Tiada ibu yang sanggup melihat anak yang dilahirkan sakit. Namun jika takdir Allah anak kita salah seorang penghuni syurga dan dijemput ilahi ketika usianya masih muda siapa kita nak menidakkannya.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu ini melalui FB Ida Dania ini boleh dijadikan peringatan bersama lagi-lagi yang ada anak kecil.
Menurut ibu kepada anak syurga yang diberi nama Muhammad Ariff Muzaffir, kesakitan yang ditanggung Ariff selama ini ingatkan kembung perut biasa tetapi sebaliknya adalah penyakit yang sangat kronik.
Hati anak dah besar separuh perut
Terdetik nak kongsi pengalaman arwah baby Ariff saya. Jika ada ibu bapa yang bayinya nampak kembung dan tegang macam perut baby Ariff segeralah bawa ke hospital.
Macam anak saya cukup sebulan usianya baru bawa ke hospital. Sebab selama ini fikir kembung je. Masa doktor scan bagitahu hati anak saya dah besar separuh perut, Allah mengalir air mata saya.Sebab saya lambat bawa arwah pergi dapatkan rawatan.
Badan sembab, tiap kali cucuk keluar air
Dalam 2 minggu di hospital, hari-hari ambil darah sampai tak tahu nak ambil darah bahagian mana lagi sebab dah lebam seluruh badan.
Ingat lagi dalam tempoh 3 hari Allah nak ambil Ariff, seluruh badannya jadi sembab dengan air. Lagi sedih apabila doktor cucuk terus keluar air. Allahu menangis saya lihatnya, Betapa sakitnya tengok Ariff kena cucuk-cucuk hari-hari.
Genap usia 44 hari Allah ambil Ariff
Genap umurnya Ariff 44 hari, Allah lebih sayangkannya. Kami sekeluarga reda pemergiannya kerana tak sanggup tengok dia sakit lagi.
Moga kisah yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan buat semua ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Jika bayi asyik merengek, perut seperti kembung jangan tunggu. Segera jumpa doktor kerana kita tak tahu apa sebenarnya penyakit yang anak alami.
30.4.2021-14.6.2021 Al-fatihah buat baby Muhammad Ariff Muzaffir😭😭
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun anak ambil masa menyusu dalam tempoh lama, jangan cepat kata ia mengempeng! Penyusuan susu ibu ada prosesnya.
Perkongsian daripada Perunding Laktasi, Dr Nurhaya Yacob ini boleh membantu para ibu membezakan tahap-tahap penyusuan. Hisapan bayi bertahap iaitu Stimulation Suckling, Nutritive Suckling & Non-Nurative Suckling. Non-Nurative Suckling ini barulah dikatakan mengempeng!
“Ish baby ni sat hisap sat tarik- tarik… sat laju sat sedut lamaaa gitu baru telan.. lepas tu nak ngempeng sahaja”.. biasakan tak dengar ayat-ayat di atas ni.
Jom kita kenali jenis hisapan si comel.. baru la lebih bermakna ikatan yg dicipta pada setiap sesi penyusuan kita dengan mereka..
STIMULATION SUCKLING 1. Ini adalah hisapan stimulasi yg berlaku pada awal fasa menyusu. Nama lain dia merangsang. Atau mode massage lah kalau di mesin perahan ampa tu.
2. Hisapannya bersifat pendek pendek & cepat.
3. Selalunya di fasa ini mummies akan merasakan LET DOWN REFLEKS macam ada elektrik lalu tiba-tiba dan susu mencurah-mencurah. Kadang-kadang si kecil akan tersedak seketika atau menarik mulutnya.
Tu bukan sebab dia tak mau menyusu sebab terkejut tiba-tiba susu laju. (bayangkan anda buka paip air yg laju di dalam mulut secara tiba-tiba, kita secara automatik akan tarik kepala ebelakang atau lepaskan paip air tu atau tersedak, kerana saluran makan( esofagus) dan saluran persafasan ini berjiran.
