Setiap mahligai perkahwinan yang dibina tentunya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan berumah tangga. Berita tentang bakal menerima kehadiran orang baru dalam hidup pastinya suatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.

Ingatkan Kena Keracunan Makanan, Bila Buat Ujian Kehamilan Rupanya Ardell Dah Berbadan DuaPasangan selebriti yang baru melangsungkan perkahwinan pada September yang lalu, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa baru-baru ini berkongsi di media sosial masing-masing tentang perkhabaran gembira bahawa Ardell kini sudahpun berbadan dua.

Sangkakan terkena keracunan makanan

“Mula-mula( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari rupanya rezeki Allah nak bagi tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu .

Alhamdulillah Double Line mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih . Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant .. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor ️kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada . Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak ? nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah #Adhwardell junior #coyg

IKLAN

Tak Tahu ada Ardhawardhell junior dalam perut

Turut berkongsi berita kegembiraan ini Bersama pengikut dan peminat di laman sosial, Nadzmi pada awalnya tidak menyangka sikap Ardhell yang semakin kuat makan dan mual sejak akhir-akkhir ini merupakan petanda bahawa dia bakal bergelar seorang bapa. Menurutnya juga, ketika kunjungan mereka ke Syria baru-baru ini rupanya isterinya Ardhell sudah mengandung. Nadzmi meluahkan rasa syukur dan memohon doa ramai agar isteri dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.

IKLAN

Ingatkan Kena Keracunan Makanan, Bila Buat Ujian Kehamilan Rupanya Ardell Dah Berbadan Dua“Syukur pada Allah ️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak masa ni Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ️ Syukur Ya Allah #Adhwardell Junior 2020 New Journey for me”

IKLAN

Tahniah buat pasangan selebriti ini. didoakan semoga perjalanan kehamilan Ardell berjalan lancar dan semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.

sumber: Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI