Semua ibu bapa akan risau apabila bayi batuk dan selesema. Bukan apa bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.
Malah kebanyakan doktor juga akan lebih berhati-hati untuk berikan sebarang ubat-ubatan pada anak bawah dua tahun kecuali jika dah terpaksa dan mengikut dos yang paling selamat untuk si kecil.
Bagi ibu yang nak cuba cara ikhtiarkan buang kahak dan lendir untuk bayi yang sedang batuk berkahak dan selesema, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Maheran Abdul Rahim.
Selain dapat rawatan doktor, ini juga salah satu cara yang diamalkan untuk bayinya setelah mengalami masalah batuk dan selesema dalam tempoh lama.
Hanya menggunakan dua bahan asas iaitu daun sireh dan minyak telon bayi saja, tindak balas yang ditunjukkan cukup baik. Tak salah kita ikhtiar selagi tak memudaratkan anak. Apa yang penting ia dapat beri keselesaan pada bayi.
Ikhtiar untuk keluarkan kahak dan lendir supaya baby yangg selesema dan hidung tersumbat lebih selesa untuk tidur dan minum susu.. Asalnya Papa tidak percaya bila Mami kata kalau letak daun sireh kat dada baby dia akan muntah kuar lendir-lendir…. Mami try buat 3x rutin yang sama, dalam tempoh kurang 1 jam baby muntah??
3 kali buat dan 3 kali baby muntah dengan banyak. Lepas muntah baru baby mula nak menyusu. Sebenarnya, ikhtiar ni ibu pengasuh baby yang ajar. Mami pun tak tahu kenapa minyak telon campur daun sireh letak atas dada baby dia jadi muntah kuar lendir-lendir tapi mujurlah, dengan ada kaedah tradisional ni baby tak perlu untuk makan apa-apa ubat.
Layur daun sireh atas api utk beberasa saat, letak apa2 minyak angin yg sesuai utk baby kat dada bby (minyak telon).kemudian letak daun sireh atas dada dia… Mcm bby Ez’Anaqi ni mami letak minyak Mestika Bayini je sbb miyak ni je ada kat umah.. Biasany Mami akan letak minyak kat dada dan belakang baby… biarkan baby tdur dlm keadaan mcm ni… Tp dia tak akan tidur lama sbb dia dlm keadaan selesema dan batuk..Baby Ez muntah dgn bnyak dan kuar lendir2 kuning @pun hijau… Mcm bby’Ez ni,bila dia bngun tdur Mami akan tepuk2 atas blakang dia perlahan2..dlm 5-10 minit dia akan mntah lah… 3x buat 3x juga dia muntah banyak kuar lendir2 (3x buat hari yg berlainan).. Lpas mntah ni bru baby minum susu dgn banyak & tdur semula dgn lama tanpa batuk dan hidung tersumbat…??Daun sireh akan jd layu dan hitam mcm ni…
Hati-hati bila nak bawa bayi mandi di kolam awam. Tempat tertutup yang sibuk juga tingkatkan risiko jangkitan paru-paru kepada bayi.
Bayi mempunyai antibodi yang masih lemah. Mereka sangat mudah mendapat jangkitan. Jangkitan paru-paru selalunya terjadi melalui pemindahan cecair atau rembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam.
Oleh itu, elakkan bayi daripada berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ini adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.
HATI-HATI KE KOLAM RENANG AWAM
Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus. Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.
Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai netizen membuat andaian masing-masing apatah lagi bila si bapa berkongsi luahan hatinya di facebook berkemunginan anaknya mengalami kecederaan yang disengajakan.
Ekoran itu, Dr Mahyuddin Mohamed, Pakar Bedah Ortopedik berkongsi maklumat dari sudut perubatan yang kemungkinan juga kecederaan tersebut berlaku disebabkan kekurangan Kalsium atau Vitamin D akibat kekurangan zat susu badan ibu bayi ini.
Kisah seorang bayi berusia 3 bulan yang mengalami kepatahan tulang peha semasa dalam jagaan pengasuh. Bapa bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan mendakwa kepatahan tersebut adalah disengajakan dan bukan disebabkan kemalangan.
Dalam ilmu perubatan keadaan ini disebut sebagai Non Accidental Injury (NAI) atau kecederaan yang bukan kemalangan ataupun kecederaan yang disengajakan.
Post Facebook bapa ini menjadi panas apabila seorang Pakar Kanak-kanak (Paediatrician) mengatakan walaupun ada kemungkinan kepatahan ini disebabkan oleh NAI tetapi terdapat juga kemungkinan bayi ini mengalami kekurangan Kalsium atau Vitamin D akibat kekurangan zat susu badan ibu bayi ini.
Post saya ini bertujuan bagi membincangkan secara ilmiah kebarangkalian kedua-dua kondisi ini.
Secara fizikal, kanak-kanak yang mengalami NAI atau didera mempunyai tanda-tanda berikut:
1. Lebam. Ini adalah tanda yang paling kerap berlaku. Anda perlu menjangka Dera jika lebam berlaku dibanyak tempat terutamanya di tempat yang sukar berlaku seperti di punggung, kemaluan, belakang tangan, badan dan telinga.
2. Kesan terbakar (Burn). Ini berlaku dalam 15-25 peratus kes dera. Kanak-kanak memang suka memegang objek. Dalam kes biasa, kecederaan burn berlaku pada tapak tangan. Jika ia berlaku di lokasi lain dan juga mempunyai bentuk objek seperti punting rokok, besi, dan mentol atau lighter kereta.
