Gaya dan keletah anak kedua pasangan Hanis Zalikha dan Hairun Azreen, Alisa Aisyah sentiasa mencuit hati para pengikut Hanis di Instagram.

Mana tidaknya, biarpun masih kecil, Alisa cukup lincah bermain bersama abangnya, Yusof Iskandar dan sesekali mengeluarkan perkataan lucu dan mencuit hati. Seronok melihat aksi Alisa saban hari.

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

Terbaru, menerusi Instagram, Hanis berkongsi sebuah video mereka berdepan detik cemas bila mana Alisa yang terpaksa dikejarkan ke kecemasan selepas memasukkan putik bunga ke dalam hidungnya.

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

“Cerita hari tu. Masa tengah bukak bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit!

“Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu,” kongsi Hanis memulakan cerita.

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

Rupanya gadis cilik, Alisa memasukkan butik bunga daripada bungkusan hamper ibunya. Paling comel, seperti yang dikongsikan Hanis, Alisa cepat-cepat meminta maaf dari ibunya dan mengaku kesalahannya.

IKLAN

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

“Menjerit Mommy “Alisa did you put this in your nose?!” dia pun menjerit jugak “I AM SORRY MOMMY”. Ahahahaha tiba-tiba cakap sorry ni, betul lah tu.

“Check mata kasar memang clear je lubang hidung dia tu. Nasib baik Daddy rajin beli gadget-gadjet untuk check telinga lah apa lah. Berguna time cemas,” tulisnya.

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

Tanpa membuang masa, bimbang benda sekecil itu memudaratkan Alisa, pasangan ini terus sahaja membawa Alisa ke hospital untuk mengeluarkan putik bunga tersebut di dalam hidungnya.

IKLAN

“Terus ke emergency dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor,” kata Hanis berkongsi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Video yang dikongsikan Hanis, bermula ketika di rumah hinggalah ke hospital jelas menampakkan wajah Alisa yang menahan kesakitan. Mukanya kemerah-merahan menahan sakit.

Semoga yang baik-baik sahaja buat si comel Alisa.

IKLAN

Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aishah yang sentiasa membuat pengikut Hanis di instagram terhibur.

Artikel berkaitan: Bijaknya Yusof & Alisa, Kongsi Video Aktiviti Anak, Warganet Puji Cara Didikan Hanis Zalikha

Pandainya Nampak Selesa, Semangat Dalam Kelas Online, Yusof Iskandar Dah Sekolah, Ruang Belajar Curi Tumpuan

“I’m Sorry Mommy”, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @haniszalikha

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI