Bagi yang bakal berpantang tak lama lagi, pasti tercari-cari menu masakan untuk lauk berpantang kan? Pelbagai resepi yang mudah mama boleh cuba antaranya resepi Ikan Tenggiri rebus kunyit & lada hitam yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Ads
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
Ads
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak? 😄
Ads
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.
Dah tak ada idea nak masak resipi mudah dan sedap, boleh cuba buat terung sambal balado. Menu ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Satu lauk ni pun dah boleh bertambah makan nasi.
Masak menu begini pun goreng telur je dah cukup sedap. Nak tahu sejauh mana kenikmatan makan terung sambal balado ini, anda wajib buat. Memang tak akan menyesal!
Berikut perkongsian Puan Azlina Ina. Hanya empat bahan asas saja dah boleh siap satu hidangan utama.
Terung (Terung telur lagi sedap. – Kalau perasan ade satu terung bentuk macam labu air tapi warna dia ungu pekat. Haa tu sedap, hiris dan goreng sekejap bagi layu)
Ikan bilis segenggam (goreng)
Bahan tumis
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar belah 4
2 ulas bawang merah
1/2 genggam ikan bilis
* Semua blender sebati
Cara memasak:
1) Tumis dengan minyak yang digunakan goreng terung tadi pun boleh dan masukkan 2 sudu besar gula.
2) Bila dah nampak warna merah makin gelap dan pecah minyak, masukkan air asam jawa sedikit.
3) Lepas itu, masukkan garam dan perasa (pilihan). Boleh matikan api.
4) Masukkan terung dan gaul sampai sebati. Kalau terung yang digoreng tadi tak empuk masa goreng pada awalnya, boleh masuk kan awal sedikit dan goreng dengan sambal dalam 2-3 minit.
5) Akhir sekali tabur bilis dan siap untuk dihidangkan.
Semoga jadi idea untuk sediakan hidangan seisi keluarga nanti ya!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mirepoix adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak.
Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan. Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.
Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.
Jom kita tengok resepi mirepoix untuk bayi dan cara penyediaannya step-by step oleh Puan Farisha Sofea di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Bawang Holland
1 cawan saderi (celery)
1 cawan lobak merah (carrot)
2 sudu besar minyak zaitun
CARA-CARA:
Potong kasar semua bahan di atas. (Seeloknya potong bahan dalam saiz yang lebih kurang sama supaya waktu masak dia sama.)
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan hingga kekuningan menggunakan api kecil.
Tunggu hingga bahan naik bau dan agak layu. Tak perlu terlalu lama.
Sejukkan seketika.
Kisarkan semua bahan tersebut.
Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan simpan di bahagian sejuk beku.
Bila nak tumis makanan bayi, boleh campurkan mirepoix dalam masakan sebagai penyedap rasa. (Contohnya boleh campur dalam bubur baby, lauk ayam, pasta dan sebagainya.)
NOTA: Mirepoix boleh tahan sebulan hingga 3 bulan jika disimpan dalam freezer (bergantung pada cara penyimpanan.)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak-anak. Walaupun hanya satu lauk sahaja, makan dengan nasi panas-panas, letak kicap pun boleh habis sepinggan.
Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini boleh cuba guna resepi ini pula. Rahsianya adalah menggunakan bawang putih, merah, halia dan telur.
Berikut resepi yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Wajib cuba sebab ranggup diluar, juicy kat bahagian dalam.
Ayam Goreng Viral
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gila.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi. Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus. Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul!
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat
Bahan kisar :
Telur – sebutir
Bawang merah besar – sebiji*
Bawang putih – 3 ulas*
Halia – 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram – 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi – 2-3 sudu
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp
Legakan Pernafasan Si Manja dengan Teknik Percussion
Masalah pernafasan seperti batuk berkahak atau selesema sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Disebabkan sistem pernafasan...