Bahaya Kalau Bayi Sawan. Tapi Jangan Panik, Mesti Tahu Apa Nak Buat!

Share

Bayi tiba-tiba diserang sawan? Ibu bapa jangan panik & perlu bertindak segera. Mesti tahu langkah-langkah selamat untuk menghadapinya.

Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini sesuai dijadikan panduan untuk menghadapi situasi cemas ini. Sawan ketika demam selalunya berlaku ketika demam dan ia berlaku kepada 2 -5% kanak-kanak. Ini tips yang  ibu bapa perlu lakukan apabila si kecil tiba-tiba sawan.

Ibu bapa jangan panik. Ambil masa & mengiringkan badan bayi ke kiri. Elakkan masukkan objek ke dalam mulut! Masukkan ubat jika demam.

Biarkan, tak perlu urut & goncang supaya bayi sedar.

Ambil masa. 5-10 minit waktu biasa sawan berhenti. Lebih dari 10 minit, bawa ke hospital.

 

Selepas sawan, biarkan bayi rehat. Masukkan ubat sekiranya belum diberi. Jerlumkan dengan air. Bawa bayi ke hospital.

Sumber: Salehuddin Sulaiman


IKLAN