Saban tahun kos untuk membesarkan seorang anak semakin meningkat. Ini ditambah lagi dengan kemahuan, tekanan dan ‘trend’ bagi memenuhi gaya hidup (lifestyle) semasa yang sering dipromosikan dan ditularkan di media-media sosial.
Bagi anda yang bakal mendirikan rumahtangga, baru mendirikan rumahtangga, bakal menimang cahaya mata ataupun sudahpun berkeluarga, infografik ini dapat memberikan panduan yang baik untuk anda membuat persediaan dari segi kewangan keluarga.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy, beliau memberikan pendapat penting untuk ibu bapa merancang perbelanjaan keluarga dengan baik seawal mungkin untuk kelangsungan hidup ahli keluarga.
Ads
Saya bukan pakar kewangan dan saya tidak mempunyai produk kewangan untuk dipromosikan, tetapi sebagai ibubapa yang kini mempunyai anak di peringkat universiti, membuat perancangan dan tabungan dari hari pertama anak dilahirkan 23 tahun lalu sangat membantu kami dalam menguruskan perjalanan keluarga dan anak-anak.
Alhamdulillah.
Ads
Wang tidak menjamin kebahagiaan tetapi kegagalan menguruskan kewangan keluarga boleh memporak-perandakan keluarga. Malah jika dilihat statistik perceraian, salah satu punca utama berlaku perceraian adalah isu kewangan.
Berbelanjalah mengikut keperluan dan prioriti. Jangan terlampau mengikut trend berbelanja yang tular terutamanya jika masih baru membina keluarga.
Ads
Fikirkanlah perjalanan keluarga dan anak-anak yang masih jauh. Suami isteri perlu bersatu hati duduk berbincang hal kewangan keluarga tidak kiralah berapa jumlah pendapatan anda dan berapa ramai anak anda.
Oh ya, penulisan ini tentang perancangan KEWANGAN bukan perancang KELUARGA. Itu dua perkara yang berbeza. Harap maklum.
Seorang bayi yang berusia sekitar setahun ditemui mati di dalam kereta dalam cuaca panas di Bordes, barat daya Perancis baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas bapa anak kecil yang berusia 14 bulan itu dikatakan terlupa untuk menghantarnya ke pusat bimbingan kanak- kanak.
Anak kecil itu dilaporkan ditinggalkan di dalam kenderaan di tempat letak kereta di tempat kerja bapanya.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil itu mati akibat sesak nafas dan dehidrasi, kata seorang pendakwa raya, Cecile Gensac.
Ketika kejadian, suhu adalah lebih 22 darjah Celsius. Pada mulanya, anak kecil itu didapati tidak hadir di pusat bimbangan kanak-kanak.
Ini menyebabkan ibunya berasa bimbang sebelum Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang mana mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang. – Agensi
Sayu, itulah perasaan yang boleh digambarkan saat menonton video adik Sumayyah, 1 tahun 3 bulan yang cuba mengukir senyuman setelah pemergian ibu tersayang akibat Covid-19.
Masih terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku, namun dari riaksi wajahnya jelas kelihatan dia merindui pelukan seorang ibu yang dipanggil mama.
Video berdurasi 21 saat itu jelas menggambarkan segalanya. Rata-rata yang menonton tidak dapat menahan sebak. Video tersebut dimuatnaik oleh Puan Nurafyfah, ibu saudara sumayyah secara spontan selepas pulang dari klinik atas urusan check-up dan vaksinasi Sumayyah.
Allahyarham Norfazzlyana Nezal (mama Sumayyah) meninggal setelah bertarung nyawa akibat Covid-19 stage 5 dan arwah terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan bayi yang ketika itu berusia 35 minggu di dalam kandungn.
“Video ni sebenarnya spontan je lepas balik cucuk 1 tahun 3 bulan seketul Sumayyah semalam.. Tapi bila tengok balik mata Sumayyah macam ada sesuatu nak cakap kan..”
“Ye mami tau Sumayyah rindu mama.. Mama mana?? kenapa mama yang tak bawak sumayyah pergi checkup? Allah andaila dia boleh berkata-kata.. Aku kalau bab anak ni lemah terus even ko garang macam singa ke tapi mak kan.. Serapat apapun anak dengan ayah, ibu jugak diorang cari… ”
“Nak pulak Sumayyah ni sebaya kembar lagi luluh hati ni sebab dia kecik lagi tak paham apa erti kehilangan kematian insan tersayang😔 Aku post video ni bukan mintak simpati atau buat arwah sedih tapi minta semua doakan anak-anak arwah kuat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. Mereka lah kekuatan untuk abang aku sekarang..”
“Mama sekarang dah jadi bidadari syurga dah.Allah tu sayang…”
Menurut Puan Nurafyfah, anak saudaranya dalam keadaan baik dan buat masa ini dibawah jagaan Nurafyfah semetara abangnya menguruskan beberapa urusan arwah yang belum selesai.
“Kadang-kadang masa tidurla dia kejap-kejap sedar menangis.. mungkin rindu mama dia kot..”
“Ayah dia ok dan redha dengan semuanya. Sekarang masih sibuk uruskan hal arwah..”
Menurut laporan kosmo pula, Mohamad Syafiq sempat berbisik di telinga arwah bahawa dia akan kuat demi anak-anak sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
“Saya bisik di telinganya, saya akan kuat demi anak-anak. Air matanya mengalir seolah-olah dia faham,” luah Mohamad Syafiq Yacob, 31, suami mangsa Covid-19, Allahyarham Norfazzlyana Nezal, 29.
