Pencapaian membanggakan untuk komuniti ibu menyusu apabila penganjuran webinar penyusuan terbesar Ya, Aku Mampu Susukan Anak (YAMSA) anjuran Pa&Ma pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 1000 peserta bersama barisan speaker yang hebat dan berkredibiliti dalam bidang penyusuan.
Webinar yang diadakan selama satu hari, bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu menyusu dan ibu hamil yang mendaftar diri sebagai peserta.
Walaupun diadakan secara virtual, kemeriahan tetap dirasakan kerana ruangan chat box dihujani pelbagai komen dan soalan daripada peserta. Para peserta tetap bersemangat mengikuti webinar ini sehingga ke penghujung.
Apa yang seronoknya tentang webinar sehari ini kerana menyediakan pelbagai perkongsian menarik daripada para speaker yang dijemput.
Webinar dimulakan dengan acara cabutan bertuah bagi menghangatkan suasana pagi dan diikuti tazkirah oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood yang berkongsi garis panduan apa amalan yang patut dilakukan dan perkara yang patut dielakkan oleh ibu menyusu sepanjang mereka menyusukan anak.
Acara bertambah semangat apabila sesi Kaunselor Laktasi terkenal, Nad Masrom memulakan perkongsiannya dengan mengupas topik utama webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
Rata-rata peserta yang terdiri daripada ibu pertama kali seronok dengan perkongsian ilmu penyusuan dan semangat yang diberikan oleh Nad Masrom untuk terus menyusukan anak.
Ruangan chat box dipenuhi banyak soalan pelbagai masalah penyusuan untuk dijawab oleh Nad Masrom.
Slot seterusnya bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi yang tidak asing lagi Dr Maiza Tusimin yang berkongsi topik Ibu Sakit Dan Cabaran Menyusukan Anak.
Ads
Penjelasan Dr Maiza dapat melegakan hati ibu menyusu yang sering tertanya-tanya bolehkah mereka terus menyusukan anak sekiranya sakit dan mengambil ubat.
Masih Ada Harapan
Bagi meleraikan masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu menyusu iaitu masalah susu berkurangan, Kaunselor Laktasi yang juga merupakan pelakon drama terkenal Ika Nabella mengupas topik Susu Ibu Drop, Jangan Give Up Masih Ada Harapan.
Penjelasan Ika yang bersemangat dengan pelbagai tip mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan situasi normal susu drop melegakan kerisauan para ibu.
Selesai memahami permasalahan penyusuan para ibu menyusu, webinar turut menampilkan speaker kaum bapa yang turut tidak terkecuali merupakan penyokong tegar penyusuan susu ibu iaitu Muhammad Noor Zakaria.
Bapa kepada sepasang cahaya mata yang bakal menimang anak ke-3 ini sememangnya terkenal dengan bahan media sosialnya yang mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu.
Ads
Muhammad Noor mengupas topik Real Dad Support Breastfeeding dari kaca mata dirinya sebagai bapa yang telah berjaya memastikan dua orang anaknya mendapat khasiat susu ibu sehingga mereka berusia dua tahun.
Sebelum melabuhkan tirai, sesi terakhir menampilkan selebriti mama yang juga seorang pelakon terkenal satu masa dahulu iaitu Raja Farah Raja Aziz.
Pelakon filem Anak Halal ini sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan sejak bergelar ibu kepada tiga orang anak. Menurut perkongsian Raja Farah dalam topik BF Journey, Lain Anak Lain Ragamnya, menyusukan dua orang anak lelaki sangat berbeza dibandingkan dengan anak perempuannya yang baru berusia empat bulan.
Katanya, anak perempuan nampak lebih bertenang dan tidak berapa kuat menyusu dibandingkan anak-anak lelakinya yang juga kuat ‘mengempeng’.
Antara kupasan menarik oleh speaker webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
1. Menurut Ts Siti Fatahiyah, ibu menyusu seharusnya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang menyusukan anak kerana ia akan mempengaruhi pembentukan karektor anak yang menyusu.
Ads
2. “Anak pertama saya telah mengalami alahan pada susu formula dan saya telah kehilangannya pada usia 21 hari semasa saya masih dalam pantang. Saya mengalami kemurungan teruk. Kegagalan saya kerana kekurangan ilmu penyusuan.” Nad Masrom.
3. Di dalam slotnya, Dr Maiza berkongsi aplikasi yang membantu para ibu menyusu memeriksa ubat yang boleh diambil apabila menyusukan anak ketika sakit.
4. “Bila berlakon pengarah selalu bagi pegang watak sedih, jadi susu pun ikut sedih nak keluar. Sepanjang 2 tahun 3 bulan menyusu anak, Ika berpegang pada prinsip yang Ika buat sendiri iaitu 5 M iaitu “Mindset, Matlamat, Motivasi, Mentor, Member.” – Ika Nabella.
