Seorang wanita yang tidak tahu dia hamil sehingga melahirkan anak di tandas hospital benar-benar satu keajaiban. Sebelum itu niatnya ke hospital kerana sakit perut.

Namun ‘keajaiban’ berlaku apabila wanita tersebut melihat lengan kecil di dalam mangkuk tandas dan ketakutan apabila menyedari nyawa bayinya itu berada dalam bahaya.

Kira-kira 7 minit dalam mangkuk tandas

Menerusi laporan Daily Mail, bayi lelaki tersebut dalam keadaan tidak bermaya dan tidak juga bernafas ketika dikeluarkan dari mangkuk tandas setelah kira-kira tujuh minit tersepit.

Bayi berkenaan yang dilahirkan cukup bulan kini dalam keadaan sihat selepas diberikan bantuan oksigen dan dipantau pihak hospital.

Ibu muda berusia 23 tahun itu telah dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Northwick Park, London oleh ahli keluarganya selepas mengadu sakit perut pada 26 Mac lalu ketika berada di rumah.

Ingat Sakit Perut, Tak Sangka Hamil. Hampir 7 Minit Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Lima bulan sebelumnya, wanita berkenaan mula mengambil pil perancang kehamilan setelah mendapatkan nasihat doktor.

IKLAN

Buat ujian kehamilan negatif

Wanita itu tidak merancang memiliki anak dalam masa terdekat sebelum menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Universiti Roehampton.

Dia juga telah melakukan dua kali ujian kehamilan pada Februari lalu dan kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif.

“Jika saya tahu saya mengandung, saya akan menghargai saat-saat itu dengan pergi membeli-belah, menyediakan barang untuk bayi saya,” ujar wanita itu.

IKLAN

Ingatkan kesan pengambilan pil perancang

Wanita berkenaan juga kesal dengan doktor keluarga yang dirujuk sebelum ini atas kelalaian dalam melakukan ujian sehingga dia tidak mengetahui dirinya mengandung.

Dia yang baharu menjalani pembedahan telah beberapa kali merujuk kepada doktornya setelah mengalami beberapa simptom.

Wanita tersebut mengaku mengalami penambahan berat badan dan sesak nafas, lalu memutuskan berhenti dari mengambil pil perancang.

Ingat Sakit Perut, Tak Sangka Hamil. Hampir 7 Minit Bayi Dalam Mangkuk Tandas

“Ia satu rahmat dan saya gembira dengan kelahiran bayi saya. Tetapi sejujurnya, hasil pembedahan itu sepatutnya menunjukkan sesuatu kerana saya memaklumkan saya sudah berkahwin dan mahu melanjutkan pengajian ijazah sarjana saya,” jelasnya.

IKLAN

Berita kelahiran bayi ini bukan sahaja mengejutkan wanita berkenaan, malah suaminya yang sedang berada di luar negara turut tidak menyangka mereka menimang cahaya mata dengan cara yang tak disangka-sangka.

Sumber: Daily Mail; Siakap Keli

Ingat Sakit Perut, Tak Sangka Hamil. Hampir 7 Minit Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI