Suntikan kancing gigi atau anti tetanus (ATT) merupakan vaksin bagi mengurangkan kemungkinan ibu hamil mendapat tetanus iaitu kancing gigi.
Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman Clostridium Tetani.
Kuman ini akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah jika anda mendapatkan suntikan vaksin ini.
Menurut Dr Zubaidi, puasa zaman dahulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada hanya terletak di bandar-bandar besar. Jadi, penduduk yang tinggal di pedalaman perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.
Ads
Oleh kerana itu, ramai bayi dilahirkan di rumah sendiri dan disambut oleh bidan kampung. Kebanyakan bidan menggunakan gunting dan pisau. Ia dikhuatiri tidak bersih dan mengandungi kuman. Jadi, memang banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu pada masa dahulu.
Ads
Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Hasilnya, polisi ini berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Ads
Tidak relevan pada zaman kini
Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus semakin tidak relevan pada masa kini. Hal ini kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan basmi kuman. Jadi, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.
Kini, kebanyakan hospital swasta telah meninggalkan amalan suntikan ini. Namun, di klinik dan hospital, kerajaan amalan ini masih dilakukan. Berkemungkinan besar ia dilakukan dengan tujuan membendung risiko kepada golongan ibu hamil yang tinggal di pedalaman.
Oleh yang demikian, para ibu hamil mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil atau menolak suntikan ini. Namun, pada mendapat Dr Zubaidi anda tidak tahu kemungkinan yang boleh berlaku semasa kelahiran bayi. Jadi, lebih baik sekiranya anda mengambil suntikan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda, wanita hamil berpotensi mendapat diabetes gestasi jika pemakanan hariannya tidak dikawal langsung?
Oleh sebab itu, bagi mengurangkan risiko mendapat masalah kencing manis semasa hamil ini, ibu perlulah mengamalkan beberapa kaedah pemakanan yang tepat.
Apakah jenis makanan atau cara menurunkan gula darah pada ibu hamil agar tidak mendapat diabetes gestasi?
Ada beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Mungkin sebelum ini anda tidak tahu mengenainya justeru adalah lebih baik untuk anda melihat kepada 7 cara yang kami kongsikan di sini.
#1. Kurangkan makanan manis
Tip pertama untuk wanita hamil menurunkan paras gula darah adalah dengan mengawasi pengambilan makanan yang manis. Ini merupakan langkah paling penting dan lazim walaupun untuk pesakit diabetes biasa.
Untuk mengelakkan gula darah anda meningkat naik secara mendadak, cuba kurangkan pengambilan makanan manis seperti kuih-muih, kek, minuman manis bahkan gula-gula.
Jika anda mengidam makanan manis, gantikannya dengan sumber lain seperti buah-buahan.
Namun, anda masih perlu mengawal pengambilan harian agar tidak makan buah secara berlebih-lebihan.
Tahukah anda bahawa air kosong tidak mengandungi sebarang kalori.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa khasiat lain yang membantu memastikan keseimbangan dan metabolisme tubuh agar berjalan dengan lancar.
Air kosong membantu anda mengurangkan keinginan untuk mengambil minuman manis selain mengekalkan diri untuk kekal hidrat.
Pengambilan air putih setiap hari mampu menstabilkan gula darah wanita hamil supaya tidak meningkat naik.
#3. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil: lakukan senaman ringan
Tip yang seterusnya bagi menurunkan paras gula darah wanita yang sedang hamil adalah dengan melakukan senaman ringan.
Namun, sebelum melibatkan diri dengan sebarang senaman, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jika doktor membenarkan anda untuk melakukan senaman ringan, barulah anda boleh melakukannya.
Senaman bukan sahaja membantu mengawal paras gula darah tetapi juga memberikan manfaat kepada pernafasan dan peredaran darah.
Cukup sekadar dengan berjalan-jalan di sekitar rumah pada waktu pagi dan petang.
Senaman juga boleh mengurangkan sakit-sakit belakang yang sering terjadi dalam kalangan wanita hamil.
#4. Ambil makanan yang mengandungi probiotik
Makanan yang kaya probiotik atau bakteria baik ini sangat diketahui membantu sistem pencernaan tubuh. Selain itu, ia juga boleh membantu mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.
Antara jenis makanan yang kaya dengan probiotik adalah seperti yogurt, keju dan susu.
Namun, ia tidak bermakna bahawa anda boleh mengambilnya tanpa had.
Anda masih perlu mengawal pengambilan harian walaupun ia baik untuk tubuh agar tidak berlaku sebarang komplikasi lain.
#5. Ambil jenis lemak sihat
Tidak semua lemak adalah jenis lemak yang buruk. Ada jenis lemak sihat dan bermanfaat kepada tubuh yang disebut sebagai lemak tidak tepu tunggal atau mono.
