Ada ketikanya kita terpaksa bersolat dengan bayi yang terpaksa turut di bawa bersama-sama ketika solat. Pun begitu bagaimana caranya jika terpaksa mengendong bayi?
Bagi ibu atau bapa yang terpaksa bersolat sambil mengendong bayi, ini panduan untuk anda ikuti seperti yang dikongsikan.
1. Seelok-eloknya, bersihkan bayi yang akan didukung daripada sebarang najis terlebih dahulu. Tukar lampinnya dan carilah pakaian yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat dan tidak perlu diletak di atas pusat sekiranya kedua-dua tangan sedang mendukung bayi. Ini kerana, takbiratul ihram termasuk dalam rukun qauli (bacaan/lafaz) dan bukannya fi’li (perbuatan).
4. Baca Al-Fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut. Tidak perlu meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut sekiranya ia di luar kemampuan anda yang sedang mendukung bayi.
6. Ketika mahu sujud, letakkan bayi di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, dukunglah bayi semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.
Ads
7. Ulangi langkah yang sama sehingga selesai kesemua rakaat.
Empat syarat perlu patuh
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya- Riwayat Al-Bukhari .
Ads
Berdasarkan hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak. Namun, menurut JAKIM, ia juga dibenarkan untuk solat fardu atau sunat, dengan syarat-syarat berikut:
1. Bayi tersebut mestilah bebas daripada najis. Pastikan anda sudah menukar lampin bayi sebelum mula solat.
2. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu diminimakan sebaik mungkin supaya tidak menghilangkan khusyu’.
3. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
4. Melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memberi seseorang menjagakan anak semasa kita sedang solat.
Apabila anak-anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika. Memang masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila anak tidur lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi.
Jumlah purata jam yang diperlukan untukna kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Esok anak-anak kena bangun pagi nak ke tadika. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur dan seharusnya anak-anak dibiasakan tidur awal sejak kecil lagi.
Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sebut pasal kesihatan, mesti ada kaitan dengan pemakanan kan? Sebagai ibu bapa, wajar untuk anda menitikberatkan soal pemakanan dan periksa pengambilan makanan harian anak-anak.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mengutamakan pemakanan yang sihat untuk anak-anaknya. Kerana rasa sayang yang mendalam untuk anak-anak, Datin Rebecca meletakkan kesihatan sebagai keutamaan supaya anak-anak bebas dari sebarang penyakit yang akan memudaratkan diri mereka pada masa hadapan.
Berdasarkan perkongsiannya, salah satu cara untuk kawal pemakanan anaknya dengan hanya membenarkan anak-anak makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Baginya, menjadi tugas ibu bapa untuk mengawal pemakanan anak-anak lebih-lebih lagi sewaktu usia mereka masih kecil ini supaya bebas dari penyakit seperti masalah berat badan yang berlebihan dan diabetes.
Tambahnya lagi, masakan dari seorang ibu lebih baik dari makanan yang didapati di luar dan sememangnya seorang ibu wajar rajin masak untuk keluarganya.
Perkongsiannya turut mendapat respon baik dari mengikutnya yang turut bersetuju untuk mengehadkan makanan segera untuk anak-anak.
Menurut Pegawai Dietetik, Hamidah Osman, makanan segera seperti nuget dan kentang goreng kebiasaannya amat digemari oleh kanak-kanak. Walaubagaimanapun, makanan ini merupakan makanan terproses dan kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan lemak yang tinggi.
Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dimana mengawasi pengambilan makanan tersebut oleh anak-anak dan memahami kandungan zat makanan berpandukan label yang dinyatakan.
Sebagai contoh perbandingan keperluan nutrisi kanak-kanak dan kandungan nutrisi nuget adalah seperti berikut:-
Nutrisi
RNI 2017 (Harian) bagi Kanak-Kanak Berumur 1-3 tahun
Kandungan Nutrisi (Bagi 4 biji nuget)
Tenaga
980 kcal (Kanak-kanak Lelaki)
900 kcal (Kanak-kanak Perempuan)
180-190 kcal
Karbohidrat
50-65% daripada keperluan tenaga sehari
(Anggaran 120-160gm )
10.5 gm
Protein*
12 gm
10 gm
Lemak
27-38 gm (Lelaki)
25-35 gm (Perempuan)
11-12 gm
Natrium (Garam)
1000mg
500-700 mg
Serat
20-30gm
–
Sumber: Ig Rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Tersentuh hati sesiapa pun melihat belon jernih bertulis “Happy Birthday Sayang” yang masih mengandungi udara, meskipun insan yang diraikan telah pergi. Ia diletakkan kemas...