Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Ads
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
Ads
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak. Jika anda tahu kepentingan ini, seboleh-bolehnya anda akan cuba pastikan anak dapat tidur secara konsisten dan berjadual sejak awal lagi.
Menerusi perkongsian Dr Redza Zainol, otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Tip supaya anak mudah tidur.
suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.
Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.
Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).
Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.
Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik antara 18-24C.
Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.
Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.
Bantu saya #sebarkan, supaya lagi ramai mak ayah yang tahu.
Jemput follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik secara percuma.
Menurut Liza Hanim di instagramnya, dia menyatakan semasa lahir Fateh tidaklah besar sangat. Hanya 2.8 kilogram dan sekarang selepas sebulan lahir naik 4.2 kilogram.
“Assalamualaikum dunia…. perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.
“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan Fateh selain mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan sihat.
“Tahniah… Semoga mnjadi ank yang soleh, anak yang akan berbakti pada ibu bapa… Semoga membesar dengan sihat… Selamat berpantang kak Liza Hanim,” komen @adeqristynaa_angah
“Comelnya! Besar dengan sihat & kuat baby Fateh, moga jadi pelindung untuk ibu & ayah kelak,” tulis @arilabdul
“Macam baby girl saya kak @lizahanim79. Lahir 2.76kg, sebulan 4.2kg. Semoga Al Fateh menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat,” kongsi @anishafizah_ismail
Berusaha Turunkan Berat
Dalam pada itu juga, Liza Hanim turut berusaha untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.
Katanya lagi selain penjagaan pantang untuk kesihatan dalaman dia juga turut menitikberatkan kecergasan fizikal physiotheraphy.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram @lizahanim79
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anda mempunyai anak, pastikan tahu dan faham tahap perkembangan bayi yang mesti diutamakan. Bayi yang normal sepatutnya sudah mempunyai perkembangan komunikas sebelum dia mahir bercakap.
Selaku Occupational Therapis, Puan Liyana Raya berkongsi bentuk-bentuk komunikasi yang bayi perlu ada mengikut tahap usianya kerana penting untuk menentukan pembentukan tingkah lakunya di masa hadapan.
Dalam menentukan kanak-kanak yang ada ‘delay’ dengan kanak-kanak yang tiada ‘delay’ adalah satu perkembangan yang sering kita terlepas pandang, iaitu KOMUNIKASI.
Ramai di antara kita yang tak tahu nak membezakan di antara komunikasi dengan percakapan. Komunikasi datang dahulu sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap.
Seawal usia bayi lagi, kita semua dilahirkan dengan perkembangan komunikasi.
Bentuk-Bentuk Komunikasi Yang Bayi Perlu Ada a. Senyum pada suara atau panggilan sejak di usia 0-3 bulan.
b. ’Menjawab’ panggilan dengan ‘eye contact’ (hubungan mata) di usia 3-5 bulan apabila kita sering bercakap dengan bayi.
***sebab tu penting sangat untuk kita bercakap dengan bayi walaupun mereka tak faham satu apa pun yg kita cakapkan**** Kalau kita rajin bercakap dengan bayi, seawal usia 6 bulan, bayi dah boleh respon pada namanya sendiri apabila dipanggil. c. Sangat ‘crucial’ pada usia 6-9 bulan ni, bayi kena senyum dan ketawa berdekek apabila diagah/dibuat baa chak! Apabila kita sergah pun dia suka. Apabila kita marah, ada yang buat muka nak nangis/merajuk——>>>respon bayi mula dilihat pada usia 6-9 bulan ni.
AMBIL KISAH AKAN PERKEMBANGAN UTAMA INI!
d. Di usia 8-9 bulan onwards, bayi kena pandai buat ‘social observation skill’. ‘Social observation skill’ ni adalah kemahiran melihat dan cuba-cuba meniru apa yang dilihat oleh seorang bayi dalam persekitarannya. Waktu ini,lagi sekali sangatlah ‘CRUCIAL’ nak develop kemahiran meniru pergerakan sosial seperti ‘bye-bye’, ‘high 5’, tepuk tangan, salam, ’flying kiss’, bertepuk bertampar sesama adik beradik, menjerit dan sebagainya. e. Yang mana masuk je usia 10 bulan, bayi dah boleh buat kemahiran-kemahiran ni dengan pandangan mata (‘eye contact’) yang bagus, dengan pergerakan fizikal yang dia ada pada ketika itu dan seterusnya dilakukan secara spontan dalam kehidupannya—-> inilah bukti seorang bayi itu bijak!
Komunikasi datang dalam bentuk non verbal dan verbal. Non verbal ni mcm ‘gesture’, pandangan mata (‘eye contact’), mimik muka sebelum boleh verbal (bercakap).
Saya BUKAN SEORANG SPEECH THERAPIST, jadi saya tidak akan bercakap berkenaan proses bertutur dan bercakap.
Namun sebagai seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, kemahiran komunikasi non verbal ini harus saya utamakan dulu.
f. Sebab by the time anak dah masuk usia 12 bulan, seorang kanak-kanak itu sudah pastinya kena faham arahan ringkas dan membuat arahan ringkas tersebut mengikut kapasiti pergerakan yang dia ada pada masa itu. Contohnya apabila kita minta sesuatu, kita cakap ‘baaaakk’ dia pun akan bagi atau acah2 bagi atau memang tak nak bagi.
Nampak tak bayi ada komunikasi sosial di sini?
Pentingnya Kemahiran Komunikasi Bentuk Tingkah Laku
Inilah yang nak menentukan tingkah laku seorang kanak-kanak di masa akan datang. Kalau kemahiran komunikasi ni tak diasah sejak kecil lagi, macam mana seorang anak tu bila dia hendakkan sesuatu, jika dia belum boleh berkata ‘nak’, dia akan tunjukkan dalam tingkah laku mengamuk. Ada juga kanak-kanak yang tak pernah diajar untuk berkomunikasi secara non verbal ni. Egonya tinggi memanjang pun ada dan tingkah laku ego ni boleh bermula di usia setahun 6 bulan pun.
Sebab tu saya tak pernah ‘impress’ pada kanak-kanak yang di usia 2 tahun dah boleh membaca (tak kesah la baca huruf rumi atau mengaji al-quran pun) sebab yang saya sering tekankan adalah no point juga jadi ‘budak celik huruf’ tapi komunikasi dan tingkah laku ‘out’ daripada perkembangan.
Biarlah anak tu kenal segala nenek moyang dinasour sekalipun tapi kalau bentuk-bentuk asas komunikasi ni tak diberikan perhatian, last-last saya kena rawat tingkah lakunya yang susah nak ikut arahan yang diberi, sering ego dengan pendapat sendiri, sering mahu apa yang dia nak sahaja, tak boleh tolerate dengan ‘sharing’ (berkongsi) atau barang dipinjam oleh orang lain. Agak susah saya nak katakan anak anda bijak.
Bukan senang nak memberi kesedaran terhadap perkara ini kepada orang ramai. Komunikasi yang berkesan yang kita ajarkan pada anak-anak membentuk akhlak yang mulia dan tingkah laku yang seimbang walaupun di usia kecil lagi. Tak mengapa kalau anak menangis dan tantrum. Itu biasa. Tapi yang membezakan ada ‘delay’ dengan tak ada ‘delay’ adalah bergantung kepada bagaimana anak tu ‘makan pujukan’ dan boleh bertoleransi dengan kepelbagaian situasi yang ada di persekitarannya.