Pagar yang menutupi saluran persafasan apabila menelan air susu bernama epiglotis. Kadang bila sudah terlalu laju aliran susu, pagar tak sempat nak tutup, makan bayi pun tersedak)
4. Ibu yang menjadi exclusive pumping mom akan merasakan ia pada saat memerah di stimulation mode, pendek-pendek & laju.
5. Sebenarnya mesin perahan susu direka mengikut sehampir mungkin bagaimana bayi menghisap susu dari payudara ibunya (yg kita ni ada baby pi letak tepi dan lagi suka pegang pam?, ciann baby)
6. Ia di namakan stimulation kerana fasa ini perlekapan bayi yang bersifat skin to skin / corong mesin perahan memberi rangsangan pada puting, dan rangsangan ini di hantar melalui system saraf kita ke otak ( kelenjar pituitary) lalu hormon yang terlibat pun akan mula melakukan ” pekerjaan” nya. Dalam masa beberasa saat sahaja ” magic” berlaku dan susu pun mula mengalir keluar.
NUTRITIVE SUCKLING
1. Ini adalah hisapan bagi mendapatkan nutrisi iaitu SUSU IBU.
2. Apabila let down refleks berlaku.. si comel akan “pause” sekejap dan memulakan hisapan nutritive ni. Mereka akan slow down sedikit hisapannya tetapi panjang panjang serta menelan susu selepas satu atau dua hisapan.
3. Mummies boleh dengar bunyi baby menelan dengan baik tanpa kluarkan bunyi cap2 ka, kliking sound ka.. bunyi nya seperti glup.. glup.. glup.. ?..bunyi nikmat masa menyusu. Tapi tak bunyi kuat pum normal juga. Ibu boleh lihat di tekaknya, berlakukah proses menelan.
4. Bayi kita akan pause sebentar.. berhenti seketika untuk bernafas selepas itu sambung balik.. jangan cakap baby nak main-main “sat hisap sat berhenti tau”… sebab kita minum air di gelas pakai straw pun berhenti sekejap amik napas. Ia adalah 3 proses menghisap, menelan dam bernafas. Mereka akan meregulasi ketiga-tiga ini agar tidak tersedak. Penat woo menyusu, ada yang sampai berpeluh?
5. Selalunya kitaran ni mengambil masa kira-kira 10 ke 20 minit untuk setiap sesi penyusuan.
6. Di akhir sesi penyusuan, proses menelan susu oleh bayi akan berkurangan dan makin perlahan.
7. Lepada yang menggunakan mesin perahan susu boleh tukar semula ke stimulation mode seketika bila melihat susu sudah tidak lagi keluar kemudian apabila susu mula keluar lagi tukarkan kembali ke expresion mode. (boleh buat dalam 2 ke 3 kali dalam 1 sesi perahan) kemudian marmet utk kosongkan payudara betul-betul.
NON NUTRITIVE SUCKLING
1. Hisapan ini berlaku hanya untuk keselesaan bukan kerana lapar atau nakkan nutrisi /susu
2. Ia dapat dilihat apabila si comel hisap lidahnya sendiri, sekiranya diberi puting tiruan atau menghisap payudara ibu tapi tak de pun tanda2 dia telan susu. Hanya bahagian mulutnya sahaja bergerak sedikit. Tiada proses menelan berlaku di sini. Sekali-sekali bayi akan menelan air liurnya.
3.Di kalangan ibu memanggil ia sebagai “mengempeng” haaa dah paham kan hisapan si comel. Kalau tak perasan lepas ni masa “direct feeding” tengok baby comel kita tu, letak sat handphone kat tepi?
Begitulah kisahnya apabila bayi menyusu…
Sumber: Dr Nurhaya Yacob Nikmat penyusuan terletak pada prosesnya, menyusu, memeluk, mencium dan menatap mesra bayi bukan pada stok penuh fridge
Terdapat beberapa petunjuk waktu subur yang boleh anda guna pakai untuk membolehkan diri hamil lagi. Maklum sahajalah, dalam usaha mendapatkan cahaya mata lagi, anda perlu mengetahui tahap kesuburan diri.
Mari ketahui tanda-tanda yang boleh anda jadikan petunjuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kesihatan fizikal yang boleh menunjukkan anda mudah untuk hamil lagi.
