Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada 21 November 2008.
Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.
Sumber: Gempak & ig adamcorrielee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencecah usia enam bulan, bayi mula bersedia untuk makan bagi sajian pertamanya. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuknya. Jadi, mama sediakanlah makanan untuk adik kecuali ada kekangan waktu. Suaplah si manja dengan tangan anda sendiri dan rasailah keseronokan tersebut. Makan dari tangan ibunya adalah penghargaan buat anak anda. Usah serahkan tugas ini kepada orang lain.
Ini 8 panduan apabila anak sudah mula makan makanan pejal.
1.Sebelum memberikan makanan pejal, pastikan si manja sudah boleh menyokong lehernya sendiri. Suap dalam keadaan si manja duduk, bukan berbaring.
2.Makanan pejal yang pertama yang dicadangkan ialah bubur nasi kerana ia kurang risiko alergi.
3.Perkenalkan sejenis makanan dalam tempoh tiga hari berturut-turut untuk mengetahui makanan tersebut menimbulkan alergi atau tidak.
4.Makanan pejal penting bagi bayi enam bulan ke atas untuk menampung keperluan nutrien yang tidak terkandung di dalam susu ibu.
5.Elakkan daripada memulakan makanan pejal lebih awal kerana ocrgan serta sistem penghadaman si manja seperti buah pinggang dan usus masih belum boleh memproses makanan.
6.Puri buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dibuat awal dan disimpan di bahagian beku peti sejuk.
7.Jangan cepat putus asa jika si manja anda kurang berminat dengan makanan yang disediakan. Cuba lagi dengan cara bahan dan penyediaan lain.
8.Bolehlah mendapatkan kerusi bayi untuk memudahkan mama menyuap adik makan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Si comel kesayangan Adam Corrie & isteri, Adam Fateh Lee mula dilatih untuk meniarap. Momen terindah apabila ibunya, Fazema Mohd Fuad tidak putus bagi semangat.
Adam Fateh Lee atau dipanggil Fateh kini sudah pun mencecah 6 bulan. Video si comel ini dilatih untuk meniarap dikongsikan di Instagram. Kata Fazema hidup ini penuh ujian, yang kuat semangat akan berjaya sebagai memberikan semangat buat buah hatinya itu.
adamfatehlee Mak bagi semangat kat Fateh utk belajar meniarap… . Hidup ini memang penuh dgn ujian.
Kehadiran Fateh setelah 10 tahun rumah tangga Adam Corrie & isterinya kini tentu lebih bermakna kerana boleh melihat setiap perkembangan si kecil di depan mata.
Para follower Instagram memberikan semangat kepada Fateh untuk meniarap dan merangkak. Fateh kini sudah pun mencecah 35 ribu orang pengikut di Instagram. Masing-masing memberikan semangat buat si kecil ini melalui proses menguasai milestone seterusnya itu.
Baby pun memilih tengok individu cantik? Perasan tak, adakalanya ada baby suka melihat individu tertentu? Tetapi dalam situasi lain pulak, baby anda mungkin akan menunjukkan reaksi tidak suka kepada sesetengah individu. Haaa..nak tahu tak sebab apa?
Pernah tak apabila anda berdepan dengan bayi dan dia kelihatan seperti suka melihat anda? Itu tandanya pada pandangan mereka anda adalah cantik / kacak. Mesti rasa bangga, bukan? Kembanglah hidung sekejap.
Ini bukan rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dijalankan pada tahun 2004, kajian ini adalah berkisarkan mengenai aspek tingkah laku atau psikologi seseorang bayi.
Dalam kajian ini mendapati bayi tidak perlu diajar atau belajar mengenai cara dan kaedah mengenal wajah, tetapi mereka secara semula jadi sudah dilahirkan dengan kemahiran ini. Menarik, bukan?
Dalam penyelidikan melibatkan bayi-bayi yang berusia seawal sehari, mereka diperlihatkan atau ditayangkan gambar-gambar muka dan hasilnya mendapati bayi-bayi tersebut lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik.
Menurut salah seorang penyelidik daripada University of Exeter, Alan Slater, “Daya tarikan bukan terletak pada kaca mata mereka yang melihat. Ia adalah satu perkara yang semula jadi wujud dalam bayi yang baru lahir.”
Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Slater yang melibatkan bayi seawal usia sehari ini, membuktikan bahawa bayi tidak lahir ke dunia dengan sekadar ‘lembaran kosong’. Tetapi mereka memasuki dunia dengan sistem perkembangan persepsi yang cukup seimbang.
Slater menjelaskan bayi suka melihat individu yang mempunyai raut wajah menarik mungkin kerana beranggapan bahawa individu cantik dan kacak ini mempunyai simetri wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.
“Seorang bayi dilahirkan dengan persepsi wajah individu manusia yang sempurna. Disebabkan itu, mereka seperti sudah biasa melihat wajah individu cantik dan kacak. Situasi ini sekali gus membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah individu lain. Malahan, secara tidak langsung, individu dengan raut wajah menarik ini dapat membantu mereka mengenali dunia sosial,” jelas Slater.
Satu kajian lain yang diterbitkan dalam British Journal of Developmental Psychology menunjukkan bayi serta kanak-kanak lebih mudah mempercayai kata-kata yang dilafazkan oleh individu dengan raut wajah yang menarik. Ini khususnya melibatkan wanita cantik. Beruntunglah wanita yang mempunyai raut wajah cantik!
Kajian ini menyatakan sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama. Ini bermakna mereka lebih mempercayai wanita cantik atau lelaki yang kacak berbanding individu dengan raut wajah kurang menarik.
Jadi apa yang boleh disimpulkan daripada artikel ini? Mudah je. Kalau kata selepas ini bayi anda atau mana-mana bayi merenung anda, percayalah itu merupakan satu pengiktirafan paling ikhlas yang menyatakan bahawa anda adalah individu cantik dan kacak. Senyum dan berbanggalah!
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.