Memilih tema berwarna putih untuk majlis akikah dan tahnik Bunga Elhaq, Elisya Sandha dan suami secara rasminya telah berkongsi wajah anak sulung mereka. Sekali tengok muka Bunga Elhaq, ada iras dengan Nanna Sheila Rusly.
Memilih tarikh sempena Aidiladha, Elisya berkata, melahirkan puteri tercintanya itu adalah pengorbanan paling terbesar dalam hidup dia dan suami tahun ini.
“Melahirkan anda adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy.
“Pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin and susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.
“Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang,” katanya.
Menurut Elisya, dia berharap apabila anaknya sudah semakin membesar dapat menjaga hati ramai orang selain menghargai pengorbanan mereka.
“Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.
Ads
“Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya,” katanya.
Sementara itu, menerusi IG Sheila Rusly, dia turut memuat naik momennya sekeluarga bersama Bunga Elhaq.
Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Sheila mengucapkan syukur setelah apa yang dirancang berjalan lancar.
“Cantikknya bunga.. Manis dan lembut air mukanya.”
“Muka macam nana dia lah. Cantik 😍😍😍
“Bunga muka dady 😍😍❤️ comel nya.”
Ads
Dalam masa sama, Elisya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh peminatnya. Elisya dan suaminya Uzair Haqimy berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.
Lepas bersalin badan memang kurus semulajadi tetapi lepas beberapa bulan, berat mula naik mendadak. Mak-mak mula risau, ditambah pula bila menyusu anak. Sudahnya diet hanya tinggal diet. Ibu jadi kecewa. Brisk walk ibu selepas bersalin adalah salah satu cara sihat yang disarankan tetapi ramai salah caranya.
Aktiviti brisk walk yang kini semakin popular sebenarnya banyak membantu jika dilakukan dengan cara yang tepat. Apa teknik yang sesuai?
Jika anda mulakan brisk walk pada waktu pagi, hidup jadi lebih on track. Boleh mulakan dengan gerak tubuh, otak pun auto rasa lebih fokus, produktif dan positif sepanjang hari. Ini sebabnya brisk walk ibu selepas bersalin sangat sesuai dijadikan rutin harian.
Tip daripada saudari Razowa Malaysia tentang bagaimana beliau mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjalan mengikut pace dan keupayaan diri ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bersalin kembali kurus. Yang penting caranya tepat!
Tempoh ni paling ideal untuk masuk “fat-burning zone”. Minimum 5 hari seminggu (boleh selang sehari kalau penat). Konsistensi sangat penting dalam brisk walk ibu selepas bersalin untuk hasil yang berpanjangan.
– Teknik interval ringkas:
Ulang selama 30 minit untuk bantu tingkatkan pembakaran kalori dengan lebih efektif.
Namun, pastikan badan anda selesa dan tidak memaksa diri.
Pastikan postur betul kerana lebih banyak otot digunakan. Paling penting lebih kalori terbakar. Teknik ini nampak mudah, tetapi ramai terlepas pandang. Jadi kena ikut cara ni.
Jangan brisk walk saja, tapi masih makan berlebihan. Kawal portion dan pilih makanan berkhasiat untuk sokong usaha anda.
Lemak tak hilang dalam sehari, tapi usaha berterusan akan nampak hasil. Dalam tempoh ini, brisk walk ibu selepas bersalin boleh bantu tingkatkan metabolisme secara semula jadi.
Ambil gambar dan ukur lilit badan setiap minggu, bukan timbang semata-mata. Kadang-kadang berat tak turun, tapi inci badan mengecil. Itu tanda kemajuan sebenar.
Brisk walk ibu selepas bersalin bukan sahaja bantu turunkan berat badan, malah selamat untuk kebanyakan ibu yang baru pulih. Ia tidak memberi tekanan berlebihan pada sendi dan mudah dilakukan tanpa peralatan khas.
Selain itu, ia juga bantu:
Buatlah secara konsisten. Bila dibuat secara berterusan, metabolisme badan akan naik dan badan lebih ringan. Masalah perut buncit pun beransur hilang.
Mulakan langkah kecil hari ini dengan brisk walk secara konsisten dan nikmati perubahan positif pada badan dan emosi anda. Jangan tangguh lagi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kecil memang mudah merajuk, kadang kala penat mama nak pujuk. Ada ketika ‘mood’ anak-anak asyik tak kena je satu hari. Daripada kita asyik marah-marah anak apa kata kita doakan anak supaya hatinya tenang dan terang menerima nasihat kita.
Seperti perkongsian ibu ini, pada awalnya anak kedua dia suka mengamuk tak tentu pasal. Setelah mendapat nasihat daripada orang tua, dia tambah amalan doa Nabi Daud setiap hari untuk anak-anak tersayang.
Posting ni BUKAN NAK BANDING
Tapi bila jadi ibu ni, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, Doa Penerang Hati Anak Soleh, Surah Toha 1-5 & zikir Ya Latif.
Oh, baca juga masa basuh beras.
Tapi siapa yang dok nampak posting Nur di sini, Haasya ni lain sangat kan? Merajuk sehari tu tak terkira.. Memang betul, anak no 2 ni sensitif. Asyik nak dibelai dimanja, nak kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyikkkkkk saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood, sikit-sikit tarik muka.. Kadang geram jugak .
Baru ni cakap dengan mak, mak kata, cuba hang baca Do’a Nabi Daud lembut besi tu pula..
Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut ! Video call bagitahu mak.. Ni dah masuk beberapa malam Nur buat.. Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit ja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu..