Haid yang teratur menunjukkan wanita mengeluarkan telur setiap bulan. Sekiranya haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh sebarang jenis alat pencegah kehamilan), ia bererti tubuh anda subur. Kitaran yang lebih panjang juga pun boleh memberi erti anda mempunyai telur yang banyak dan subur.
Simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana individu yang mengalaminya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut dan/atau sakit belakang. Namun, ini sebenarnya tanda yang baik.
Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi.
Waktu paling subur ialah di pertengahan kitaran haid. Ketika ini, akan keluar lelehan faraj atau keputihan yang jernih. Namun, ia tidak berbau tetapi banyak. Peranan lelehan ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan terjadi.
Dalam pada itu, keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim adalah pada tahap yang baik.
Setiap wanita melalui pengalaman haid yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami aliran darah yang banyak untuk tempoh tertentu. Ada juga yang sedikit sahaja.
Mempunyai aliran yang sedikit tidak bermakna anda tidak subur. Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah petanda baik bahawa diri adalah subur.
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan seseorang individu. Jadi, anda perlu perhatikan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan hormon dalam tubuh anda tidak stabil.
Kerap rasa panas dan berpeluh pada waktu malam, mungkin menunjukkan hormon dalam sistem tubuh tidak normal. Jika anda tidak mengalami tanda sebegini, ia menunjukkan bahawa anda adalah normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasut getah boleh jejaskan kaki anak, nampak comel tapi bahaya jika dipakai terlalu kerap. Ramai ibu ayah suka memilih sandal getah untuk si kecil kerana harganya murah, ringan, mudah dipakai dan nampak selesa.
Namun, tidak ramai yang tahu kasut jenis ini sebenarnya boleh mengganggu perkembangan kaki anak, terutama ketika mereka masih dalam fasa tumbesaran.
Seorang ibu menerusi perkongsian di TikTok menjelaskan bahawa sandal getah yang kelihatan seperti kasut Cr*cs tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, terutamanya mereka yang baru belajar berjalan. Walaupun nampak “fluffy” dan comel, kasut jenis ini tidak fleksibel serta tiada sokongan lengkung (arch support) yang penting untuk pertumbuhan kaki si manja.
Menurut perkongsian tersebut, pemakaian sandal getah secara berterusan boleh menyebabkan masalah:
Plantar fasciitis – keradangan pada tisu tapak kaki yang menghubungkan tumit dengan jari.
Flat feet (tapak kaki leper) – keadaan yang boleh membawa kepada sakit tumit, lutut dan belakang badan.
Postur tidak seimbang – anak mungkin cepat penat berdiri atau berjalan kerana sokongan kaki tidak kukuh.
Bukan itu sahaja, sandal getah juga sering menjadi punca kaki anak tersangkut pada eskalator. Ini membuktikan bahawa pemakaiannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan kaki, malah boleh membahayakan keselamatan mereka.
Untuk memastikan anak selesa dan selamat, pilih kasut yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Fleksibel & lembut – mudah melentur ikut pergerakan kaki.
Ada pengudaraan (breathable) – elak kaki berpeluh dan berkulat.
Sokongan lengkung (arch support) – penting untuk elak masalah tapak kaki leper.
Bahagian depan luas – beri ruang jari kaki bergerak bebas.
Saiz tepat – tidak terlalu ketat atau longgar.
Kasut sukan atau kasut lari yang ringan adalah pilihan lebih baik berbanding sandal getah atau selipar Jepun. Pakar juga menyarankan kanak-kanak diberi peluang untuk berkaki ayam di rumah bagi menguatkan otot kaki mereka secara semula jadi.
Selain sandal getah, selipar Jepun juga tidak digalakkan kerana tiada sokongan lengkung, tiada kusyen dan memaksa ibu jari menggenggam (toe-gripping). Ini boleh mengubah cara anak berjalan dalam jangka masa panjang.
Ingat mama papa! Kasut bukan sekadar hiasan. Pemilihan kasut yang salah boleh menjejaskan kesihatan, postur dan tumbesaran anak. Jadi, walaupun kasut getah nampak comel, biarlah kita pilih kasut yang benar-benar selamat dan menyokong perkembangan si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!