Bagaikan nyawa di hujung tanduk, sebuah keluarga melalui detik cemas ketika kereta dirampas tempat letak kereta dalam kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro keluarga berkenaan tak sangka suspek mengacukan pistol ke arah mereka dan berada dalam kenderaan selama 45 minit sebelum melepaskan diri.
“Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol dan mengarah saya beredar dari pusat beli-belah di Setia Alam pada hari kejadian,” kata pemandu Perodua Ativa berusia 30-an yang enggan dikenali.
Mengimbas kembali detik cemas itu, lelaki berkenaan berkata, dia dan keluarganya dikejutkan dengan suspek itu yang tiba-tiba muncul di kawasan parkir dan terus mengacukan pistol ke arah mereka.
“Saya tercengang. Lelaki itu (suspek) turut melepaskan tembakan ke arah dinding untuk menunjukkan bahawa itu pistol betul,” katanya.
Menurut lelaki itu, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak makan di restoran pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.
Ads
“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu, tidak tahu apa kejadian sebenar berlaku.
“Saya segera membawa ahli keluarga keluar dan ketika hendak ke tempat parkir, terdengar bunyi letupan,” katanya.
Lelaki itu berkata, awalnya, dia menyangka bunyi itu datangnya dari bunyi perlanggaran bonggol yang seolah-olah berbunyi seperti letupan.
“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupa-rupanya bunyi letupan daripada tembakan pistol.
Ads
“Pada masa itu, nampak banyak kereta bergerak laju. Ketika kami sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba lelaki (suspek) itu muncul dan mengacukan pistol,” katanya.
Katanya, mereka diarah masuk ke dalam kereta dan lelaki itu duduk betul-betul di tempat duduk belakang.
“Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut. Lelaki itu (suspek) kemudian mengarah saya ke laluan keluar sebelum turun di tepi lebuh raya.
“Dia berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, dia mengambil kad memori pada dashcam (kamera papan pemuka) kereta,” katanya.
Ads
SUSPEK USIA 30AN
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata suspek juga berkulit cerah dan berusia lingkungan 30-an.
“Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya,” katanya.
Lelaki itu berusia 30 an berkulit cerah mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah. Suspek turut melepaskan 4 das tembakan ke arah seorang tukang cuci di tingkat P1.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata sulungnya, Rina.
Walaupun Rina baru genap setahun pada Oktober lalu, namun gelagat comelnya sentiasa buat ramai yang geram. Namun, apa yang membuatkan Ryzal sedikit kecewa adalah dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak menjaga hati dan perasaannya serta isteri yang menganggap anak sulungnya itu tak faham bahasa Inggeris.
Sedangkan Ryzal ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak serta penggunaan bahasa memandangkan mereka berkahwin berlainan bangsa. Berikut adalah perkongsiannya.
“Kesian dia tak faham English”
Rina ni baru 1 tahun. Dia cakap pun tak fasih. Awak datang tegur babysitter dengan Rina tu saya ucap terima kasih, mungkin awak salah seorang peminat Rina. Tapi cara awak guna perkataan ‘Kesian’ tu salah sama sekali.
Sebagai bapa yang berbangsa Melayu, saya lebih sayangkan Bahasa Kebangsaan kita. Saya berkomunikasi dengan anak menggunakan Bahasa Melayu, Korea dan last sekali barulah English. Rina faham je English, malah saya gunakan British English di rumah bila berkomunikasi. Bukan English terabur “adik, wear your kasut”.
Kadang-kadang saya cakap dialek Kelantan supaya Rina tahu dari mana ayah dia datang.
Andaikata Rina tak faham English pun, saya tak malu dan tak kesian. Yang saya kesian kita bangsa Melayu terlalu agungkan bahasa asing sehingga lupa identiti bangsa sendiri.
Bangga dengan anak boleh berbahasa Inggeris tapi tidak faham Bahasa Melayu, itu yang malu dan kesian.
Saya saksikan ramai kenalan saya jumpa, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu. That’s a shame of being Malaysian. Satu nasihat Ryzal pada semua. Learn every language you could but don’t lose your identity.
Kemelut rumah tangga yang berpanjangan buat pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya terlerai sudah selepas Syamsul melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Terbaik buat anak-anak, Syamsul berjanji untuk tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap dua anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Malah dalam prosiding berkenaan, Syamsul juga bersetuju memberikan nafkah anak sebanyak RM6000 sebulan berkuat kuasa Julai ini.
“Syukur perceraian berjalan lancar sesuai dengan apa yang kami bincang sebelum ini demi untuk kebaikan dan masa depan anak-anak.
“Segala keperluan dan perbelanjaan anak-anak ditanggung oleh saya. Semuanya okay dan baik-baik sahaja.
“Kalau kami memikirkan tentang diri kami sahaja, pasti akan memberi kesan pada anak-anak. Jadi saya sebagai ayah dan Sarah sebagai ibu, kami nak akhirinya dengan baik,” ujar Syamsul ketika ditemubual oleh pihak media.
Ditemani Sarah di sisi, kedua-duanya dilihat lebih tenang berkongsi tanggungjawab buat anak-anak.
Menerusi laporan media, Sarah juga turut menerima nafkah edah sebanyak RM15,000 untuk tiga bulan yang bernilai RM45,000.
Sarah yang manis berbusana kelabu itu turut meluahkan rasa syukurnya dengan konflik mereka berakhir dengan baik demi anak-anak.
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Semalam kami dah berjumpa untuk selesaikan semuanya.
“Biar saya seorang sahaja yang tahu apa saya rasa,” ujar Puteri Sarah.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 6 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 16 apartmen. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah apartmen kakitangan kerajaan di Putrajaya.
Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 16 Apartmen
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya dari MERS 999 pada jam 7.50 pagi dan kanak-kanak itu dijumpai di bahagian bawah apartmen berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital.
Katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik dan ditinggalkan bersendirian kerana bapanya seorang kakitangan kerajaan menghantar anak sulung (kakak) ke sekolah di Presint 9 (2) manakala ibunya keluar bekerja sebagai guru tadika.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.
“Kebiasaannya mangsa akan ditinggalkan sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska di bawah apartmen berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, beberapa gambar tular di aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian terbabit.
Asmadi berkata, mayat mangsa masih berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi proses bedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Penduduk di Sabak Bernam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di dalam mangkuk tandas wanita di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini pada tengah hari Ahad.