Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Ads
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Ads
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Ads
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa adakah kita perasan sebenarnya cara kita layan anak itu ada silapnya. Namun kita tak pernah pun fikir hal tersebut.
Jika berterusan anak akan terus memendam rasa dan ini semestinya akan memberi kesan negatif sepanjang perkembangan mereka.
Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ibu bapa kena faham betul-betul cara mendidik dan menghargai anak agar kesinambungan ikatan kasih sayang sentiasa mempunyai aura positif.
APA YANG KITA MAHU?
Apabila anak berbohong kita hukum, tetapi pada waktu lain apabila anak bercakap benar kita tidak hargai.
Apabila anak tumpahkan makanan kita marah, tetapi pada waktu lain apabila anak makan dengan tertib kita tidak memuji.
Apabila anak menjerit-jerit kita cubit, tetapi pada waktu lain apabila sopan tutur kata anak kita tidak sebut kebaikannya.
Apabila anak sepahkan mainan atau pakaian kita membebel tetapi pada waktu lain apabila anak cuba kemaskan sedaya upayanya tidak pula kita akui usahanya.
Apabila anak meraung inginkan sesuatu kita jegel marahkan anak tetapi pada waktu lain apabila anak tenang kita langsung tidak memberi belaian tanda gembira.
Apabila anak malas membantu kita merungut tetapi pada waktu lain apabila anak ringan tulang kita membisu kerana anggap itu tanggungjawab anak.
Ayah ibu sekalian…
Pekalah pada usaha anak untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit.
Pekalah pada usaha anak untuk berubah walaupun perlahan.
Sebut, puji, akui, dan hargai usaha kecil tersebut.
Nescaya anak akan terus berusaha untuk kekalkan kebaikan itu.
Kerana tidak ada ganjaran yang lebih besar bagi seorang anak selain dari penghargaan dan pengiktirafan daripada ibubapanya sendiri.
Pernah tak terfikir sarang telur sebenarnya boleh dibuat alas tong untuk serap air sampah dan secara tak langsung tong pun akan kering?
Menerusi perkongsian daripada Nur Husna Shaikun melalui Group #kemasrumahwithhani berkongsi tentang tip dan kegunaan sarang telur untuk elakkan sisa makanan berbau busuk dan berair.
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga.
Senang je nak buat ni;
Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.
**Fungsinya bagi serap air dan bau…
Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau selain memberi tip lain yang berguna.
Masa baru kahwin dulu akan ada kawan-kawan atau saudara mara kita yang dah berkahwin akan wish kita “Welcome to the club” (Kelab Orang Dah Kahwin). Bila dah beranak ni orang akan wish “Welcome to parenthood!”. Wahhhh macam seronok je bunyinya ya.
Dari hari pertama ke minggu pertama ketibaan bayi comel anda, selalunya hanya moment yang indah-indah belaka. Anak menangis pun kau rasa; haaa comelnya baby nangis. Kuat nangis ya sayang? Haaaaaa alamak dia poo poo la. Anak aku berak pun comel.
Tetapi setelah beberapa ketika, bila anak kau dah start meragam, siang dia tidur, malam berjaga. Nak menyusu setiap sejam, setiap setengah jam. Anak kau nangis tak berhenti. Dah susukan pun nangis, dah sendawakan pun nangis, dah tukar diapers pun nangis, dah tuam perut pun nangis, dah dodoi, dah cium peluk bonding letak atas dada, dah azan, dah pasang ayat Quran siap letak Yassin kat sebelah baby, apa saja cara lah semua tak kena. Masa ni lah kau laki bini pun perlahan-lahan mulai bertukar menjadi Zombi… masa tu terngiang-ngiang ayat “Welcome to parenthood!”.
Believe it or not, mostly new parents (suami dan isteri) masa ni memang akan selalu bercekau!
Style atau cara kau; baby tidur biar dalam keadaan gelap dan sunyi. Tapi cara suami kau pulak; biar la dari awal ajar baby tidur dalam suasana bising, bukak TV kuat pun tak apa, tak ada la baby terkejut-kejut! Biasakan.
Kau ni nak full breastfeed baby, tapi bila sampai Mak/ Mak mertua/ Ipar duai semua tu, diaorang duk komen, campur la anak minum dengan susu formula! Susu tak cukup, baby tak kenyang tu!
Masa nak announce nama baby pulak, punya la glamour kau nak letak nama ala mat salleh sikit. Tapi orang duk tanya-tanya, apa maksud nama anak tu? Sampai kat Mak Bapak kau, letak la Nur ke Muhammad ke baru ada maksud! Dari sepatah perkataan je, dah jadi tiga empat patah perkataan panjang menjela nama anak kau. Jenuh la nak isi nama kat borang nanti. Dan bila bab nak vaccine anak, keluarga suami kau anti vaccine pulak. Oh oh oh oh.
