Indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal. Ia adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
Overdue
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin. Selalunya melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri tidak berfungsi dengan baik dan kemungkinan bayi sudah membuang air besar.
Pecah air ketuban
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius tidak dilakukan sebaliknya ibu dan bayi diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan. Antaranya ialah ubat untuk mematangkan paru-paru bayi.
Ibu berpenyakit
Penyakit seperti praeklampsia, memerlukan indius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, diabetes dan kegagalan buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
Keadaan abnormal bayi
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
Pendarahan
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
Logistik
Permintaan daripada pasangan disebabkan oleh pelbagai sebab untuk kemudahan si ibu seperti pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya.
Ads
Kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara mengejut dan tidak berperingkat. Antaranya ialah kekerapan, ketegangan dan ritma meningkat dengan pantas. Berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Proses indius
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.
Ubat-ubatan
Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
Ads
Prostaglandin
Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
Oxytocin/ pitocin
Oxytocin atau pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Alatan
Sweepe & strecth (S&S)
Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuba bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
Amni hook
Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
Ads
Foley balloon cathether
Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
Prosedur induksi
Anda yang disahkan bakal melalui induksi akan diberikan hormon prostaglandin dalam bentuk pil, gel atau tablet yang bertindak secara perlahan (slow release) menerusi vagina. Anda akan dipantau selama enam jam dari segi rentak jantung bayi, kontraksi dan keadaan bayi.
Pengambilan hormon prostaglandin menerusi pil mengurangkan daya kawalan terhadap proses kelahiran terutamanya kepantasan proses kelahiran berbanding oxytocin atau pitocin yang diberikan melalui intravena yang boleh dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu. Sekiranya hasil pemantauan menunjukkan tiada bukaan rahim, dos kedua akan diberikan. Pemberian dos kedua dipertimbangkan oleh doktor bergantung kepada profil anda iaitu jumlah anak dan sejarah kelahiran secara pembedahan caesarean.
Komplikasi dan risiko
Penting untuk anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang proses induksi dijalankan supaya persediaan emosi dan fizikal dapat dilakukan. Dengan memahami pro dan kontra induksi serta risiko yang akan didepani, maka lebih mudah menjangka apa yang akan berlaku kepada bayi dan anda seterusnya. Risiko kelahiran secara induksi ialah:
Bagi bayi yang tidak sihat seperti mengalami kerencatan atau dikenali sebagai stress baby, proses kelahiran secara induksi boleh menyebabkan bayi lemas.
Induksi juga boleh menyebabkan rahim pecah (uterine rapture) bagi anda yang mempunyai parut daripada pembedahan kepada rahim seperti caesarean atau
Ia juga meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan
Kelahiran bayi lahir pramatang.
Jangkitan kepada anda dan bayi menerusi teknik-teknik yang dilakukan ke atas diri anda untuk mempercepatkan kelahiran.
Pendarahan yang banyak (tumpah darah) boleh berlaku kerana kelahiran secara induksi menyebabkan kontraksi yang lebih kuat.
Boleh menyebabkan uri lekang (abruptio placenta).
Anda perlu memahami mengapa kelahiran bayinya perlu prosedur indius. Pemahaman ini menjadi perkara pokok yang membantu proses kelahiran berjalan lancar. Sekiranya kurang jelas, anda perlu bertanya kepada doktor tentang prosesnya dan apa yang dijangka akan berlaku.
Penting bagi anda mengetahui kelahiran indius boleh berakhir dengan pembedahan caesarean kerana kegagalan bukaan serviks setelah ubat-ubatan dan alatan digunakan dalam tempoh yang diberikan. Doktor yang merawat tentu sudah mempertimbangkan jangka masa, faktor keadaan dan risiko bayi lemas sebelum indius dijalankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantulah Isteri;
-Bantu isteri ke tandas,
-Bantu isteri banyakkan berjalan,
-Bantu isteri susukan anak,
-Bantu isteri tukar lampin anak,
-Bantu isteri mandi,buang air,
-Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampung
-Ayam kampung
-Daging lembu segar
-Pantau luka
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
. Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu di klinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedung/bekung
-vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya, berikan dia syurga, berikanlah dia ganjaran pahala, berikanlah dia kesihatan yang baik, jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik, tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
Sumber: EncikMatt
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua yang kita inginkan akan diperolehi. Biarpun mungkin sudah dirancang teliti dan sudah mencuba sehabis baik, tetap gagal untuk memenuhi jangkaan kita.
Sebagai seorang ibu, itu adalah perkara biasa yang akan kita lalui. Dek kerana menginginkan yang terbaik untuk anak-anak, kita selalu mendesak diri sendiri melebihi kemampuan.
Apabila tidak berjaya, perkara itu membuatkan kita stres dan merasakan diri telah gagal. Sebenarnya perasaan sedih itu normal, ikuti penjelasan dari Pija Ramli yang merupakan seorang Developmental Psychologist berkaitan hal ini.
Semua Emosi Tu Menunjukkan Kita Ada Otak Emosi Yang Sihat..
Tahu tak?
It is normal to feel sad bila kita tak dapat apa yg kita nak. It is normal to feel anxious bila kita menunggu dan berharap utk sesuatu berlaku. It is normal to feel dissapointed bila kita ditipu, dipermainkan, atau telah gagal.
Sumber foto: Facebook Pija Ramli
Awak tak lemah. Awak tak menidakkan semua rezeki yg Tuhan dah bagi. Awak tak keterlaluan.
Semua emosi tu valid. Semua emosi tu menunjukkan kita ada otak emosi yg sihat. Semua emosi tu menjadikan kita ‘manusia’.
Sumber foto: Facebook Pija Ramli
Tapi apa yg kita kena ingat adalah, Semua perasaan itu hadir bersebab & ianya akan hilang atau tetap ada bergantung pada cara kita mengawalnya. Cepat atau lambat prosesnya juga bergantung pd support yg awak ada.
Semua perasaan itu Allah s.w.t hadirkan utk ajar awak sesuatu cuma kadang kala ianya lambat, kadang kala ianya cepat utk awak faham hikmahNya.
Apabila emosi sebegitu hadir tiba-tiba, berubah mendadak, telah mengganggu kehidupan seharian, segera dapatkan bantuan. Sebab Allah s.w.t juga menyuruh kita berusaha menyembuhkan, berdoa & kemudian tawakal kepadaNya.
Sumber foto: Facebook Pija Ramli
Mendapatkan bantuan, makan ubat adalah salah satu usaha yg dituntut.
Dan bila ada seseorang yg mengadu tentang emosinya, masalahnya, just stay & listen. Seriously they don’t need your advise, your positive words, they just need someone to stay & listen. Itu sgt membantu insya Allah.
Kemudian, awak boleh tambah bantuan (sekiranya awk mampu) – ‘ apa yg sy boleh buat utk bantu awak? ‘ ‘ im here if you need help to manage this ‘
Bukan mereka tak mampu urus sendiri, tapi mungkin mereka dah terlalu penat utk berfikir dgn baik & tenang. They need some support to survive. They need someone to hold.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.