Hati ibu bapa mana yang tak sedih anak dilahirkan sihat tiba-tiba diuji dengan sakit yang tak disangka sama sekali. Itu yang dilalui oleh sepasang suami isteri ini apabila pada mulanya ingatkan anak bongsu terkena gigitan semut. Tapi rupa-rupanya menghidap penyakit sindrom nefrotik atau buah pinggang bocor yang menyebabkan badannya membengkak.

Mata, perut membengkak

Bayi berkenaan, Muhammad Aqil Iskandar Mohd. Ashraf, 18 bulan, dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas mata, buah zakar dan perutnya membengkak dan perlu bergantung kepada ubat prednisolone.

Ibunya, Noor Athirah Abdullah, 23, berkata, pada mulanya dia dan suami, Mohd. Ashraf Mohd. Shah, 24, menyangka ia angkara semut dan terus membawa anaknya di Hospital Tuan­ku Ja’afar, Seremban.

“Selepas seminggu dirawat, doktor mengesahkan protein dalam air kencing atau buah pinggang bocor.

“Sejak itu Muhammad Aqil perlu bergantung kepada prednisolone memandangkan tiada rawatan lain yang boleh dilakukan kerana dia masih kecil,” katanya ketika ditemui di Garden Avenue, Seremban 2 di sini baru-baru ini.

Cuba juga rawatan alternatif

IKLAN

Menurut Noor Athirah, mereka turut mencuba pelbagai rawatan alternatif lain bagi mengubati anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Ingat Digigit Semut, Tak Sangka Badan Anak Bengkak Sebab Buah Pinggang Bocor.”

Tambahnya, dia bersyukur apabila ada sedikit perubahan selepas mendapatkan rawatan alternatif dan proses pembua­ngan air kencingnya semakin baik dan tidak perlu lagi mengambil ubat lawas kencing secara kerap.

“Kos rawatan alternatif itu agak mahal antara RM400 ke RM500 untuk satu sesi,” katanya sambil memberitahu anaknya tidak boleh minum terlalu ba­nyak susu.

IKLAN

Jelas Noor Athirah, dia dan suaminya terpaksa berhenti kerja bulan lalu apabila terlalu kerap mengambil cuti bagi menjaga anaknya.

“Sekarang saya hanya duduk di rumah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muham­mad Aqil selain mengambil tempahan membuat kuih, manakala suami bekerja sebagai penghantar barang.

“Dari segi kewangan memang sekarang kena utamakan apa yang perlu terutama keperluan anak-anak seperti lampin, susu dan barang makanan,” katanya yang mempunyai anak berusia lima tahun hingga 18 bulan.

IKLAN

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menghubungi Noor Athirah di talian 018-955 3236 atau menerusi nombor akaun bank CIMB 7073181380 (Noor Athirah).

Kredit: Kosmo 

Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

“Ingat Digigit Semut, Tak Sangka Badan Anak Bengkak Sebab Buah Pinggang Bocor.”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI