraf jadi hubungan susuan:
Start from day one.
Sebab hari pertama, baby sekadar perlukan susu sebanyak besar kacang tanah je.
So kalau kita dah start pumping sebulan sebelum due date baby, insyaAllah setakat besar kacang tanah tu, boleh dapat dah.
Tips lebih detail ada di #FJSusuan. Mana-mana memanfaat, dipersilakan untuk gunakan.
Sakti dan mummy alhamdulillah settle kenyang pertama subuh tadi. She’s a sport. Tak susah langsung nak latching. First few hours mmg kelakar-kelakar lah. Sebab dia macam pebende neh. kita macam kamon yuken duit, Sakti.
Hahahaahah.
Alhamdulillah for our first few hours. thank you for the chance untuk direct breastfeeding ini. setakat mana yang izinkan mampu— kita teruskan. Please make du’a.
Hati ini mengharapkan selama mungkin— how almost impossible— sebab inilah antara bonding yang memang aku look forward to:
Direct breastfeeding macam aku dan Juna.
Cuma dulu terberhenti awal sebab Juna sakit jantung. Aku stress dan lepas selesai urusan susuan, aku memang nak fokus pada Juna disihatkan. Itu je.
Semoga sihat, Sakti.
Itu je harapan daddy dan mummy.
Terima kasih utk doa-doa kalian. Terima kasih kerana bersama-sama aku dalam journey kedua ini.
Terima kasih sebab sudi jadi a somewhat kinda family.
Segala ini—
Penuh sakti
PENJELASAN MENGENAI ANAK SUSUAN
Selain itu, dalam pos yang lain, Fynn turut memberikan memberikan penjelasan tentang hukum tentang anak penyusuan dan turut berkongsi beberapa link yang mengandungi penjelasan mengenai penyusuan anak angkat dan hukum anak susuan.
Agaknya sebab aku bercakap tentang susuan secara terbuka, tiba-tiba jadi perbincangan pula di media sosial.
Maaf sebab tak berapa rajin nak reply DM dan respon kepada tag di FB, sebab isu-isu khilaf begini memang aku angkat tangan; malas mau masuk campur.
Apa yang aku boleh katakan;
Bila datang isu2 khilaf (berbeza pendapat)– kita fahamkan yang tak ada yang salah, tak ada yang betul. Asalkan berpegang pada hujah-hujah rujukan yang benar-benar bersandar quran dan sunnah– proceed.
Sedangkan angkat jari masa tahiyyat pun berbeza-beza; apa lagi perkara-perkara yang tak semua orang biasa.
Antaranya:
1) Anak susuan perempuan dengan bapa susuan (suami kepada ibu susuan)
2) Berapa kali perlu disusukan
3) Mengeluarkan susu dengan bantuan pil dan suntikan
Wallahi I have no intention untuk berdebat / berdialog, tapi untuk yang mau membuat rujukan, aku sertakan link untuk dibaca.
These three websites dah macam kitab aku dah. Untuk pelbagai permasalahan, sebelum aku ajukan direct pada mana-mana guru– inilah dia website kebiasaan aku.
Malaysia:
www.muftiwp.gov.my
www.addeen.my
International:
www.islamqa.com
Ketiganya akan meletakkan dalil dengan terang, menyenaraikan khilaf berkaitan kalau ada dan pendapat jumhur ulama’. Senang kita nak faham.
So anyways,
Secara ringkasnya:
Bapa susuan dan anak perempuan susuan jadi mahram muabbad walau pun susu keluar dengan bantuan pil atau suntikan hormon.
Apa pun jua, apa yang terbaik adalah saling menghormati. Kita semua ada rujukan kita. Kalau kita betul, Alhamdulillah. Kalau kita salah, minta bantuan pada Allah. Mudah. Tak perlu marah-marah..
Cuma satu je aku nak kata;
Kebanyakan yang membikin ribut ni—
Tak ada pun pengalaman dengan susuan ni. Ambil anak angkat pun tidak. Pernah menyusu dan disusu ibu susuan pun tidak.
Anak susuan ialah bayi yang berusia kurang dua tahun dan telah disusukan oleh seseorang wanita yang bukan ibunya sehingga kenyang dengan sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi tersebut kenyang.
Menurut Ustaz Mohd Fikri Che Hussain anak susuan itu tidak dikhususkan kepada orang yang tertentu tetapi ia secara umum sama ada bayi tersebut merupakan anak angkatnya, anak saudara atau anak sesiapa sahaja yang telah diberikan susu badan sehingga kenyang.
Indahnya agama kita memuliakan kedudukan seorang ibu. Sehingga susu ibu tersebut yang diberikan kepada bayi (yang berusia di bawah dua tahun dengan sebanyak lima kali sehingga kenyang) selain anak sendiri juga mampu mengubah hubungan menjadi muhrim.
Terdapat situasi di mana ibu memberikan susunya untuk diminum kepada bayi-bayi lain kerana ada ibu bayi tersebut tidak mampu menghasilkan susu ibu kerana pelbagai halangan seperti masalah kesihatan, susu ibu yang terlalu sedikit dan sebagainya. Maka ramai yang sudah menjadi ibu susuan dan memiliki anak-anak susuan.
