Selalu sangat kita belajar aktitivi lompat bintang di sekolah. Ingatkan aktiviti simple macam ini, biasa-biasa sahaja. Rupanya ada banyak kelebihan untuk perkembangan otak anak.

Malah menurut OT Siti Aisyah Rozalli, aktiviti yang simple ini punya banyak kelebihan lain. Bukan biasa-biasa!

Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!


Tahu tak sebenarnya lompat bintang ni sebenarnya bukan biashe-biashe power dia? Haa..

Lompat bintang ni adalah salah satu aktiviti yang occupational therapist (OT) suka sangat minta anak-anak buat. Sebab apa?

Sebab OT boleh nampak anak tu ada kesukaran untuk :
– fokus
– kawal pergerakan
– gunakan otot dengan baik
– imbangkan tubuh

Dan OT boleh nampak FUNGSI EKSEKUTIF OTAK anak tu bagus ke tak. Apa? Fungsi Eksekutif Otak? Ya tuan puan.

Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Fungsi Eksekutif Otak ni adalah sangat penting untuk membolehkan anak kita belajar kemahiran akademik, kemahiran kawalan emosi, kemahiran bersosial, kemahiran bersopan serta mempengaruhi motivasi anak.

IKLAN

Manusia yang ada Fungsi Eksekutif Otak yang baik, lebih mudah bangkit dari kekecewaan. Gittuuu. Kita nak anak kita jadi resilience kan? Kuat menghadapai cabaran hidup?

Beli Upin Ipin Hand Puppet Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/upin-ipin-hand-puppet-ehsan-20079735″ style=”flat” background=”#d62def” color=”#ffffff” size=”6″]Upin Ipin Hand Puppet Ehsan[/su_button]

 

IKLAN

Selain bantu perkembangan Fungsi Eksekutif Otak, lompat bintang juga bantu:
– Anak belajar seimbangkan tubuh dan mengawal postur tubuhnya dari terjatuh semasa melompat.

Ini penting untuk anak kita boleh fokus lebih lama semasa belajar di meja kerusi.
– Masa anak lompat bintang, fokus mata anak juga akan dirangsang. Anak kena adjust mata dia untuk melihat dalam keadaan badan bergerak dengan laju ke atas, ke bawah tu.

Kemampuan anak adjust mata ni, akan memudahkan anak belajar membaca dan menulis.
– dan banyak sangat sensori yang distimulasikan semasa lompat bintang ni : sensori penglihatan, pendengaran, sensori pergerakan, sentuhan kulit.

Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Fuh. Memang MULTISENSORI lah aktiviti lompat bintang ni, selain jadikan anak kita bijak otaknya.

IKLAN

Jadi, jom lah kita lompat bintang bersama anak. Selain bagi anak kita jadi pandai, boleh buat kita jadi kurus juga.

Umur berapa boleh mula?
Seawal umur 3 tahun dah boleh ajak anak mula training lompat bintang ni. Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Menarik: Boleh Ke Kejutkan Bayi Untuk Menyusu, Ini Panduan Yang Wajib Mama Papa Tahu

Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI