“Kenapa anak kita suka panggil kita terjerit-jerit?” Kadang cakap dengan adik sendiri pun terjerit-jerit. Sekampung boleh dengar. Huish.

Ini sebenarnya soalan yang ramai ibu bapa akan bertanya. Tahu tak sebab apa?

Berikut perkongsian daripada Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli. Moga ia akan memberi manfaat dalam membesarkan anak-anak kita terutama dengan pelbagai cabaran hari ini.

Ibu bapa nak tahu sebabnya. Ia berpunca daripada diri kita sendiri yang ajar begitu.
Masa anak kita panggil kita elok-elok, kita ralit dengan handphone, ralit memasak, ralit membawang (eh!).

Ini Puncanya Anak Suka Cakap & Panggil Kita Terjerit-Jerit. Bukan Terus Marah Ye!

Tapi, bila anak tu dah menjerit, baru kita menyahut. Tu pun kita menyahut dengan jeritan.
Maka, anak akan belajar yang kalau dia nak orang dengar dia, dia kena JERIT!
CHILDREN ABSORB BEST FROM WHAT THEY EXPERIENCE DAILY.

Pendek kata, anak akan MENIRU kita. CONFIRM!

Sebab tu sebagai parents, kita kena rajin buat 3 perkara ini:

IKLAN

1. Baca buku tentang perkembangan kanak-kanak, supaya kita faham betul-betul kenapa anak kita buat satu-satu tingkah laku.

2. Belajar cara untuk uruskan emosi anak supaya emosi kita juga terjaga.

Ini Puncanya Anak Suka Cakap & Panggil Kita Terjerit-Jerit. Bukan Terus Marah Ye!

3. Rajin buat muhasabah. Dengan ilmu yang kita pelajari dari bacaan dan kelas-kelas parenting akan buat kita tahu:

– OBSERVE punca anak buat satu-satu tingkah laku tu.
– ANALYZE betul ke tidak respon kita pada tingkah laku anak kita tu.
– RANCANG apa tindakan yang patut kita lakukan untuk bantu adjust tingkah laku anak kita tu.

IKLAN

Kalau tak…Dia jadi macam gambar kat bawah ni lah.

Ini Puncanya Anak Suka Cakap & Panggil Kita Terjerit-Jerit. Bukan Terus Marah Ye!

Kita complain anak kita tu tak behave lah.
Kita complain anak kita tu suka menjeritlah.
Kita complain anak kita dah nakal lah…

Rupanya..Kita penyebabnya..Sedihkan?

IKLAN

P/S: gambar dari buku Behavenya Anakku.

Kredit: OT Aisyah Rozalli

Ini Puncanya Anak Suka Cakap & Panggil Kita Terjerit-Jerit. Bukan Terus Marah Ye!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI