Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.
Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan persepsinya.
Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisiplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.
Ads
Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.
Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.
Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.
Ads
Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Ads
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
Nota Ringkas: Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2.Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3.Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4.Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stress tau kalau jalan jem, lepas tu anak pula mengamuk bila duduk dalam carseat sebab bosan. Especially bila nak balik raya hujung minggu ni. Nak pegang dalam kereta, risau bahaya pula.
Jom tengok apa kita boleh prepare untuk travel raya ni. Dah ada anak ni, tak boleh main aci redah je.
Berikut antara tip yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan. Mungkin boleh jadi panduan untuk ibu bapa yang ada anak kecil dan bakal menempuh perjalanan berjam-jam lamanya untuk sampai ke kampung halaman. Lain orang lain cara, mana sesuai, kita cuba ok?
1) Servis kereta
– Check tayar ganti, isi angin dan lain-lain.
– Nak mudah, isi minyak & touch n go siap-siap.
– Kalau tak, masa nak singgah petrol pump tu nanti, ramai pulak nak ikut.
2) Buat checklist barang supaya tak ada yang tertinggal.
– Tampal kat pintu, lepas tu tick jer nanti.
– Masukkan beg semua masa anak tidur.
– Kalau tak, kita kemas, dia punggah keluar. Risau ada yang tertinggal.
3) Pastikan anak dah makan terlebih dahulu.
– Kalau lapar, mudah mengamuk nanti.
– Sediakan snacks. (Buah/roti/biskut)
– Air masak dalam botol.
– Bahan-bahan nak buat susu jangan letak dalam but kereta.
4) Rancang perjalanan.
– Boleh gerak awal pagi supaya tak panas.
– Kalau anak ada nap time, gerak waktu nap time, so anak akan mudah lena.
5) Bahan untuk distract anak.
– Buku-buku comel.
– Buku/ toys baru supaya anak excited.
– Buku/toys favorite.
– Check out The Kiddo kalau nak cari books & educational toys.
6) Barang keperluan anak.
– Bear/bantal untuk tidur.
– Selimut.
– Wet tissue.
– Extra diaper /baju/towel kecil /plastik.
Apa-apa pun, kita boleh rancang jer. Travel dengan anak kecil ni bukan selalu smooth pun. Ada masa, dia bad mood, ada masa dia hyper.
Jangan letakkan high expectations sangat. Kena sabar dan enjoy je sepanjang perjalanan.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata mendidik anak lelaki besar cabarannya. Perangai pun lebih lasak dari anak perempuan. Kebiasaannya bila ibu bapa ada anak lelaki berderet, akan riuhlah rumah.
Sebagai ibu bapa, anda adalah ibu bapa hebat. Tak kiralah dikurniakan semua anak lelaki atau pun ada seorang, dua atau pun lebih. Setiap rezeki anak dah ditetapkan dan bagaimana kita mencorakkannya penting untuk masa depannya.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Dilla Hanif mungkin boleh menjadi motivasi buat semua ibu bapa kerana anak lelaki anda boleh jadi HEBAT antara yang terhebat. Percayalah!
KEPADA ANDA YANG ADA ANAK LELAKI
Orang kata penat jaga anak lelaki sebab tak duduk diam lari sana sini. Bukan setakat berlari, tapi bergusti pun boleh. Haiihhh.. orang kiri kanan pun perli-perli.
Biarlah dia main lumpur sampai kotor, dia aktif tak henti, kerana anda harus percayalah 1 hari nanti, apa yang dia dapat kini, dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Sebenarnya banyak kelebihan buat anak lelaki yang ramai tak tahu tapi ALLAH dah beri.
Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari. Dialah harapan ibu ayah dan keluarga. Jadi bimbinglah dan sayang dia agar berjaya dan gembira.