5. “Peranan seorang ayah adalah provider, jadi dia harus menyediakan dari segala segi iaitu kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan untuk bagi keluarga rasa selamat termasuk makanan dan untuk baby mereka hanya minum susu dan susu ibu adalah yang terbaik.” – Muhammad Noor.
6. Menurut Raja Farah, anak keduanya langsung tidak pandai menyusu terus dari puting payudara dari lahir sampai usia 2 bulan. Sepanjang dua bulan itu dia gigih mengepam dan bersyukur selepas itu anaknya boleh menghisap direct dan dia mampu menyusukan selama dua tahun.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar semalam turut dimeriahkan dengan acara Teka & Menang serta cabutan bertuah. Memang gamat walaupun secara virtual.
Pa&Ma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang komited dengan webinar sepanjang hari semalam. Teruskan bersama kami untuk acara anjuran Pa&Ma yang akan datang, sehingga kita berjumpa lagi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ruang tamu yang cantik dan selesa pastinya menjadi idaman setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila rumah dihias dengan sofa mewah berwarna lembut, lengkap dengan kemasan manik yang menyerlahkan gaya elegan. Tapi siapa sangka, keindahan itu boleh bertukar menjadi perangkap bahaya – lebih-lebih lagi jika ada si kecil yang sedang aktif membesar!
Itulah yang berlaku kepada seorang ibu, Puan Anis, apabila anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun mengalami luka panjang di bahu hanya kerana tertoreh pada manik tajam di sofa kegemaran mereka.
“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” luahnya dalam nada sebak.
Sofa Mewah, Tapi Bahayakan Anak
Segalanya berlaku sekelip mata. Si kecil ketika itu sedang bermain-main seperti biasa. Namun, tanpa disedari, bahagian manik pada sandaran sofa yang terkeluar sedikit telah menyebabkan torehan yang dalam pada kulit bahu anaknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Puan Anis tidak pernah menyangka bahawa hiasan manik kecil itu boleh bertukar menjadi ‘senjata’ yang mencederakan anak tersayang.
“Saya terus cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…” katanya nekad.
Jangan Pandang Ringan Bahaya Manik & Hiasan Tajam
Sofa jenis bermanik atau berhiaskan perincian keras seperti kancing besi, kristal, dan stud hiasan memang nampak mewah. Tapi bagi rumah yang ada anak kecil, ia boleh jadi punca kecederaan seperti:
Luka tercalar atau tertoreh
Kesan lebam akibat terhantuk
Risiko tercabut dan tertelan manik
Bahaya pada mata atau muka jika terkena
“Tak Nak Dah Rumah Cantik Tapi Anak Luka”
Selepas kejadian itu, Puan Anis akui beliau serik dan trauma. Kini, soal hiasan rumah bukan lagi keutamaan. Apa yang penting baginya hanyalah keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.
“Cantik macam mana pun perabot tu, kalau tak selamat untuk anak… saya memang takkan ambil risiko lagi.”
Beliau turut menitipkan nasihat penuh kasih buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati bila memilih perabot rumah.
Tip Pilih Sofa Selamat Untuk Anak
💡 Pilih rekaan ringkas dan lembut – Elakkan hiasan keras seperti manik, butang besi atau rekaan bersegi tajam. 💡 Periksa bahagian tersembunyi – Pastikan tiada paku, kayu atau bahan tajam terdedah. 💡 Lapisan fabrik & span tebal – Lebih selamat dan selesa untuk anak. 💡 Letak sarung tambahan – Jika sudah ada sofa bermanik, tutup dengan sarung pelindung sementara. 💡 Ajarkan anak guna sofa dengan betul – Elak melompat atau bermain kasar di sofa.
Ingat mama, rumah kita adalah syurga buat anak-anak. Biarlah sederhana asalkan selamat, biarlah tidak terlalu mewah asalkan si kecil gembira membesar tanpa bahaya.
Jika mama sedang merancang untuk ubah suai rumah atau beli perabot baru, semoga kisah ini menjadi pengajaran yang sangat bermakna. 💖
Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan, Ozylnn Wati berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 40, dia meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannnya sudah kembali pulih dan boleh kembali bekerja.
“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.
“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking. Itu paling penting okay.
“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ozylnn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.
“Best yang mampu berpantang sampai 100 hari. Kak Ozlyn pun semakin cantik berseri dah..”
“Alhamdulillah.. Dpt juga husband yang memahami. Demi kesihatan masa depan. Suka tengok..”
“Saya admire sis….100 hari banyak dugaan dan godaan..”
“Masalahnya tak kembang pun muka tu, cantik je! Badan pun maintain!..”
Kredit: IG jozylnnhanania
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.