Masa ni argue la laki bini mak bapak adik beradik semua. Anak tu kenapa tak dicukur rambutnya? Anak tu kenapa tak dibedung? Tido pakai la buai, baru lena. Anak tu dah kuning kenapa tak dijemur? Bila anak kuning titis la air gula sikit dekat mulut. Mandikan anak dengan air daun kucai, mandikan dengan air herba sensei. Bagi baby air parutan sengkuang cina.
Anak tu kenapa tak pakai barut? Dah waktu Maghrib ni, kejut anak jangan bagi tido lagi. Anak bila nangis jangan dibiar je, dukung terus! Anak tu jangan pakai singlet seluar pendek, nanti masuk angin. Ehhh kenapa bagi pakai puting? Nanti jongang gigi! Tali pusat kalau dah lama 2 minggu pun tak tanggal lagi, selalunya orang kata budak ni degil. Pusat tersembul keluar, tekan pusat tu dengan duit syiling! Fuhhh masa ni bertalu-talu komen, segala petua zaman tok kadok dan mitos kau dengar. Kau dah cakap tunggu 44 hari baru nak tunjuk secara official muka full baby kat Instagram/Facebook. Tapi ada pulak saudara mara yang dah datang visit pergi upload tayang muka anak kau dulu. Dalam hati kecil kau pun mula berkata-kata, ni anak aku ke anak korang huh?
Kau ni feeling-feeling anak nak eat healthy. No sugar, no salt before 2 years old. Semua benda nak home cook, kalau boleh nak beli yang organik je. Dapat ke makcik-makcik yang jumpa anak kau, habis lolipop sebijik dia bagi! Paling dilema masa nak pergi majlis kenduri kahwin, birthday party… Laju je orang bagi anak kau minum air sirap! Terbeliak bijik mata kau! Kau cakap no gadgets! Suami cakap sekali sekali tak apa la, pasang yang educational video je. Tapi dapat ke orang lain, video joget-joget tak senonoh atau games bunuh-bunuh pun diaorang bagi anak kau tengok! Kau ingat semua benda kau boleh control?
Bila cara kau dan suami bab penjagaan anak ni tak sekata, memang banyak masalah akan timbul, lagi-lagi pulak masing-masing nak tunjuk pandai langsung tak nak mengalah. Masa ni memang bertikam lidah je la, paling tak pun masing-masing pendam dan merajuk. Dari anak kau lahir sampai lah anak dah besar panjang pun, memang akan ada je yang tak kena.
Fuuuhhhh. Inilah pentingnya communication between you and partner. Atleast now you know, mostly every couple pun melalui fasa yang lebih kurang sama…
Kita akan sentiasa ada 1001 cara nak membesarkan anak. Kalau suami isteri pun tak sependapat, bila dah masuk campur tangan orang luar nanti bab penjagaan anak-anak, memang akan bertambah masalahnya! Dan ini lah orang kata, bila kau dah kahwin, kau kena kahwin dengan keluarga partner kau sekali. Imagine kalau kau ni jenis tak sebulu dengan keluarga mertua? Masa tu tadah je la telinga kena terima kritikan, ini tak kena, itu tak kena. Dapat pulak anak kau ni cucu sulung… Huhuhu la ya. Decision making tu mostly bukan dari kau/ suami dah 100%.
Ya memang tu anak kau, tapi akan sentiasa ada kata-kata dari orang lain. Apa pun kata-kata tu, kita kena sentiasa pertimbangkan walaupun kata-kata tu keluar dari mulut orang yang paling kita tak suka. Especially bila orang tua menegur, kita cuba terima dengan hati terbuka dan kena sentiasa bersangka baik dahulu. Mungkin ada baik pengajarannya dan yang buruk tu kita buang la jauh-jauh. Memang orang tua dulu hidup zaman tak sama macam zaman kita sekarang, tapi apa pun mereka lebih makan garam dari kita kan? Walaupun kita hidup dalam zaman serba moden, nak tau apa semua goggle je dah dapat jawapan, tapi jangan sampai langsung tak nak terima pendapat/ teguran orang lain. Kang orang kata dah la bodoh, sombong pulak tu. Dasar bodoh sombong! Kau ingat semua benda kau betul?
Masa ni baru la kau sedar, bukan senang rupanya ada anak ni. Penat nak kena jaga anak, nak kena jaga hati orang lain pun satu hal lagi. Ada benda kita perlu tegak kan, jangan sampai jadi lurus bendul. Apa pun sebagai ibu bapa, kita yang lebih kenal anak-anak dan cara kita membesarkan anak-anak mungkin tak sama dengan cara orang lain. Esok lusa kalau anak sakit, tetap kau laki bini yang kena berhabis duit, kena bersengkang mata (unless bibik/ mak bapak yang tolong jaga anak, dan kau masih dapat tidur yang lena). Kalau mulut ni dah habis kata-kata, kita hanya perlu hormat satu sama lain dan senyum tak perlu kata apa-apa. Bunyinya mudah, tapi tak semuanya mudah kan?