3. Kepatahan. Kepatahan adalah kecederaan kedua paling kerap berlaku selepas kecederaan tisu (lebam). 85 peratus kes berlaku pada bayi dibawah usia 3 tahun dan 69 peratus dibawah usia setahun. Dera patut dijangka jika kepatahan berlaku pada bayi yang belum berjalan.
Antara karakteristik xray yang MUNGKIN disebabkan oleh NAI atau kes dera termasuk:
1. Spiral fracture pada tulang panjang (long bones) termasuk tulang peha (femur), betis (tibia) dan lengan (humerus). Tulang humerus dan femur adalah yang paling kerap patah.
2. Kepatahan pada kedua belah tulang
3. Kepatahan hujung tulang iaitu pada kawasan metaphysis (metaphyseal corner fracture) yang disebut juga sebagai bucket-handle fracture
4. Kepatahan tulang rusuk
5. Kepatahan tulang scapula (tulang sayap), sternum (tulang depan dada) dan spinous process (hujung tulang belakang)
6. Tulang tengkorak bahagian parietal
7. Kepatahan pada beberapa tulang dengan pelbagai tahap proses penyembuhan sedang berlaku
Jika anak anda mempunya tanda-tanda ini, anda patut bertanyakan dengan lebih lanjut kepada pihak yang menjaga anak anda dan jika ada sebarang keadaan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa.
Pihak polis masih menyiasat kes ini di bawah akta kanak-kanak. Biarlah pihak polis menyiasat. Di sini saya ingin berkongsi ilmu mengenai kebarangkalian bayi ini mengalami kekurangan Vitamin D akibat kekurangan susu badan.
Mungkinkah bayi ini mengalami kekurangan Vitamin D?
Kekurangan Vitamin D yang teruk boleh menyebabkan kondisi yang dikenali sebagai Rickets. Ia boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan membengkok bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Bagi kanak-kanak remaja pula tulang boleh menjadi rapuh dan senang patah.
Kanak-kanak yang mengalami Rickets mempunyai pertumbuhan yang terbantut, otot yang lemah dan cara berjalan yang kurang stabil (waddling gait). Ia juga menyebabkan kesakitan pada tulang belakang, pinggul, rusuk dan kaki.
Kekurangan Vitamin D berlaku sekiranya pemakanan anda kurang mengandungi Vitamin D anda anda tidak terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah kerana Vitamin D dihasilkan pada kulit anda apabila ia terdedah kepada cahaya matahari.
Untuk membuat diagnosis ini, dan memastikan masalah lain yang mungkin menyebabkan kepatahan ini berlaku, kita perlu membuat pemeriksaan fizikal, ujian darah dan juga xray.
Ia menyebabkan pelembutan tempat pertumbuhan tulang
(growth plates) yang menyebabkan keadaan berikut dalam xray:
1) Tulang membengkok (Bowing of bone)
2) Flaring of epiphysis
3) Garisan seolah tulang retak yang dikenali sebagai Looser’s transformation zone
Keadaan ini tidak wujud dalam xray bayi ini.
Sememangnya menurut kajian, susu ibu hanya mempunyai kandungan Vitamin D yang sedikit namun jika anda lihat keadaan fizikal bayi ini, ia adalah bayi yang sihat dan gebu, menunjukkan ia cukup nutrisi. Tambahan pula, tiada tanda menunjukkan kebengkokkan sendi lutut beliau (bowing of knee) atau tulang dada yang menonjol seperti yang akan berlaku pada bayi Rickets.
Secara peribadi, saya berpendapat bayi ini mengalami NAI melainkan dibuktikan sebaliknya. Biarlah pihak polis dan SCAN (Suspected Child Abuse and Neglect) Team hospital akan menyiasat perkara sebenar yang berlaku.
Kita sama-sama doakan kesembuhan buat bayi ini. Syafakillah, Aamin.
Baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu, bayi kepada pelakon Faye Kusairi terpaksa dimasukkan kembali ke hospital kerana mengalami masalah jaundis atau demam kuning.
Faye berkongsi kisah itu menerusi instagramnya semalam. Kata Faye menerusi entri tu, bayinya mengalami kesukaran untuk diletakkan di bawah cahaya biru itu.
Menerusi entri itu, Faye berkongsi sebuah foto bayinya yang diletakkan di bilik dengan cahaya biru dikenakan padanya untuk mengurangkan jaundis.
” Selepas dua hari pulang ke rumah, anak saya kembali dimasukkan ke hospital kerana demam kuning.
“Susah untuk letak dia di bawah cahaya biru sebab dia tak mahu tidur dengan badannya dibedung dengan kain.
“Jadi kami tidur bersama di atas katil dan berkongsi cahaya biru di bilik yang sama. Alhamdulillah..kami kuat bersama,” katanya berkongsi.
Kata Faye lagi, untungnya kerana ketika berpantang dia dibantu suaminya.
“Ayah (suami) pun ada tolong mommy yang sedang berpantang. Teamworks is golden!,” kongsinya lagi.
Faye memohon doa dari semua agar anak keduanya itu cepat sembuh daripada masalah kuningnya dan dibenarkan keluar hospital segera.
” Doakan baby girl kami cepat sembuh dari jaundice ni ya. Abang Alif ada bersama Atok Yan & Ann kat rumah. Syukur Alhamdulillah. I have such wonderful backbone and people sending love from everywhere. I thank you in advanced.
Positive thinking brings positive results. Kami tetap bersyukur dengan dugaan yang melanda. Semoga الله SWT kekalkan semangat kami dan memberi hikmah atas dugaan kami. Aamiin,” katanya lagi.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.