Alhamdullilah semua ni Allah punya rahmat. 🤲🏻
Jadi sekarang senarai rutin do’a dah bertambah..😅 Malam-malam depa kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing.
Kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah “terdapat dua mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an terkena renjatan elektrik, selain seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah”
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. Puncanya adalah daripada pemanas air elektrik di dalam bilik air.
Di sebalik pelbagai kelebihan pemanas air elektrik ternyata alat ini boleh mengancam nyawa pengguna dan anak kecil. Kenapa? Ikuti artikel penuh ini.
Pemanas air elektrik (water heater elektrik) antara alat yang paling efektif dan menjadi pilihan ramai kerana anda tidak perlu bersusah payah merebus air untuk mandi air panas sekaligus dapat menjimatkan masa. Tambah pula water heater elektrik juga memiliki komponen yang kuat dan tahan lama, walaupun harganya agak mahal namun ianya amat berbaloi untuk dimiliki.
Sebelum anda menggunakanya, selidik dahulu adakah ia benar-benar selamat kerana alat ini juga mampu meragut nyawa pengguna jika tidak dipasang dan digunakan dengan selamat.
BAHAYA WATER HEATER ELEKTRIK
Berikut merupakan antara risiko yang terdapat pada water heater elektrik yang mungkin kita tidak tahu;
Renjatan elektrik
Sebelum anda menggunakan water heater elektrik, pastikan semua kabel unit pemanas elektrik sudah tersambung dengan baik dan betul. Terutama pada bahagian heater dan paipnya kerana alat ini diperbuat daripada tembaga dan anda mungkin terkena renjatan elektrik jika terdapat kebocoran pada mesin. Untuk mengelakkan ancaman ini, anda boleh memasang anti-kontak pada pemanas air anda. Hidupkan enjin selama kira-kira 15 minit sebelum anda menggunakannya dan jangan lupa mematikannya apabila selesai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara pemasangan
Cara memasang pemanas air mesin sememangnya lebih mudah daripada pemanas air gas yang memerlukan anda memotong dinding hanya untuk menggantung mesin. Di sinilah kebanyakan orang melakukan banyak kesalahan. Secara umum, pemanas air elektrik tidak memerlukan bit gerudi 6 mm untuk melubangi dinding dan memasang penyokong mesin. Tetapi untuk kebaikan bersama, ternyata langkah ini diperlukan agar mesin pemanas tidak mudah rosak dan menyusahkan pengguna, terutama mereka yang menggunakan pancuran mandian. Pasang mesin pemanas menggunakan penyangga pemanas air gas yang lebih berkualiti.
TANDA-TANDA WATER HEATER ELEKTRIK ROSAK
Faktor lain yang menyebabkan kegagalan pemanas air adalah tanda kerosakan yang diabaikan oleh pemilik rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah ciri-ciri pemanas air yang rosak:
1. Air yang keluar keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran mandi anda kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau amis, maka kesalahannya ada pada paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih terdekat yang memahami cara membaiki paip pemanasan, kerana cara memperbaikinya lebih rumit.
2. Mesin pemanasan mengeluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama kerana enapan telah terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Anda perlu menukar kepada mesin pemanas yang baru.
3. Terdapat rembesan air di permukaan water heater elektrik
Kebocoran pada tangki pemanas air! Apabila mesin telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari, logam di dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, anda boleh menggantinya dengan mesin baru tanpa perlu mengganti paip.
LANGKAH KESELAMATAN
Water heater elektrik perlu diberi perhatian dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dari berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada alat pemanas air elektrik boleh mengakibatkan renjatan dan kematian.
Pastikan ada sticker SIRIM yang ini untuk water heater.
Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus. Pihak SIRIM juga ada menekankan kepentingan label mereka pada barangan elektrik.
Jadi, adalah amat penting untuk memilih sebuah alat pemanas air elektrik yang memiliki label SIRIM. Langkah ini adalah bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mampu mengancam nyawa anda dan yang tersayang.
Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, kini anda perlu memilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri. Adalah penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
Pihak kontraktor elektrik yang berdaftar akan melakukan kerja-kerja pemasangan alat pemanas air elektrik anda dengan sempurna serta mengikuti langkah-langkah aspek keselamatan yang betul. Maka keselamatan anda sebagai pengguna terjamin.
Gantikan alat pemanas air elektrik yang lapuk
Jika anda memiliki alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.
Model keluaran baru bagi alat pemanas air elektrik memiliki ciri keselamatan terkini seperti residual current device (RCD) yang memainkan peranan penting dalam mengesan kebocoran arus dan menghentikan pengaliran arus elektrik jika berlaku kebocoron dengan serta-merta.
Selenggara alat pemanas air elektrik secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Adalah penting untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air. Jika terdapat kerosakkan, pastikan ia diganti dengan alat ganti yang tulen dan memiliki label SIRIM.
Elakkan daripada mencuba untuk membaiki alat pemanas air dengan sendiri dirumah. Khidmat selenggara dari pakar adalah dijamin lebih selamat.
Walaupun negara kita beriklim khatulistiwa, pemanas air elektrik sudah menjadi alatan wajib dimiliki di setiap rumah. Mandi air yang suam atau panas banyak memberi kebaikan kepada tubuh badan kita. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa mandian air panas dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan ketegangan otot, merawat kulit yang bermasalah dan mengurangkan tekanan.
Adalah amat penting untuk memastikan produk yang menjadi pilihan anda menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan, sebelum membuat sebarang pembelian.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.