“Ingatkan Baju Sekolah Tak Muat” Tak Sedar Anak Ada Masalah Scoliosis, Perhatikan Enam Tanda Ni!

Share

“Mula-mula kami ingat baju sekolah dia yang tak berapa muat. Tapi lama-lama, setiap kali pakai pun tetap nampak senget…”

Begitulah luahan seorang ibu yang akhirnya sedar, perubahan kecil pada postur tubuh anaknya bukan sekadar ilusi mata tetapi petanda kepada satu masalah kesihatan serius iaitu Scoliosis.

Menerusi perkongsian dari Public Health Malaysia, masalah Scoliosis ini jarang disedari oleh ibu ayah pada peringkat awal.

Namun ibu dan ayah boleh menilai tanda-tanda ini pada anak. Jangan terlepas pandang!

Apa Itu Scoliosis?
Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang membengkok ke sisi secara tidak normal, sering kali dalam bentuk huruf C atau S. Ia boleh berlaku secara perlahan-lahan, tanpa sebarang simptom yang ketara, sehinggalah kelihatan ketidakseimbangan pada tubuh anak.

Lebih menyedihkan, ramai ibu bapa tidak menyedarinya sehingga keadaan menjadi teruk dan sukar dirawat.

Tanda-Tanda Scoliosis yang Ibu Ayah Boleh Perhatikan Sendiri di Rumah
Jangan risau kerana ada ujian mudah yang boleh dibuat di rumah untuk kesan awal scoliosis:

Cuma minta anak berdiri, kemudian bongkok ke depan seolah-olah nak sentuh jari kaki. Dari belakang, perhatikan:
– Bahu atau belakang nampak tak sama tinggi?
– Tulang belakang nampak membengkok ke sisi?
– Pinggul sebelah lebih tinggi?
Kalau ya, itu mungkin tanda awal scoliosis.

Periksa enam tanda-tanda ini pada anak.

Tapi jangan panik lebih awal dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan . Kadang-kadang hanya perlu pemantauan. Kadang perlu alat sokongan.

Yang penting, jangan tunggu sampai ia jadi makin teruk. Satu pemerhatian kecil boleh selamatkan masa depan anak.

Menurut pakar kesihatan, rawatan scoliosis bergantung pada tahap keterukan. Ada kes yang hanya perlu:

* Pemantauan berkala oleh doktor,
* Pemakaian alat sokongan (bracing),
* Atau dalam kes lebih serius, pembedahan diperlukan.

Yang penting lebih awal dikesan, lebih besar peluang untuk elak komplikasi jangka panjang.

 

 

Published by
SRM