Setiap ibu bapa pasti akan mengalami situasi betapa sukarnya memberi anak makan sajian berkhasiat. Tak kurang juga yang berdepan perangai anak cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan.
Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah pun satu hal yang menyebabkan ibu bapa buntu.
Bagaimanapun anak-anak kecil ini mereka sebenarnya boleh lagi dibiasakan jika ibu bapa sendiri membiasakan dari awal. Corak pemakanan ibu bapa pun memainkan peranan penting.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman, anak kembarnya, Karl Kareef begitu suka makan petai seolah-olah seperti snek yang dimakan begitu saja. Mungkin bagi sesetengah orang tak suka petai kerana baunya yang kuat.
Menerusi laman Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman merakam aksi anaknya yang berusia tiga tahun itu ketika mengambil petai dan dimakan secara mentah.
“Like mother like son gitu,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen pada posting tersebut.
Wanita berusia 24 tahun itu juga menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa anaknya dipaksa untuk memakan petai tersebut.
Eina Azman akui Karl gemar makan petai kerana dibiasakan dengan pelbagai jenis makanan sejak awal. Jadi tidak hairanlah Karl suka petai.
Betul Anak Mummy
Ads
Kita Yang Tua Pun Tak Boleh Makan Petai
Sumber: ig Eina Azman
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak anda dah mula bercakap atau tidak? Semak perkembangannya, dia perlu menguasai pertutturan seiring umur. Semak dengan carta kemahiran bahasa & pertuturan ini.
Apabila anak tidak mampu untuk bertutur ketika usianya menjelang dua tahun perlu dibimbangi kerana ia mungkin petanda kepada masalah perkembangannya. Ketika usia anak telah menjangkau ke dua tahun dan mereka masih belum boleh bertutur, Ibu bapa perlu berasa bimbang dengan perkembangan bahasa dan pertuturan mereka.
Menurut Puan Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre. Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan serta kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
CARTA KEMAHIRAN BAHASA & PERTUTURAN NORMAL ANAK
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya)
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘Hai’ dan ‘Bye’)
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat.
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan)
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika seseorang individu khususnya kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya , dia boleh digolongkan sebagai mereka yang mengalami‘speech and language delay’atau pun ‘lambat bercakap’.
TOLONG CEPAT BERTINDAK!
Ibu bapa perlu memerhatikan perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak dari semasa ke semasa. Jika pada peringkat umur 12 hingga 18 bulan, anak tersebut masih belum menghasilkan sebarang perkataan yang bermakna, maka ibu bapa seharusnya membawa anak tersebut untuk pemeriksaan lanjut dengan juru terapi bahasa dan pertuturan yang bertauliah. Kata kunci penting dan perlu diingat oleh ibu bapa di sini ialah ‘Jangan Tunggu’!
Pekalah akan perkembangan pertuturan anak-anak. Tanda-tanda seperti kekurangan atau tiada minat untuk bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling (gemar untuk bermain bersendirian) dan kurang membuat kontak (pandangan) mata dengan orang sekeliling, ‘lambat bercakap’ juga merupakan salah satu tanda yang tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.
Rancangan Pa&Ma yang akan ke udara esok, 10 Julai 2018 akan membincangkan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Jangan lupa tonton di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekurangan zat besi boleh bantutkan tumbesaran anak, jangan main-main! Kenal pasti 6 simptom kekurangan zat besi ini supaya anak anda tidak ketinggalan.
Menurut Sarina Sariman, Pensyarah Jabatan Profesional Penjagaan Kesihatan , Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, MSU zat besi ialah salah satu nutrien yang mustahak dalam perkembangan diri si kecil. Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan.
Selain itu, zat besi memainkan peranan penting dalam perkembangan otak si manja terutama dalam pembentukan sel-sel saraf. Kekurangan mineral ini untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pertumbuhan si manja yang terbantut atau tidak mencapai pertumbuhan yang optimum.
PENYUSUAN SUSU IBU
Bayi perlu diberikan susu ibu secara ekslusif selama enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberikan bermula usia bayi enam bulan kerana keperluan zat besi si kecil semakin meningkat dan tidak hanya boleh ditampung oleh susu ibu semata-mata.
Amalan penyusuan susu ibu dan pemakanan yang seimbang sepatutnya tidak menimbulkan masalah kekurangan nutrien ini kepada bayi dan kanak-kanak. Pada tahap yang kronik, ia dinamakan anemia. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko menghidap anemia sejak awal lagi.
4 GOLONGAN KANAK-KANAK YANG BERISIKO MENGALAMI ANEMIA
Ibu yang menyusu juga disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan lengkap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berkualiti. Makanan yang kaya dengan zat besi boleh diamalkan.
TANDA-TANDA ANAK KEKURANGAN ZAT BESI
Anda boleh memerhatikan ciri-ciri ini pada anak. Ia adalah petanda bahawa anak anda mungkin mengalami anemia atau kekurangan zat besi.
1.Pucat.
2.Kelihatan lemah.
3.Tidak bertenaga.
4.Perkembangan fizikal sangat perlahan tidak seiring dengan usianya.
5.Kurang fokus kepada sesuatu perkara.
6.Mudah terganggu emosinya.
ELAK ANEMIA PADA KANAK-KANAK
Kandungan zat besi yang rendah dalam darah (anemia) disebabkan diet yang tidak optimum boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal si manja. Kanak-kanak atau bayi yang mengalami kekurangan mineral ini senang mendapat jangkitan kuman atau penyakit. Mereka juga mempunyai perkembangan yang lambat dan kenaikan berat badan yang sedikit. Selain itu, mereka kurang cergas dan tidak aktif melakukan aktiviti fizikal.
Amat mustahak bagi ibu bapa memberikan makanan yang seimbang kepada si manja sejak awal pengenalan kepada makanan pelengkap. Makanan dalam bentuk pepejal dan separa pepejal ini perlulah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan.
PILIH MAKANAN PELENGKAP YANG SEGAR
Makanan pelengkap yang disediakan sendiri lebih baik kerana ibu dapat memastikan penggunaan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat sahaja untuk si manja. Sebagai alternatif, makanan pelengkap atau bijirin bayi komersil juga boleh didapati di pasaran, namun awas dengan kandungan gula dan sodium dalam produk yang dipilih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat anak Tomok, Arrian Shah Akid yang secara sengaja memotong rambut ibunya, Rahayu Abbas, dengan memberi alasan nak bagi pendek macamnya buatkan netizen terhibur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Tomok berkongsi video gelagat Arian apabila ditanya kenapa memotong rambut ibunya.
“Bertuah punya anak di potongnya rambut dibu. Nasib baik ayah tak ada rambut.
“Video Arrian kena marah tak diluluskan untuk masuk ke instagram,” tulisnya.