Batuk tak hilang-hilang walaupun dah makan ubat? Ataupun baru je elok kejap, batuk semula, cuba lakukan ikhtiar ini. Bukan untuk diri sendiri je, untuk anak pun boleh cuma apa-apa pun tengok pada keadaan mereka. Jika anak terlalu kecil mungkin perlu dapatkan nasihat doktor.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin al-Banjari, ikhtiar ni antara salah satu rawatan yang dilakukannya selain mendapat rawatan doktor. Tak salah mencuba asalkan ia serasi dengan badan.
Berikut perkongsiannya. Boleh sama-sama amalkan.
Hari ini tekak tak berapa selesa batuk-batuk, semput, nafas kerap tercungap, sesuai juga kerap kembung perut. Saya kongsikan cara penawar batuk dengan madu.
Ada yang batuk dah lama tak sembuh-sembuh dah makan ubat hospital dah berbotol-botol masih juga tak sembuh. Saya kongsikan cara mudah merawat batuk.
Ads
Cara biasa saya buat mudah je. Ambil segelas air suam, letakkan sedikit madu dalam minuman tersebut. Jika dapat letak lebih lagi bagus. Sukatan pakai sudu dalam 2 sudu sudah memadai.
Lepas tu letakkan garam secubit dalam minuman tersebut. Kemudian sebelum minum baca:
Al Fatihah 3x Al Ikhlas. 3x Zikir (Yaa Salam)7x
Dan akhir sekali sambung Ayat di bawah.. Surah Yunus Ayat 57(Ya ayyuha alnnasu wad jaatkum Mawaaithatun min rabbikum washifaon lima feel alssudoori wahudan warahmatun lilmumineena…(Baca 1x Sahaja)
Ads
Selesai baca minum air tersebut. Buat sebelum tidur sekali dan bangun tidur pagi sekali.
Buat dengan yakin InshaAllah jika Allah izinkan batuk anda akan beransur sembuh.
Jika selepas minum anda muntah, rasa nak muntah, sendawa, perut kembung, nafas seperti terasa macam tersekat-sekat itu maknanya anda mengalami gangguan makhluk halus.
Ads
Jika anda mengalami tanda itu dapatkanlah rawatan Islam berhampiran kadar segera ya. Semua ini sebagai petua untuk ikhtiar sahaja. Selebihnya semua atas izin Allah. Moga perkongsian ringkas ini dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah seperti di atas.
Moga kita semua dijauhkan dari segala wabak penyakit yang berjangkit Aamiin Ya Mujiib.
**Dapatkan barangan kelengkapan rumah pada harga cukup berbaloi di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sama-sama seorang ibu. Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada pandangan insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.
Menurut Ustazah Asma’ Harun yang juga ibu kepada 7 cahaya mata, dia juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu tambahan pula dalam kesibukan bekerja, namun tetap usaha carikan masa untuk mereka. Sebenarnya anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.
Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.
Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan. Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga:
1. DI DALAM KENDERAAN
Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a. yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil, “Hai anak kecil.” Aku jawab “Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”
(HR Hakim, hadis gharib)
Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai Ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang. Di dalam kenderaan, Ibu Bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.
Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dan lain-lain.
Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Ibu Bapa.
2. KETIKA DI MEJA MAKAN
Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja. Sebenarnya Ibu Bapa boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.
3. SELEPAS SOLAT
Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.
Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka. Pujian yang diberikan oleh Ibu Bapa antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.
4. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar. Ibu Bapa boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang nasihat-nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.
Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.
Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh Ibu Bapa. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.
Tuan Puan,
Jika kita sering mengeluh tentang anak-anak, sama ada kelakuan, bakat, pencapaian atau apa sahaja kekurangan mereka, ingatlah bahawa di luar sana…
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak” yang merupakan AMANAH penting buat kita sebagai Ibu Bapa. SubhanAllah, Allahu Akbar.
Pesanan ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga yang merupakan seorang ibu. Semoga bermanfaat untuk semua.
“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Mengemas pakaian dan kelengkapan anak memang mengujakan bagi ibu-ibu. Mana tidaknya dengan kelengkapan dan bekas khas ketika menyimpan malah melihat hasilnya yang kemas selepas itu sudah cukup membuatkan ibu berasa lega. Puas hati!
Melihat cara ibu ini, Dr Ain Zul yang mengemaskan almari dan kelengkapan anak perempuannya dengan penuh tersusun lagi kemas ini buat hati berkobar untuk mengemas dengan teknik yang sama. Malah setiap bahagian di tandakan dengan tag nama bagi memudahkan untuk mencari. Memang awesome! Paling penting senang nak cari. Jom ikuti caranya.
Kemas Dan Tersusun, Siap Tagging
Okey seperti yang dijanjikan mummy nak share cara #organize lemari anak gegurl. Tapi tak semua warna pink sebab mummy just reuse balik apa yang ada kat rumah jer.