Wanita itu kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi, 23 Ogos 2021.
Mohamad Syafiq berkata, arwah isterinya sebelum ini terpaksa melahirkan anak ketiga pada 20 hari lalu secara pembedahan pada usia kandungan 35 minggu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban susulan bertarung nyawa akibat diletakkan dalam keadaan intubate.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayden Mikael penghias kulit majalah Pa&Ma Mac 2019 ini sungguh comel, buat ramai jatuh hati. Hingga ini menjadi pujaan ramai.
Pelakon cilik Pujaan Hati Kanda ini telah melalui sesi fotografi bersama team Pa&Ma dan cukup sporting memberikan pose menarik. Dengan personaliti easy going, Ayden tidak mudah meragam. Bayi kepada Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini fotogenik dan suka diagah.
MEMPUNYAI LEBIH 340 SCENE
“Ketika shooting drama dahulu, Ayden akan mulakan scene seawal pukul 8 pagi. Ayden adalah antara watak utama dan dia mempunyai lebih daripada 340 scene. Memang akan shooting sehari suntuk tetapi Ayden akan diberikan rehat selama 4-5 jam untuk tidur dan sebagainya,” kata ibu Ayden, Kim Anna Abdullah.
AKSI COMEL MUDAH DIRAKAM
Semasa sesi fotografi, aksi comel Ayden mudah dirakamkan. Ayden terpesona dengan setting studio yang telah disusun oleh team Pa&Ma. Tema kali ini ialah alam semula jadi atau back to nature dengan daun-daun kering dan segar serta bunga-bungaan. Khemah teepee daripada Gojes Tent menghidupkan suasana latar setting ini.
Ayden seperti bayi yang lain, penuh dengan sifat ingin tahu kerap juga menyentuh daun-daun kering dan batang kayu yang dijadikan props. Namun apabila diberikan bunga untuk dipegang, dia enggan pula. Kata team ketika itu, Ayden bukan Mat Bunga!
Bapa Ayden berkongsi momen sewaktu mula-mula menatap wajah Ayden selepas lahir. Dia pun tidak sangka betapa tenangnya si kecil ini. “Masa lahir dulu kita pun kagum dengan dia. Doktor panggil, masa tu memang bising bila ramai baby menangis. Saya pun tengok dan dengar suasana bisingnya keadaan di nursery di hospital.
“Saya tengok seorang baby diam dan tenang. Saya kata dalam hati bertuahnya ibu bapa baby ni, untunglah dapat anak macam tu. Kemudian doktor beritahu ini anak saya (Ayden). Saya memang terkejut dan tak sangka,” kata daddy Ayden.
RASA SAYU BILA DENGAR AZAN
Bapanya juga turut imbas kembali saat mengazankan Ayden. “Masa azankan masa baru dilahirkan, senyuman dia lain macam. Masa saya azankan dia senyum, kemudian dia menangis. Sehingga kini Ayden kalau dengar azan dan lagu-lagu nasyid, dia mudah sedih,” kata daddy dan mummy Ayden.
AYDEN MUDAH DIJAGA
Ayden disifatkan bayi yang baik. Ibunya mengakui walau pun sakit perut dia tidak menangis, merengek dan mengamuk. Masa kena injection pun tak menangis. Dalam usianya kini, dia hanya pernah demam sekali sahaja iaitu selepas suntikan imunisasi imunisasi (double injection). Suhunya naik hingga 39°C ketika itu.
TIADA MASALAH TRAVEL JAUH
Mummy & daddy Ayden akui Ayden travel partner yang baik. “Ayden ok kalau dibawa travel. Setakat ni kami dah bawa dia ke Pulau Pinang, dia tidak kisah perjalanan jauh. Asalkan makan semua cukup, dia main & tidur,” kata Kim Anna.
LIMAU MAKANAN KEGEMARAN AYDEN
Ayden suka makan buah limau. Pada usia 9 bulan, ibunya berkata Ayden sudah tidak sukakan makanan bayi seperti puri kecuali puri buah-buahan. Untuk menggantikan makanan berbentuk puri, ibunya memberikan Ayden roti, kraker bayi dan sebagainya. Dia dalam proses transisi dan kata ibunya, dia telah memberikan Ayden makanan yang dimakan keluarga seperti nasi putih.
“Kena banyak try & error. Nasib baik badan dia OK. Kadangkala kita kasihankan dia lapar. Tapi dia lebih minat makanan yang bukan makanan bayi,” kata Kim Anna.
PERANCANGAN & KEJUTAN Buat masa ini (ketika temuramah dilakukan) tiada drama baru Ayden. Ayden bagaimana pun telah memperolehi tawaran peragaan.
Ibu ini juga mengakui memang terkejut dengan life baru si anak. “Bila berjalan di mall, mereka akan menegur “ Eh Iqy”. Ramai yang memanggilnya Iqy. Nama Iqy melekat.
“Nak keluar sekarang kena bersiap. Kalau rasa tak perlu kami tak keluar. Kalau nak keluar, kena bersiap betul-betul. Sebab kalau berjalan mesti ada yang tegur. Sebelum berlakon pun ramai yang menegur Ayden,” kata Kim Anna.
5 FAKTA TENTANG AYDEN MIKAEL
Jangan lupa dapatkan majalah Pa&Ma edisi Mac 2019 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai si cilik ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?