Anak kesayangan pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza, Isaac Raees sentiasa menjadi perhatian wargamaya. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya bersama ibu dan ayahnya.
Bukan itu sahaja, bahkan Isaac yang kini berusia dua tahun setengah itu cukup petah berkata-kata. Banyak perkongsian video yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya yang memperlihatkan kepetahan Isaac.
Terbaru, perbualan Isaac bersama bapanya mengundang tawa orang ramai. Mana tidaknya, Aiman yang mengajak Isaac makan pencuci mulut di balas Isaac dengan jawapan yang tidak disangka-sangka. Serius comel!
Ads
Jawapan comel Isaac itu sudah semestinya menarik perhatian wargamanya. Comel sungguh!
Isaac sebelum ini kerap muncul di Instagram ibunya dengan pelbagai aksi mencuit hati bersama ibunya. Ada sahaja yang dibualkan Isaac yang cukup lancar dan petah berbahasa Melayu.
Ads
Terdahulu Isaac Raees, si comel kesayangan Zahirah dan Aiman ini dilahirkan pada 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Ada perkara yang kita rasa remeh dan langsung tak perlu kita buat. Apa lagi nak minta anak-anak kecil melakukannya. Tak masuk akal bagi kita tetapi banyak kelebihannya pada anak-anak bila mereka besar nanti.
Serius jangan tak percaya, aktiviti ini buat anak lebih bertanggungjawab malah pandai berdikari. Ayuh mama papa minta anak-anak buat perkara ni.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak autisme kita sememangnya cukup istimewa. Istimewa di sisi Allah dan satu anugerah untuk kita. Maka belajarlah untuk memahami dan berusahalah untuk mendekati mereka sebaiknya.
Bukan saja kita sebagai mak ayah, orang-orang sekeliling juga perlu belajar fahami mereka. Inilah yang cuba dikongsikan oleh OT Siti Aisyah Rozalli mengenai anak autisme.
Saya risau sebenarnya. Bila saya jumpa parents yang ada anak-anak autism, dan ada yang anaknya dah lebih dari usia 6 tahun, tapi tetap tak tahu beberapa terms yang bakal saya senaraikan ini.
Bukan apa. Sebab memahami terms, keadaan dan keperluan anak-anak autism anda adalah sangat-sangat penting supaya anda tidak melakukan keputusan intervensi yang tidak berbaloi.
Berbaloi apa? Berbaloi kepada masa, tenaga, air mata dan wang ringgit yang dikeluarkan. Kalau 10 tahun dulu, saya faham. Sebab informasi memang belum banyak. Tapi, sekarang ni, informasi banyak.
Cuma, mungkin bila informasi terlalu banyak, parents tak tahu nak pilih informasi mana yang paling tepat dan berbaloi untuk perkembangan anak autism anda.
Ini antara term penting yang anda kena cuba untuk faham. Baca, dengar ceramah, bincang dengan terapis. Penting tau:
1. SENSORY Sensori ni, maksudnya deria. Ini adalah antara kecelaruan paling utama yang biasa kita boleh lihat pada anak-anak autism.
Jadi, parents perlu tahu jenis-jenis sensori : Auditory, Proprioception, Tactile, Visual, Vestibular, Olfactory, Gustatory, Interoception. Dan ini adalah intervensi yang terpaling utama anda kena letak dalam priority anda. Terpaling utama.
2. SOCIAL SKILLS Social skills ni, bukan hanya bercakap tau. Banyak. Banyak sangat sangat. Eye contact pun, bukan priority utama bila kita sebut pasal social skills.
Banyak lagi perkara penting macam joint attention, 2-way communication, sequence, pause & participation.
3. PRAXIS Ini ada kaitan dengan kemampuan anak rancang pergerakan. Motor kasar dia, motor halus dia. Ramai anak autism ada masalah praxis ni. Dan praxis ni lah yang buat anak autism kita mudah nak belajar hand skills atau tak. Yang ni, lebih cepat kita train, lebih bagus. Kalau anak dah lebih 6 tahun, progress dia untuk kuasai praxis ni, lambat sikit. Bukan tak boleh, boleh. Tapi, lambat sikit.
4. INFANTALIZE Yang ini amat amat lah pentingnya lah pun. Elak “infantalize” anak sampai besar. Maksudnya? Kita buatkan semua untuk anak kita sebab anak kita special. Latih anak urus diri sendiri. Ini penting. Lagi lama kita “baby” kan dia, lagi susah anak kita nak berdikari.
5. UNDER-AROUSAL vs OVER-AROUSAL Ni ada kaitan dengan cara anak adaptasi dengan maklumat sensori yang dia dapat. Ini penting tau. Kalau anak kita under-arousal. Kita nak kena bagi dia sensory activities yang tinggikan sikit arousal level dia. Begitulah sebaliknya kalau anak kita over-arousal.
6. BEHAVIOR IS A CONSEQUENCE Fahamkan setiap tingkah laku yang anak buat, ada penyebabnya. Bukan “sebab anak saya autism” atau “autism memanglah macam tu”. Your child needs help. Setiap tingkah laku yang dia buat, adalah indikasi kepada sesuatu yang lebih penting dan lebih foundation, yang kita perlu fokuskan semasa lakukan intervensi untuk anak.
7. CLINICAL THERAPY & EIP ADALAH 2 PERKARA BERBEZA. Ramai parents rasa yang terapi, maksudnya hantar anak ke special school atau EIP yang setiap hari, dengan nilaian lebih kurang ribuan ringgit. Maka, ramai parents yang rasa, therapy is expensive.
Tapi, sebenarnya clinical therapy adalah waktu anak bersama dengan therapist secara tailored. Maksudnya, anak to 1 on 1 dengan terapis. Di tempat saya, kami cater parents sehingga yang hanya mampu bajet untuk datang setiap 3 bulan.
Maksudnya, lebih kurang dalam RM85 sahaja parents perlu simpan setiap bulan. Kalau tak mampu, bincang. Di tempat kami, ada slot terapi percuma untuk yang tak berkemampuan. Betul-betul kami nak usaha tolong tau.
Setiap 3 bulan yang parents datang, kami akan latih parents macam mana untuk uruskan anak sepanjang sela masa 3 bulan tu. Bincang dengan tempat terapi anda. Cara terbaik untuk anda continue terapi, dengan bajet yang anda ada.
Selebihnya, join je free sharing yang saya dan team buat hampir setiap minggu tu. Yang penting, take your time to learn.
Harapnya perkongsian saya ni buat anda yang ada anak autism jelas ya? Saya sedih setiap kali saya baca sharing parents yang kata, “memang anak autism macam tu”. Walhal, bila kami yang terapis ni baca, sebenarnya anak tu, ada peluang untuk diusahakan bantuan lagi.
Again. Usaha tu kerja manusia. Outcome tu, kerja Allah. Kita buat kerja manusia kita elok-elok ya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun kesum antara daun herba yang cukup popular untuk membuat laksa dan juga asam pedas. Tak perlu beli, apa kata anda tanam sahaja di rumah.
Nak jadikan daun kesum bersaiz lebar, elok dan segar walau hanya di tanam tepi rumah sahaja, cikgu yang cukup popular dalam dunia penanaman, Cikgu Kebun berkongsi tip menanam daun kesukaan ramai ini.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.
CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe. Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 Teknik mudah tanam daun kesum :-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...