Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Ads
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
Ads
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa. Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya adalah berkhasiat dan sesuai untuk setiap fasa hidupnya.
Sekiranya anda masih bingung sama ada patut mulakan makanan pertama bayi atau makanan pejal sekarang atau tidak, ikuti perbincangan lanjut ini. Semoga artikel ini dapat memberikan maklumat berguna untuk membantu anda menentukan adakah si manja anda telah bersedia untuk makanan pertama bayi.
Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi anda sewaktu 4 atau 6 bulan pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, susu ibu dan susu formula mencukupi untuk membekalkan jumlah pemakanan dan kalori yang diperlukan anak anda. Selama beberapa bulan pertama, sistem pencernaan anak anda masih belum cukup berkembang. Oleh itu, pepejal atau sebarang jenis makanan lain adalah dilarang.
Selain itu, menurut American Academy of Pediatrics, anda hanya patut memperkenalkan bayi anda kepada makanan pejal selepas enam bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin anak anda merasakan makanan pejal lebih awal daripada itu, anda boleh memerhatikan tanda-tanda kesediaan berikut. Bayi anda mungkin tidak menunjukkan semua petanda sekaligus, tetapi ini hanyalah sekadar petunjuk untuk perhatian anda:
Waktu memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bergantung kepada anda dan keperluan anak anda. Jika bayi anda ingin mencuba rasa baru, tetapi dia terlalu muda daripada usia yang sesuai, hubungi doktor anda untuk nasihat dan maklumat lanjut.
Menghisap jari tabiat semulajadi bayi yang mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Proses ini normal kerana cara ini bayi belajar menyusu. Menghisap jari juga dianggap salah satu cara kanak-kanak meneroka badannya sendiri dan juga membantu membina personaliti.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Teacher Lin Talib, jangan melihat sudut yang negatif bila anak menghisap jari sebaliknya perlu lihat kepada perkara positif terutama untuk perkembangan anak. Berikut adalah perkongsiannya.
BANG! TARIK JARI ANAK TU!!
Kalau bayi kita dalam usia 2 bulan ke atas biasanya mulalah dia dah start nak hisap jari. Kadang tu muka dia punya syok hisap jari sampai tutup tutup mata. Tapi risaukan bila tengok anak hisap jari?
Biasanya mulalah kita pun tarik jari dia tu. Lepas tu bagi puting. Bukan salah bagi puting, tapi.. mungkin lepas ni kita patut biar je anak hisap jari? Nak tahu kenapa?
Anak dalam usia 2 bulan ke atas tu dia mula lah nak explore benda lain selain susu mak dia. Jadi, bila dia hisap jari tu, itu antara cara dia menenangkan diri.
Sebab apa? Sebab anak seusia itu kenal mak dia je. Lepas tu? Haa.. so anak ni antara cara hiburan dan cara dia bertenang adalah dengan hisap jari.
Takpe, biar je. Bukan lama pun. InsyaAllah bila sudah mula merangkak berdiri.. dia dah tak hisap jari dah. Dengan cara ni juga tak perlu nak guna puting sangat.
Antara kebaikan bayi menghisap jari ialah.. ini sebenarnya latihan perkembangan sensori dan motor : oral motor, motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-motor.
Eh macam mana tu?
Yelah, nak hisap jari tu.. perlu anak gerakkan tangannya ke mulut – motor kasar
Masa nak bawak tangan tu ke mulut anak akan tengok jari jarinya- koordinasi mata-motor
Lepas tu masukkan jari jari comel tu ke dalam mulut- motor halus
Jari jari yang dihisap memberikan ransangan sensori kepada mulut anak serta motor halus anak.
Ha, kan banyak faedahnya tu!
Dah kenapa selama ni kita asyik fikir tak elok ek?
Dah masuk usia 3-5 bulan.. anak semakin TERER. Ha, camne terer tu?
Bila anak hisap jari… Dia tak lepas. Jadi ini memerlukan kawalan serta kekuatan hisapan (sucking) serta kawalan tangannya juga agar tidak terlepas dari mulut.
Masa ni, dia dah nampak spesifik. Dia hisap IBU JARI. Dah tak macam memula dulu main taram je semua jari buh dalam mulut.
Bila dia hisap ibu jari ni.. dia memang dalam keadaan yang tenang. Kalau anak saya, memang tertidur la hisap jari.
Tapi kalau hisap penumbuk.. dia bukan untuk tenang tu.. itu lebih kepada exploration. Dia nak explore dari sudut sensori rasa… Sensori visual tengok bentuk bulat penumbuk tuu.. tactile bila penumbuk tersebut tersentuh wajahnya.
Relax la ibu bapa sekalian.. anak hisap jari sebab itulah timeline perkembangan dia.. bukan sebab dia tak sabau nak makan.
Ini tengok anak 3 bulan hisap jari.. dah dikata lapar nak makan dah… Aduhh parahhh!!!
Edit: Seandainya anak dah cecah 4 tahun masih tak stop hisap jari… Adalah wajar untuk kita hentikan. Bimbang jadi tabiat smpai ke besar pula.
Kerana sampai umur 4 tahun anak dah merangkak, jalan berlari dah pandai macam-macam dah. Jika dia masih hisap jari, ada perkembangan dia yang mungkin terganggu. Sila rujuk doktor atau terapis ya dan pelan-pelanlah hentikan tabiatnya.
Selepas dua bulan dilahirkan, Mat Dan secara rasmi memperkenalkan wajah anak lelakinya, Muhammad Zayne kepada peminat yang tertunggu-tunggu kemunculan Mat Dan Junior.
Melalui perkongsiannya di instagram, ramai yang memuji kecomelan anak kacukan ini dan mendoakan yang terbaik kepada Zayne. Paling lucu ramai yang mengusik Mat Dan supaya ajar anak loghat Terengganu dan dalam masa yang sama berbahasa Inggeris.
Tak kurang juga yang berharap anak kacukan ini akan menjadi anak yang soleh dan bijak.
Sebelum ini isteri Mat Dan telah selamat melahirkan anaknya pada 5 Mei lalu. Selepas Zayne dilahirkan, Mat Dan dan isteri tidak terus menunjukkan wajah anak sebaliknya hanya memuat naik gambar dari jauh atau sipi-sipi sahaja.
Sehingga kini perkongsian mengenai Zayne hanya melalui instagram Mat Dan dan dia belum lagi membuka akaun instagram anaknya sendiri.
Peminat Teruja Wajah Pan Asian
Rata-rata yang melihat wajah anak Mat Dan semuanya memuji Zayne handsome dan membuat perbandingan wajah Zayne seperti muka tok daddy sebelah Mat Dan.
Ada juga yang menyatakan Zayne lebih banyak darah Melayu. Tapi jika diikutkan sebenarnya muka bayi akan berubah-ubah. Apa-apa pun semoga Zayne terus membesar dengan sihat.
Sumber: Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!