Tidak dapat dibayankan perasaan apabila anak hilang walau pun sesaat. Syukur anak ditemui dalam keadaan yang baik.

Kehilangan anak kecil berusia empat tahun ini cukup mendebarkan. Selepas usaha mencari & temu bual, akhirnya dia ditemui semula dalam keadaan yang baik di dalam bas sekolah selepas tertidur. Syukur!

Kehilangan disedari ibu

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemui di tadika berkenaan.

Si kecil berkenaan yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras pada Rabu.

Tidak ada masa ingin dijemput balik

Menurut Rosly, kehilangan si kecil disedari ibu selepas mendapati kecil tiada di taska semasa ingin menjemput pulang.

“Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.

IKLAN

Hadiri raptai Hari Sukan tadika

Ketua Polis Daerah Putrajaya juga turut memaklumkan yang anak kecil itu telah menghadiri raptai hari sukan tadika di Bangi.

“Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi.

Temu bual semua guru tadika

Rosly menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temu bual dengan ke semua guru tadika bagi membantu siasatan.

IKLAN

“Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.

Bas yang dinaiki kanak-kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang,” katanya.

Kiraan jumlah murid dibuat sebelum bertolak 

Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.

IKLAN

Tiada dalam kelas tapi beg & tilam ada, ingatkan dijemput ibu bapa

Rosly turut memberitahu bahawa kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Namun kira-kira pada pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.

Mencari di seluruh kawasan tadika

“Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai,” katanya Rosly.

Tindakan pemilik tadika hubungi pemandu bas membuka jalan

Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak-kanak itu tertidur di kerusi bas.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI