“Terus Menyentuh Hati, Perkongsian Dato’ Aliff Syukri Tentang 20 Tahun Perkahwinan Buat Ramai Sebak”
Selalu kita kenal Dato’ Aliff Syukri ni dengan gaya yang ceria, kelakar, suka menyakat orang, dan penuh dengan ‘drama’ yang mencuit hati. Tapi kali ni lain macam posting terbaru beliau di media sosial betul-betul buat ramai yang sebak, tersentuh dan rasa dekat sangat dengan sisi seorang suami, anak, cucu dan juga insan biasa yang penuh dengan rasa rindu dan penghargaan terhadap kehidupan.
Dalam perkongsian penuh emosi tu, Dato’ Aliff throwback tentang perjalanan hidupnya yang dah menjangkau 20 tahun alam perkahwinan. Bayangkan dua dekad bersama pasangan, melalui jatuh bangun, suka duka bukan satu tempoh yang pendek.
Katanya dalam video terbaru :
“Ini kisah saya… tidak sangka dah tua dah saya… dah boleh panggil pak cik dan mak cik. Jauhnya perjalanan hidup saya dah dari budak yang dilahirkan di Felda Kechau Pahang… sampailah sekarang.”
Bukan sekadar luahan biasa, tapi bait-bait kata Dato’ ni betul-betul sampai ke hati. Ramai yang komen, inilah kali pertama mereka nampak sisi sentimental Dato’ Aliff yang sangat jarang dikongsi kepada umum.
Ads
Malah beliau juga berkongsi momen suka suka bersama isteri dalam perniagaan, momen itu menyentuh hati ramai.
Beliau turut luahkan kerinduan mendalam terhadap insan-insan tersayang yang telah pergi buat selamanya:
“Saya rindu sangat dengan arwah abah saya, arwah nenek saya dan arwah bapa mertua saya. Al-Fatihah untuk mereka.”
Ads
Apa yang paling meruntun jiwa — bila seorang figura popular yang selama ni nampak ‘kuat’ dan selamba, akhirnya kongsi rasa rindu yang terpendam dan rasa syukur terhadap perjalanan hidup yang penuh warna.
Katanya lagi:
“Terima kasih kepada pengalaman yang lepas yang menjadikan saya lebih matang. I love my family ”
Ads
NETIZEN TERHARU
Netizen ramai yang tersentuh, ada yang komen:
“Tak sangka Dato’ pun ada side sedih macam ni… rasa nak peluk je.”
“Sangat menyentuh… kadang-kadang kita terlupa, yang selalu buat kita ketawa pun ada kisah duka mereka.”
Terima kasih Dato’, kerana berkongsi sisi jujur dan penuh kasih ini. Semoga terus diberikan kekuatan dalam kehidupan dan rumahtangga. Dan buat semua yang sedang membaca, hargailah keluarga selagi mereka masih ada di sisi.
Sumber:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tiba-tiba menangis kuat dan terus diam. Ingatkan tiada apa-apa serius tetapi Allah lebih menyayangi anak kecil ini.” Hati ibu mana yang tak sedih, anak yang ditunggu selama 7 tahun kini dah kembali ke penciptaNya.
Tambah pula dia satu-satunya anak yang menceriakan pasangan suami isteri. Hanya sempat bersama 3 tahun lebih saja, takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya.
Menerusi perkongsian di FB Mr Wan Cai Official, berkongsi kisah yang cukup sedih mengenai pemergian anak syurga buat ibu ayah ini.
7 tahun menunggu cahaya mata. Pulangnya seorang anak tunggal kepada Maha Pencipta.
Sayang tidak semestinya memiliki.
Reda walau tersakiti. Jatuh air mata melihat seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya.
Sebak melihat kasih seorang ibu membawa kesyurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui oleh mereka.
10 tahun melayari bahtera perkahwinan. Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Kebahagiaan yang hadir sudah terhenti.
Anak yang dikasihi kini telah pergi. Hanya kenangan selama 3 tahun 6 bulan tersimpan rapi.
Allahuakbar! Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik fazly.
Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya.
Asbab kematian jatuh ketika main motosikal mainan
Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkinan kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh.
Kejadian malang yang menimpa adik Fazly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fazly sedang bermain motosikal mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya dihadapan rumah.
Adik fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk dilantai simen.
Selepas terjatuh adik fazly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Si ibu yang panik terus mendapatkan adik fazly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada dikepala adik Fazly. Namun adik fazly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri.
Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya.
Tetapi adik Fazly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja.
Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
Adik Fazly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba dirumah.
Jantung terhenti selepas 20 minit terima rawatan
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa. Mereka berharap adik Fazly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fazly membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Kerana bagi mereka adik Fazly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya. Si bapa yang membawa adik fazly tiba dibahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi.
Adik Fazly bergegas dibawa masuk ke dalam wad kecemasan untuk dirawat. Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka.
Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan. Jantung adik Fazly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan.
Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022. Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada. Jasad adik fazly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat.
Punca kepada kematian adik Fazly masih lagi dalam siasatan.
Ibu bapa adik Fazly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik. Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fazly diketahui.
Lalu ibu bapa adik fazly telah menghubungi talian hotline kami. Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya.
Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. Sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik fazly adalah tanggungjawab kami. Adik fazly adalah satu amanah kiriman Allah.
Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik fazly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Buat ibu dan bapa adik fazly. Banyakkan bersabar. Redakan pemergian anak tunggal mu itu. Allah memilih adik Fazly kerana Allah sayang. Ada hikmah disetiap ketentuan yang berlaku.
Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fazly!
Di sebuah apartmen kecil di Mumbai, India terdapat seorang lelaki berusia 55 tahun, Anup Kumar Nair, ditemui dalam keadaan menyayat hati. Rambutnya kusut panjang, kulit menggelap, kakinya dijangkiti, dan rumah yang dipenuhi longgokan sampah. Selama tiga tahun, dia tidak pernah keluar rumah. Tidak jumpa sesiapa. Tidak sentuh dunia luar. Hanya dirinya dan kesunyian yang menjerut jiwa.
Punca? Kehilangan tiga insan paling dekat dalam hidupnya iaitu ibu, bapa dan abang. Sejak mereka meninggal dunia pada tahun 2022, Anup tidak pernah sembuh. Kesedihan yang tak terluah itu perlahan-lahan membina dinding yang mengurungnya dari dunia. Dinding itu bukan dari batu bata, tapi dari emosi yang menyesakkan.
Anup, seorang bekas juruteknik komputer, hidup sepenuhnya dalam pengasingan. Setiap hari, dia hanya berurusan dengan penghantar makanan yang menghantar pesanan ke depan pintu. Itulah satu-satunya interaksi dengan manusia. Dia tidak mandi, tidak membersihkan rumah, malah tidak tidur di katil yang sudah lama rosak sebaliknya lena di kerusi yang sama setiap malam.
Baru-baru ini, setelah hampir tiga tahun ‘menghilang’, Anup akhirnya dijumpai oleh NGO SEAL. Mereka datang selepas menerima laporan dan terkejut melihat keadaan beliau yang uzur dan terabai. Pasukan itu mengambil masa untuk memujuk, membersihkan tubuhnya, dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan fizikal dan mental.
Kes Anup membongkar satu realiti pedih yang jarang dibicarakan seperti bagaimana kemurungan selepas kehilangan boleh menghancurkan seseorang secara perlahan dan senyap. Ia bukan sekadar ‘sedih biasa’. Ia sebuah trauma dalaman yang mampu melumpuhkan seluruh fungsi hidup seperti makan, tidur, bergaul, malah menjaga diri sendiri pun terasa mustahil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hiba! Ibu & dua anak termasuk si kecil berusia 10 tahun terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar, Sabah. Tragedi menyayat hati ini meragut nyawa tiga beranak apabila kediaman mereka ditimbus tanah runtuh pada Isnin malam.
Menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikenali sebagai Wong Moi Ling, 34; Christen Kell Benny, 6; dan Kemiey Asphereynda Benny, 10. Penemuan mereka sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan mangsa tanah runtuh di Sabah seramai 12 orang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz, mangsa pertama ditemui sekitar jam 4.20 petang, disusuli mangsa kedua lima minit kemudian. Mangsa terakhir, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, berjaya ditemui pada jam 10.45 malam.
“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan bantuan pelbagai agensi termasuk PDRM, ATM, KKM, APM serta RELA. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 2.05 pagi Selasa, selepas pencarian mangsa terakhir selesai.
Kejadian tanah runtuh di Sabah baru-baru ini meragut 12 nyawa, termasuk tujuh di Kampung Cenderakasih Kolombong, dua di Kampung Mook, Papar, dan tiga di Kampung Marahang Tuntul.
Berita sedih ini mengundang sebak di hati ramai, khususnya ibu ayah yang tidak dapat membayangkan peritnya kehilangan anak kecil dalam sekelip mata. Doa dan ucapan takziah terus mengalir di media sosial, sebagai tanda solidariti buat keluarga yang berduka.
Tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa kasih sayang terhadap anak-anak tidak boleh ditangguhkan. Setiap pelukan, setiap kata sayang dan setiap doa adalah hadiah berharga yang mungkin esok tidak lagi sempat kita berikan.
Bagi keluarga mangsa, ujian ini terlalu berat. Namun doa seluruh rakyat Malaysia agar mereka terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan besar ini.
Semoga roh Wong Moi Ling, Christen Kell Benny, dan Kemiey Asphereynda Benny ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Salam takziah yang tidak terhingga buat keluarga mangsa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...