Lemari yang kemas buat mata kita pun sedap mandang, senang atur and nak ambil baju lelagi untuk si ayahnya kan. Kalau tak si ayah main amek je baju lain seluar lain hehehe. Pastu mak is stressss! Lagi satu senang pengurusan untuk mak mak yang busy bekerja macam kite, semua di satu tempat.
Tips pentingnya hanya #storagebox dan #label. Dah cukup?? Yang lain hanya extra sahaja dan buat ikut keperluan ok.
ORGANISING YOUR KIDS SOCKS
Beli kat shopee satu RM3.50. Pandai-pandai la search untuk dapatkan harga paling murah sebab supplier benda ni banyak. Mummy beli banyak untuk lemari daddy and mummy jugak. Senang dan sangat kemas.
Mummy simpan dalam ni socks, headbands, bibs, prewalker shoes Aileen dan sebagainya. Kasut besar untuk jalan simpan kat rak kasut betul for hygiene purpose. Btw, ada banyak idea nak susun socks anak and kasut anak. Boleh je google idea penstoran.
STORAGE BOXES Untuk Aileen barang tak banyak, kecik lagi so box nak guna pun kecik je. Mummy dah divide siap-siap storage box and labelkan.
1. NEWBORN – Saje label newborn sebab baju yang dah tak muat dari newborn sampai 10 bulan simpan terus siap dalam tu. Mittens, socks, topi baby, bedung baby dan semua lah simpan ikut agihan dalam plastik. Lagi mudah nak cari nanti bila dah beranak akan datang. 2. Kotak newborn untuk barang si Aileen yang bakal diperturunkan pada adik, kalau gegurl. Kalau boy shopping lagiii hoyeahh!!!
2. DONATION – Kalau baju rasa beli pun akan datang takkan pakai, biasa kami sedekahkan. Letak je dalam box ni bebila nak balik kampung atau nak donate ambil je siap-siap. Takyah nak sorting baju lagi. Barang lain macam barang baby yang lebihan hadiah Aileen, mainan yang dah tak nak guna lansung kami sedekahkan. Letak dalam box ni jugak.
3. NEW DRESS – Baju yang dapat hadiah tapi umur and size besar simpan. Nanti test la kat anak bila da sampai umur. Kena rajin tengok jugak box ni hehe.
4. STOCKS – Semua stock keperluan anak macam baby wipes, shower foam, shampoo, hand sanitiser, minyak angin baby dan sebagainya yang baru beli letak dalam ni. Cukup bulan cek apa tak cukup nak top up. Tulis kat board tadi. Senang dah satu tempat.
Box sume beli kat diy je range harga Rm14-15 setiap satu bergantung pada size. Actually pakai kotak biasa pon boleh tau, pastu balut dengan wrapping paper bagi seragam. Pon cantik.
JADUAL AKTIVITI SEBULAN AILEEN
Jeng3, jadual sebulan aktiviti Aileen. Ni antara aktiviti yang Aileen buat tu..yang mummy share. As a guide only, tak perlu ikut 100% janji bertepatan dengan masa kita yang ada.
Outdoor activity biasa mummy sparekan time weekend sahaja.
CLOSET DIVIDERS
Hehe idea closet omputih deme buat closet divider untuk baju anak mengikut jenis baju, ikut umur macam newborn, 3-6,6-9,9-12 ada jugak tapi macam tak praktikal pulak nak ikut.
So idea sendiri asing ikut baju yang anak ada. So ada
– Blouse/Dress
– T-shirt : Semua tshirt and kemeja gantung
– Swimwear
– Kurung : Baju muslimah Aileen hehe
Anak mummy baju tinggal sikit je sebab dah sort and sedekah mana yang tak perlu, tak nak bagi semak. Semua burung hantu tu mummy print, gunting, gantung sendiri guna. Hanger tu beli shower curtain kan pastu ade lebih haaa jadi la.
Letak paper clip sebab nak kasik berat sikit takdela tercabut.
Susun baju anak lipat buat satu set (baju & seluar sekali)
Letak susun menegak macam gambar kat atas supaya senang ambil, mummy guna scubb box ikea tapi takde la kaler pink, ade kaler biru yang kami beli dah lama. Guna saja apa ada tak payah bazir nak beli warna pink lagi.
Asingkan dan label siap supaya suami senang carik jugak hehe:
1. Dailywears yang pakai hari-hari and nak pi taska
2. Sleepwears
3. Towels
4. Napkins/Blankets
5. Pants/Skirts
6. Baby Handkerchief
7. Slot bawah khas untuk pampers sahaja, sebab kami selalu beli kat lazada stok 3-4 bulan sekali gus senang malas pikir.
Untuk pampers, bukak dan asingkan pampers letak dalam bekas lain untuk simpan dalam masterbedroom and kat living room. Takdelah tukar pampers malam-malam nak kena pi bilik dia amik pampers.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!