Orang kata ibu berpantang tak boleh menambah nasi. Lain pula kisahnya kalau dengan lauk pantang kesukaan ramai, Masak Asam Ikan Tenggiri yang mesti buat ibu makan bertambah.
Mana taknya, cara masaknya mudah dan paling sedap. Tambah bawang putih dan halia banyak-banyak.
Berselera kalau mak masak lauk ni masa dalam pantang dulu. Letak halia dengan bawang putih bagi lebih, tenggiri masak asam.
Oleh kerana masakan ni mempunyai ramai peminat saya sertakan resepi disini untuk memudahkan lagi sahabat semua untuk rujuk.
Boleh jugak buat dengan apa jenis ikan yang digemari, ayam, ikan talang kering, ikan bilis ataupun telur mata. Yang penting semua ni kena goreng dulu bagi garing naa. Kami suka letak daun kari untuk naikkan aroma.
Ads
Kadang-kadang letak jugak serai ketuk sebatang semasa menumis. Kalau tak mau letak pun tak apa. Selamat mencuba.
Masak Asam Ikan Tenggiri
Ikan tenggiri -gaul dengan garam kunyit dan goreng garing
Bawang putih (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili hidup (hiris)
Sedikit biji sawi
1 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam dan gula
1. Tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup hingga naik bau.
Ads
2. Masukkan air, ikut la nak bagi kuah banyak mana. Masukkan paste asam jawa dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama garam dan gula. Kacau rata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Bila bayi semakin membesar, anak semakin bijak menolak jenis-jenis makanan tertentu. Ibu lah yang perlu bijak berkreatif untuk menarik perhatian anak kecil.
Selain menu berat, menu-menu ringkas tetapi sihat boleh juga dijadikan kudapan untuk anak. Resipi perkongsian Nur Arifah ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Menu dari sembilan hingga 10 bulan. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom cuba!
Mashed Potato Minced Prawn
Kentang
Mix herbs
Cheese powder
Udang
Telur
Bawang putih
Pak choy
Potong kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan kentang sehingga halus. Saya guna food chopper.
Campurkan sedikit mix herbs dan cheese powder. Cincang udang dan bawang putih.
Tumis bawang putih kemudian masukkan udang cincang. Masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
Masukkan pak choy.
Ikan Dori Sweet Sour
Ikan dori
Mix herbs
Serbuk ikan bilis
Tepung jagung
Bawang putih
Bawang holand
Serai
Daun limau purut (saya tak letak sebab takde)
Tomato
Pakchoy
Potong ikan dori macam finger food. Letak mix herbs dan serbuk ikan bilis.
Salut tepung jagung dan goreng.
Cincang bawang putih dan bawang holand dan tumis
Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan tomato dan sedikit air.
Masukkan pakchoy. *anak saya makan dengan nasi lembik.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak mana yang tidak sukakan coklat. Sebut sahaja coklat, semuanya melompat suka. Apa kata kali ini mama gabungkan coklat dengan nestum pula, baru lebih khasiat.
Resipi Nestum Bar dua bahan yang dikongsikan Pn Ida Zaida ini memang awesome. Tak hairanlah dapat perkongsian sampai 25K dalam masa beberapa jam sahaja. Simple dan sedap!
Buatkan coklat nestum bar untuk anak-anak. Rasa nya sebijik macam kit kat. Hanya guna 2 bahan je, Nestum dan coklat. Resepi sangat simple dan yang penting tak perlu nak bakar. Boleh tengok di setiap gambar cara-caranya.
Bahan-bahan:
500gm Nestum
1kg coklat Beryls
Guna Nestum 500g yang original dan dark compaund beryls 1kg. Yang ni kurang manis berbanding milk compaund.
Cairkan coklat dengan kaedah Double boiler.
Lepas tu masukkan 1 paket Nestum.
Gaul sampai sebati biar bersalut elok.
Lepastu dah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik nanti senang nak keluarkan nanti.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih titisan hujan atau rain drop yang sedang viral ini buat kita terasa hendak mencuba. Macam mana rasanya? Tak perlu beratur panjang, apa kata kita cuba buat sendiriuntuk anak-anak di rumah.
Rupanya resipi viral ini cukup ringkas cara pembuatannya. Jom cuba resipi perkongsian Norma Shahrin.
Rain Drop viral versi lompang. Kuit-kuit gitu.
Bahan-bahan:
1 paket konyaku
Air 950ml
Gula halus 250 gm
Masak hingga gula hancur dan sebati.
Letak la pewarna atau nak jernih pun boleh.
Tuang dalam bekas acuan dan biarkan sejuk.
Masak gula merah hingga hancur dan biarkn sejuk.
Keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah dan serbuk kacang.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.