Ramai juga yang kata, anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah tu. Bila tak duduk saja dan menganyam, jangan disuruh diam sampai ke malam. Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi. Tambah bila pelukciumnya tak henti. Di selit kasih sayang ayah mithali dan jangan terkejut satu hari nanti bila anak yang aktif lari sana sini inilah akan disayangi masyarakat dan planet bumi.
Jadi jangan pukul dan maki anak lelaki kerana dia tak putus membentuk diri untuk dia kumpul dan punya identiti. Bukan saja buatkan ibu ayahnya happy tetapi menjadi saham akhirat buat mommy daddy.
Apa-apa pun ingat dialah anak lelaki mithali. Jangan biar dia main dan lari sendiri. Ciumlah dia berulang kali serta ucapkanlah kata sayang dan rindu lagi dan lagi, agar dia terus rasa dihargai kerana mempunyai ibu dan ayah yang terbaik.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biarpun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Suami perlu bahagiakan isteri di pagi hari. Ia umpama kunci yang sangat penting untuk menentukan emosi isteri sepanjang hari berkenaan. Jadi para suami dah tak perlu risau lagi untuk hadapi isteri yang selalu ‘bad mood’ sekiranya anda berjaya ‘tackle’ hati pasangan setiap pagi.
Bagaimana teknik yang perlu dilakukan. Penulis Buku Dan Pakar Motivasi, Najmi Nawawi kongsikan 5 teknik penting berkenaan apa suami boleh cuba lakukan untuk bahagiakan hati isteri pada setiap pagi.
Bangun lebih awal dari isteri
Ianya nampak macam biasa, tetapi mampu memberi kesan besar kepada emosi isteri. Para suami kalau boleh jangan biarkan isteri yang kejut anda dari tidur, kerana anda ialah pemimpin keluarga dan perlu tunjuk contoh yang baik kepada isteri. Isteri akan rasa bahagia kerana suaminya seorang yang berdisiplin dan layak dihormati.
Senyum dan berbual dengan isteri
Banyakkan bertanya tentang aktiviti yang isteri anda akan lakukan. Jika isteri anda bekerja, boleh juga tanya tentang kerjanya, adakah semuanya berjalan dengan baik atau tidak. Yang paling penting ialah perlu sentiasa senyum. Isteri pastinya akan rasa selamat dan disayangi sepanjang hari.
Jangan terus melihat smartphone
Ini ialah satu pantang larang yang besar dan jangan dibuat kerana mampu menanam emosi tidak gembira dalam isteri anda. Sekadar untuk melihat waktu dan tutup alarm itu tiada masalah, tetapi ia akan jadi masalah kalau bangun tidur terus menghadap laman sosial dan tersengih sendirian. Umpama, alam maya itu lebih utama dari alam realiti yang ada di depan anda. Lupakan smartphone untuk seketika dan tataplah wajah pasangan anda.
Kemaslah rumah itu sikit
Katil, ruang tamu dan dapur ialah kawasan yang kita perlu sentiasa pastikan kemas sebelum keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Kalau tidak ia akan memberi impak tenaga yang negatif jika kita pulang dari kerja nanti dalam keadaan rumah yang tidak kemas. Jadi kalau sebagai seorang suami kita boleh kemaskan serba sedikit mana yang sempat, pasti akan membuat isteri bertambah gembira.
Beri perhatian kepada anak
Tunjuk depan isteri bahawa kita juga tidak lupa tentang kewujudan anak-anak. Luangkan masa untuk tegur anak-anak dan beri ciuman dan pelukan kasih sayang pada anak-anak. Ianya umpama langkah akhir dalam usaha kita untuk ‘tackle’ hati isteri. Suami yang zahirkan kasih sayang pada anak-anak setiap pagi ialah suami yang tulus ikhlas mahukan yang terbaik untuk keluarganya. Saat ini, hati isteri anda sudah ibarat di taman-taman bunga bahagia.
p/s : Apa-apa pun aku nak tahu juga, apa pula yang kalian buat di pagi hari dengan pasangan? Mungkin boleh kongsikan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.