Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak mempunyai maklumat pengeluaran yang lengkap pada label.
Langkah ini diambil untuk melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk di pasaran mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan kenyataan media daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna dimaklumkan mengenai larangan jualan produk makanan yang didapati mengandungi racun berjadual seperti sibutramine, dexamethasone, dan prednisolone.
Produk ini juga tidak mematuhi keperluan pelabelan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, termasuk tiada maklumat pengilang atau pemilik hak pengilangan pada label.
KKM mengarahkan semua penjual, termasuk platform atas talian, untuk menghentikan segera penjualan dan pengiklanan produk ini. Orang ramai yang telah menggunakan produk tersebut disarankan untuk berhenti serta-merta dan mendapatkan nasihat kesihatan daripada profesional.
Ads
Sebarang keraguan atau aduan boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman sesawang dan media sosial rasmi KKM. Langkah ini bertujuan melindungi keselamatan pengguna dan memastikan produk makanan di pasaran mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.
Bukan calang-calang keberanian anak kecil ini. Baru berusia empat tahun, tapi keberanian anak kecil bernama Aira yang mencuba permainan aktiviti terjun udara atau indoor skydiving ini dipuji ramai.
Mengalahkan keberanian anak lelaki bahkan si comel Aira menyahut cabaran untuk terbang sendirian tanpa ditemani ahli keluarganya memang hebat.
Malah dia juga antara penerbang paling kecil mencuba aktiviti extreme itu.
Melalui perkongsian akaun Tik Tok ibunya, @ara_aaira, langkah Aira nampak cukup yakin kala dipakaikan sut skydiving.
“Ha main la puas-puas.
“Dia enjoy, mak dia yang seram tengok,” kongsinya menjawab pelbagai pertanyaan ramai.
Menurut ibunya, anak kecil itu mulanya hanya menonton video aktiviti skydiving ini dan kemudiannya menyatakan hasrat untuk mencuba sendiri.
“Kalau anak berani boleh bawak, sebab anak kita pun tengok vid dulu sebelum pergi. Memang dia ajak,” kongsinya lagi.
Malah anak kecil ini sempat berposing sambil tersenyum sebelum mencuba melakukan aktiviti itu bersama jurulatih ditempat berkenaan.
Lihatlah sahaja aksi Aira yang begitu yakin mencuba. Riak wajah dan bahasa tubuhnya langsung tidak menampakkan ketakutan dan ragu-ragu ketika hendak terbang.
Malah ketika diruang menunggu, iaitu sebelum memulakan penerbangan, Aira turut menunggu giliran bersama yang lain dengan wajah penuh yakin. Hebat!
Bermula dengan latihan terbang di paras bawah, Aira kemudiannya dibawa untuk terbang tinggi sambil dibantu jurulatih yang bertugas. Penuh keyakinan diri.
Pasar Kea Farm yang terkenal dengan kunjungan pengunjung di hujung minggu kecoh apabila sebuah kereta merempuh empat pejalan kaki di Kilometer 68 Jalan Kea Farm-Brinchang, Cameron Highlands, pada 12 tengah hari semalam.
Dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun turut sama tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun tiba-tiba terbabas ke bahu kiri jalan selepas dikatakan diserang sawan ketika memandu.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan diserang penyakit sawan ketika memandu, menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk mendapatkan rawatan, namun kesemua mereka disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai rekod penyakit sawan yang sedia ada.
Selain itu, pemandu kereta tidak mempunyai rekod saman, bebas pengaruh dadah dan tidak mabuk.
Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa berwaspada Ketika berada di tempat awam dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dahulu sewaktu bercinta, bukan main lembut dan manja bakal isteri. Baharu berkahwin pun manjanya masih ada. Cakap pun kadang-kadang tak dapat dengar dek telinga, punya perlahan. Apabila sudah ada anak, karakter isteri bertukar. Kucing manja sudah jadi singa! Ke mana perginya wanita yang dahulu dikenali dengan sifat manis dan lemah-lembutnya?
Ada sebab mengapa seorang isteri berubah personaliti apabila sudah mempunyai anak-anak. Jangan terus put the blame on her. Kadang-kadang, dia sendiri tak perasan yang dia sudah berubah menjadi seorang yang pemarah dan garang. Sebagai seorang suami, carilah masa yang sesuai untuk beri teguran kepada isteri. Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew menerangkan mengapa hal sebegini boleh berlaku.
Kenapa isteri yang baik lemah lembut berubah menjadi isteri yang garang dan kuat marah-marah…
Tadi selesai beri ceramah ada seorang tahan saya sebelum sampai rumah. Saya terkejut juga. Abang tu stress. Katanya isterinya kuat suka marah-marah. Anak-anak asyik kena marah jer. Cepat naik angin. Suka masam jer muka. Berubah perangai. Dah lama juga perangainya. Ramadhan ini semakin menjadi-jadi. Tak nak layan suami. Dah tak nak bercakap..ustaz tolonglah saya. Apa saya perlu buat..
Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah..lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan..mereka cuma manusia macam kita.
Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka. Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..
Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami…mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..
Saya nak tanya abang ada tak buat semua tu. Kita para suami gagal bimbing mereka.
Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri. Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku..lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..
Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit. Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih..mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah..buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..
Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asas dia mula di rumah. Bagaimana layan suami atau isteri.
Abang tu kata,ustaz izin saya peluk ustaz. Doaakn saya ustaz. Saya nak jadi hamba Allah yang baik. Teringin nak buat dakwah dengan ustaz.
Saya doakan abang bahagia sampai syurga bersama isteri dan semua anak menjadi anak soleh dan solehah-ebitlew
Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini dapat memberi penjelasan kepada para suami mengapa isteri berubah sedemikian rupa. Mungkin anda boleh membantunya dari segi emosi dengan menjadi suami yang lebih peka dan mengambil tahu soal isteri. Sebenarnya manja isteri ni tak pernah hilang, cuma terkambus dek kesibukan dan tekanan yang dialaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!