Islam membenarkan seseorang ibu itu menyusu kepada bayi lain oleh Islam. Ini kerana dalam sesetengah situasi ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi tersebut meninggal dunia sewaktu kelahiran ataupun ibu itu menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak dan selainnya. Keadaan seperti ini memerlukan wanita lain menyusukan bayi tersebut bagi meneruskan kehidupan bayi tersebut.
Malah Islam menggalakkan perbuatan tersebut sebagai satu cara dalam melakukan kebajikan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Sa’diyah.
Bagi ibu susuan yang menyusukan anak angkatnya untuk dijadikan mahram, maka perkara itu diharuskan dan tiada nas yang melarang. Namun, jika anak angkat itu telah berusia lebih dari dua tahun maka dia tidak lagi menjadi anak susuan dan ia dikira sebagai ‘bukan mahram’ kepada ibu susuan dan bapa susuan itu tadi.
HUBUNGAN ANAK SUSUAN DENGAN IBU SUSUANNYA
Jika seorang wanita itu menyusu seorang bayi, maka bayi itu menjadi anak susuannya dan suaminya, malah ia dikira sebagai mahram dengan dua syarat ini;
Pertama, penyusuan itu dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah (Qamariyah). Seandainya, penyusuan kepada bayi itu yang berusia lebih dari dua tahun, ia tidak mengakibatkan persoalan mahram dan ia dikira aurat orang asing sebagaimana biasa.
Kedua, wanita itu telah menyusui bayi tersebut sebanyak lima (5) kali susuan pada waktu yang terpisah-pisah. Maka penyusuan yang kurang dari lima (5) kali susuan, tidak membabitkan persoalan mahram.
Jika penyusuan telah memenuhi dua syarat di atas, barulah bayi yang disusui itu menjadi anak susuan bagi wanita yang menyusuinya. Maka selepas itu muncullah hukum mahram. Misalnya, jika bayi itu lelaki, haram hukumnya dia mengahwini ibu susuannya. Haram juga dia mengahwini perempuan yang pernah disusui oleh ibu susuannya, termasuklah anak-anak perempuan atau cucu perempuan daripada ibu susuannya itu.
MAHRAM
Adik beradik susuan dari anak kandung ibu susuan dan ayah susuan tadi dikira sebagai mahram muabbad (kekal). Mereka tidak boleh berkahwin dan tidak batal wuduk jika bersentuhan serta batas aurat mereka seperti adik beradik kandung. Namun dari segi mahram, hanya dengan ibu susuan, ayah dan adik beradik kandung dari susuan yang sama sahaja adalah mahram, tetapi dengan ahli keluarga lain tetap bukan mahram, seperti ibu saudara, ayah saudara, anak ibu saudara dan sebagainya.
Begitu juga daripada aspek wali, ayah susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuan susuan dan dia masih perlu mendapatkan ayah kandung sebenarnya menjadi wali bagi perkahwinannya. Sekiranya bapa kandungnya tiada atau tidak dapat ditemui, maka anak susuan tadi perlu menggunakan khidmat wali hakim.
Selepas bayi itu menyusu dari ibu susuan itu tadi, maka dia adalah mahram kepadanya secara kekal kepada;
MEMELIHARA HUBUNGAN SUSUAN
Bagi mengelakkan terjadinya perkahwinan atau antara ahli keluarga anak susuan- ibu susuan yang mahram pada masa akan datang, langkah-langkah ini perlu diambil.
1.Ibu susuan hendaklah memberitahu kepada suami atau keluarga terdekat bahawa dia telah menyusu bayi tersebut sejak usianya masih kecil.
2.Hubungan silaturahim di antara ibu susuan dan anak susuan itu hendaklah tidak terputus, terutamanya di antara dua belah keluarga tadi.
3.Ibu susuan perlu bertindak dengan menerangkan secara terperinci kepada ahli keluarga terdekat agar tidak berlaku percampuran perkahwinan dan kekeliruan pada masa akan datang.
HARTA IBU SUSUAN
Anak susuan tidak berhak ke atas harta peninggalan ibu susuannya itu daripada aspek pembahagian pusaka. Namun ia dibolehkan jika pemberian harta itu kepadanya berbentuk hadiah atau wasiat yang tidak melebihi 1/3 dari harta ibu susuannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama jangan stres bila bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja. Mama tentu rasa tak selesa, lenguh bila posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan bayi akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
5 TIP BANTU BAYI ATASI MASALAH MENYUSU SEBELAH PAYUDARA SAHAJA
Rita mencadangkan lima cara untuk mengatasi masalah ini;
#1 SUSUKAN KETIKA DIA SEDANG MENGANTUK
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.?
#2 MULAKAN PADA PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain?
#3 SUASANA SELESA
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
#4 GERAKAN
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.?
#5 URUTAN
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
SABAR DAN GIGIH
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.