Antara contoh makanan yang kaya dengan jenis lemak tidak tepu ialah minyak zaitun, minyak kanola, buah avokado, kekacang, biji-bijian dan juga ikan salmon.
Kandungan lemak sihat yang diambil ini mampu mengawal paras gula darah sehingga menjauhkan diri kita daripada risiko mendapat penyakit diabetes.
#6. Cara menurunkan gula darah pada ibu hamil adalah dengan makan oat
Bijirin oat adalah salah satu jenis makanan yang memiliki indeks glisemik atau GI yang rendah.
Apabila jenis makanan itu rendah GI, maka ia akan mengambil lebih banyak masa untuk dihadam dan membuatkan perut kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Pengambilan oat tidak sama dengan pengambilan nasi kerana oat tidak akan meningkatkan kadar gula darah anda.
Jika anda inginkan hidangan oatmeal yang lebih enak dan berkhasiat, tambahkan juga hirisan buah-buahan seperti kekacang, buah pic, pisang dan juga buah beri ke dalam mangkuk oat anda.
#7. Ambil sumber makanan berprotein
Protein juga mampu mengawal kadar gula dalam darah wanita hamil agar ia sentiasa stabil.
Selain itu, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan protein adalah seperti ikan, daging tanpa lemak, ayam, dan juga telur.
Elakkan makanan ini juga!
Selain mengambil beberapa jenis makanan seperti di atas, ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan bagi menurunkan paras gula darah.
Antaranya ialah minuman beralkohol, makanan segera, makanan bergoreng, dan juga makanan yang tinggi kandungan kanji seperti nasi putih dan kentang.
Dengan mengamalkan beberapa cara menurunkan gula darah pada ibu hamil seperti ini, anda bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada mengalami diabetes gestasi, malah risiko beberapa penyakit kronik lain.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kehamilan dan kelahiran adakalanya mengundang kesan buruk kepada wanita, apatah lagi yang boleh mengancam nyawa.
Mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation salah satu cara untuk mengelakkan terjadinya kehamilan. Atas alasan sudah mempunyai anak yang ramai dan kesihatan isteri yang terganggu
Perkongsian daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam perkara berkaitan perancangan keluarga. Meneruskan kehamilan walau pun ia jelas mengancam nyawa ibu membahayakan.
Apakah harus disisi syarak isteri saya mengikat saluran peranakan dengan nasihat doktor bertujuan tidak lagi melahirkan anak di masa hadapan memandangkan saya telah mempunyai anak yang ramai dan jika isteri saya hamil lagi maka akan memberi mudharat kepada nyawa isteri saya?
Perbuatan mengikat saluran peranakan yang mengakibatkan tidak dapat beranak lagi di masa hadapan adalah haram disisi syarak apabila bukan kerana darurah kepada yang demikian itu.
Ini adalah kerana akan mengurangkan manusia yang membawa kepada tidak mempunyai keturunan. Sedangkan berketurunan itu itu adalah salah satu dari lima perkara yang mesti dipelihara yang menjadikannya oleh Islam sebagai tujuan-tujuan yang utama.
Ada pun jika darurah kepada yang demikian itu seperti bahawa dibimbangi kemusnahan atas nyawa isteri apabila ia hamil pada masa hadapan dan menasihatinya oleh doktor yang dipercayai maka mengikat saluran peranakan atas jalan berkekalan seperti ini adalah diharuskan dan tidak berdosa atas yang bertanya.
Enggan menanti lebih lama, penyanyi popular, Marsha Milan, tekad untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertamanya bersama suami.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, akui Marsha dia kini terbuka hati untuk mencuba rawatan itu malah sudah berbincang bersama suami.
Akui pelantun lagu Cinta itu lagi, sepanjang perkahwinannya, telah bermacam cara dilakukan termasuklah mendapatkan rawatan tradisional namun masih belum diberikan rezeki.
Malah kata Marsha lagi, dia pernah menyuarakan hasrat untuk punya anak angkat jika rawatan ini tidak mendatangkan hasil.
“Kami sudah berusaha bermacam cara termasuk rawatan tradisional untuk mendapatkan anak sepanjang tempoh perkahwinan.
“Hasil pemeriksaan, doktor beritahu kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Marsha, dia menantikan masa yang sesuai sebelum menjalani rawatan itu sedikit masa lagi.
Biarpun terpaksa berehat seketika kerana IVF yang memakan masa, namun kata Marsha dia tekad. Semuanya demi zuriat pertama mereka.
“Sebelum ini saya sibuk dengan pelbagai komitmen dan kini selepas semuanya selesai, barulah kami berbincang semula mengenai IVF.
“Maklumlah untuk buat rawatan itu, saya perlu mengambil cuti yang panjang dari aktiviti seni. Insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini,” katanya.
Malah kata Marsha lagi, dia juga mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat jika segala usaha yang dilakukan untuk mendapat anak sendiri tidak berjaya.
“Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini, dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.