Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.
Seorang penguna facebook Sakinah Hamid berkongsi coretan pengalaman seorang lelaki yang dikenali sebagai cikgu Iz sebagai warden di asrama. Katanya ada beberapa perkara penting yang ibu bapa kena faham sebelum buat keputusan hantar anak ke asrama.
Ads
Ads
Asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak tiba2 jadi pandai”
Menarik pula dengar perkongsian dari Cikgu Iz yang mengajar dan jadi warden lebih 8 tahun di sebuah SBP.
Menjadi guru dan warden membolehkan beliau nampak dua2 sisi kehidupan pelajar di sekolah dan di asrama.
Saya kongsikan semula di sini kerana merasakan ia perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh ibubapa yang bercadang hantar anak ke sekolah berasrama.
1. Mindset apa tujuan sebenar nak hantar anak ke asrama?
Kalau ibu ayah yang anak masa darjah 5,6 masih kuat bermain, ketagih gajet dia tak akan tiba2 berubah bila masuk sekolah berasrama.
Dari pemerhatian peribadi cikgu ni, budak2 yang cemerlang masa SPM bukan budak2 yang tiba2 baru berubah masa tingkatan 4,5.
Tapi yang memang sejak tingkatan 1 dah mempunyai disiplin belajar yang bagus.
Bila tingkatan 1 dah nampak ada disiplin yang bagus, cikgu tahu yang budaya belajar tu sudah bermula dari rumah. Dia dah ada kaedah dan teknik belajar sendiri.
Kalau kita tak pernah latih anak disiplin belajar, ada jadual belajar sendiri jangan kita harapkan tiba2 anak akan berubah bila masuk asrama.
Budaya di asrama adalah berdikari.
Kalau nak hantar anak ke sekolah asrama, dari darjat 5 dah 6 tu mula bentuk disiplin belajar anak dan berdikari.
Barulah bila masuk sekolah asrama dia boleh bawa diri.
Walaupun budak bijak tapi dia tiada budaya belajar, nanti bila nak periksa tak tahu nak belajar apa dan tiada hala tuju. Tak tahu minta bantuan kawan dan guru kerana tak dibentuk dari awal.
Masa UPSR tu cemerlang sebab mak ayah dan guru paksa belajar, bukan sebab diri pelajar tu.
2. Isu ketagihan gajet
Anak yang terlalu diberi kebebasan dengan gajet semasa sekolah rendah, tiba2 dihantar ke asrama terus tidak hilang akses kepada internet.
Ini adalah cabaran yang besar untuk diorang.
Mereka susah nak fokus belajar kerana ada ‘life’ dalam dunia digital yang ditinggalkan. Seperti akaun game yang perlu dijaga dan sebagainya.
Anak macam ni akan sentiasa cari alasan untuk balik di hujung minggu untuk dapatkan capaian internet. Macam2 jalan diorang cari seperti dapatkan sijil sakit supaya boleh balik hujung minggu (keluarga dekat)
Atau mereka akan langgar peraturan dengan bawa telefon bimbit secara haram. Dah jadi masalah disiplin pula.
Pelajar begini tiada budaya belajar dah fokus mudah hilang.
3. Sampai satu tahap anak dah tak boleh terima kehidupan asrama. Dia set nak duduk rumah semula dan akan mula buat kes supaya dia dibuang asrama.
Jadi dapat kembali ke sekolah harian, tinggal di rumah dan dapat penuhi ketagihan akses internet.
4. Anak yang dipaksa untuk tinggal di asrama ada yang akan mula renggang dengan keluarga.
Ada yang sanggup tak balik kalau cuti pendek kerana kurang akrab dengan keluarga. Mereka juga mula membanding2 hubungan dengan keluarga tetapi kebanyakan masa akan pendam perasaan.
Bila dah dewasa barulah mampu luahkan rasa hati seperti kebanyakan yang kita lihat di media sosial hari ini.
Ini adalah pesanan Cikgu Iz kepada ibubapa. Mindset nak hantar anak ke sekolah berasrama kena betul. Kalau nak hantar anak ke sekolah berasrama bentuk dulu peribadi sesuai untuk tinggal di asrama.
Memang ada segelintir yang akan berubah, tapi kebanyakannya adalah mereka yang memang dah cemerlang sejak tingkatan 1.
xxxxxxx
Saya kira pesanan ini sangat bagus diambil oleh ibubapa yang anak darjah 4,5. Proses nak menyediakan diri kita dan anak memang panjang.
In syaa Allah dengan persediaan awal kedua-dua anak dan ibubapa dapat melalui fasa perubahan hidup ini dengan lebih baik.
Terkini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan menerusi satu kenyataan semalam bahawa mulai tahun ini, pendidikan peringkat sekolah menengah secara rasmi diwajibkan kepada semua anak warganegara Malaysia.
Pengumuman ini dibuat susulan kelulusan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada malam Rabu, 30 Julai 2025, tepat jam 8.23 malam.”
Pendidikan menengah kini diwajibkan ibu bapa yang gagal memastikan anak menyambung ke sekolah menengah boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.
Langkah ini adalah hasil pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996, yang memperkenalkan Seksyen 32A, memperkasakan kuasa Menteri Pendidikan untuk mewajibkan kanak-kanak mengikuti pendidikan sehingga peringkat menengah. Ini bermakna, pendidikan menengah kini termasuk dalam takrifan “pendidikan wajib” dan tidak lagi bersifat pilihan.
Pindaan ini meletakkan tanggungjawab lebih besar di bahu ibu bapa. Malah, kegagalan mendaftarkan anak ke sekolah menengah tanpa sebab yang sah kini boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM5,000, penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
“Langkah ini bukan bersifat menghukum, sebaliknya bertujuan memastikan tiada anak Malaysia tercicir daripada arus pendidikan formal, terutamanya mereka yang berada dalam kelompok rentan dan kurang berkemampuan,” kata Fadhlina.
Pendidikan adalah hak asas setiap anak. Dengan mewajibkan pendidikan menengah, kerajaan memperlihatkan komitmen teguh untuk memecah kitaran kemiskinan melalui pembangunan modal insan dan akses pendidikan berkualiti.
Menteri Pendidikan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, baik dari Kerajaan MADANI mahupun pembangkang yang menyokong pindaan ini, serta memberi penghargaan kepada seluruh warga Pasukan Pendidikan Manusiawi KPM atas usaha tanpa jemu dalam merealisasikan dasar ini.
Walaupun satu kemenangan telah dicapai, perjuangan masih belum selesai. Tumpuan kini perlu diberikan kepada pelaksanaan efektif dasar ini, termasuk memastikan kemudahan sekolah mencukupi, sistem sokongan pelajar diperkasa, dan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dirapatkan.
Tak kaya harta tak apa, asalkan dapat keluarga yang baik dan sentiasa hidup berkasih sayang pun dah bersyukur sangat. Begitu jugalah bagi pasangan suami isteri ini yang berkahwin campur dan kehidupan mereka sangat harmoni sekali.
Biasanya cabaran untuk memahami budaya lain pasti ada tapi yang uniknya bagi keluarga Dr Siti Hajar Md Hanif, keluarga mentua cukup baik sekali dan saling menghormati antara satu sama lain.
Menerusi video dikongsikan Dr Siti Hajar, ibu mentuanya yang berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang selepas bersalin pada 30 Jun lalu.
“Saya bersalin anak ketiga tahun ini. Sebelum tu memang dah rancang, masa pamtang mak mentua datang dari Perak jaga saya.
“Dua minggu sebelum bersalin lagi dia dah datang sebab masa tu saya memang sarat. Dia tolong masak untuk saya yang makin tak larat nak bergerak, siap bantu uruskan budak-budak (cucu) nak pergi sekolah.
“Bila dah bersalin, dia sambung jaga saya. Masak makanan pantang, siapkan air mandian herba, mengasuh baby masa saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian pun dia tolong buat, ” ujarnya.
Lebih menarik lagi, Dr Siti Hajar memberitahu, suaminya memeluk Islam pada 2014 dan kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang.
Bercerita lanjut mengenai keunikan keluarganya, wanita berusia 36 tahun itu berkata bapa mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristianmanakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu.
Mengimbas mengenai proses berpantang, Dr Siti Hajar berkata Thaivani menguruskan dirinya mengikut cara Melayu tetapi memasak masakan masyarakat Cina.
“Ibu mentua biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang masak kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry.
“Ibu memang pandai masak masakan tu semua sebab lepas kahwin dulu dia dudukdengan ibu mentua berbangsa Cina. Masa pantang ibu mentua dia yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara Orang Cina.
“Walaupun berlainan amalan dan budaya tetapi sebenarnya tak banyak beza pun cara berpantang tiga bangsa ini. Kelainan pada masakan saja sebab saya pun tak ikut betul-betul pantang macam Melayu zaman dulu,” katanya.
Menurutnya, ini kali kedua ibu mentua membantu menguruskan dirinya sehingga hari ke-30 berpantang.
Susulan perkongsiannya itu ramai yang gembira melihat keakraban keluarga ini yang hidup dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulilah..dapat mil yang baik pun adalah salah 1 rezeki dari Allah”
“Hargai ibu mentua mu puan….1 dalam 10 tu….rezeki puan 🥰”
“Seronok tengok keluarga macam ni. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga akak”
“Bangsa dan agama bukan ukuran untuk bahagia. Namun sesiapa yang memilih Allah untuk bahagia bersama adalah satu ANUGERAH. Alhamdulillah🤲”
Riang nak sambut raya bertukar tragedi. Dua beradik cedera parah selepas dipercayai terkena mercun bola dalam kejadian menyayat hati di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada Selasa.
Kegembiraan yang sepatutnya diisi dengan gelak tawa kini bertukar menjadi tangisan dan kesakitan. Difahamkan kejadian pertama yang berlaku di Kedah pada Ramadan ini.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu mengakibatkan mangsa berusia empat dan tujuh tahun dikejarkan ke Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Beliau berkata, siasatan awal polis ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak menyedari anak mereka sedang bermain mercun di luar rumah.
“Hasil siasatan mendapati dua beradik itu bermain mercun bola yang diperoleh dari rakan sekampung.
“Manakala ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan dia hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.
“Ketika kejadian bapa kanak-kanak itu tiada di rumah,” katanya.
Abdull Razak berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan.
Bagaimanapun, abang parah dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB.
“Kita telah membuka kertas siasatan bersangkut kejadian ini yang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.
“Manakala denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal,” katanya.
Ini merupakan kejadian pertama akibat mercun berlaku di negeri ini bagi Ramadan tahun ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!