Dah masuk setahun, anak dara Fazura dan Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila dah mula pandai berjalan. Walaupun masih takut-takut, tetapi Fatima tetap berani dan cuba nak berjalan sendiri.
Lahir 2 Oktober 2020, di usianya setahun sebulan, kira agak cepat jugalah Fatima boleh berjalan. Lepas ni mommy dan daddy tak terkejarlah nak jaga Fatima ya! Maklumlah orang baru dapat kaki, terujanya lain macam sikit.
Menerusi perkongsian video beberapa saat itu, gelagat Fatima yang tak mahu dipimpin itu mencuri perhatian ramai.
Dalam video tersebut, nampak Fatima begitu seronok berjalan ke sana ke sini dan nak berjalan sendiri. Gayanya tu kalah orang dah besar. Dahlah laju pula dia berjalan. Comel sungguh!
Ads
Bukan itu saja, ramai yang menyatakan, cara Fatima macam Fazura kecil berjalan. Comel dengan gaya terkedek-kedeknya!
Sementara itu, dalam posting yang lain pula, gelagat comel Fatima peluk kaki daddynya cute sangat. Anak manja daddy sungguh ni.
Bak kata peminat mommy daddynya, Fatima ni anak manja daddy. Tak boleh tengok daddy, asyik nak melekat je.
Ads
Kalau orang cakap anak perempuan manja dengan ayah, memang betullah. Seolah-olah macam ada chemistry dan tak boleh berenggang kalau nampak ayah depan mata.
Ads
Apa pun, semoga Fatima Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang membahagiakan mommy daddy.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasalah anak-anak, ada ketikanya jika rasa nak panggil ibu, mama, mummy ikut suka je. Kadang-kadang boleh menimbulkan gelak ketawa, ada waktunya boleh menimbulkan syak wasangka pula.
Itu yang diceritakan oleh Tomok pada satu entri di Instagramnya apabila Andra terpanggil mama sedangkan sebelum itu memanggil isterinya, Ayu dengan panggilan dibu.
Anak susah nak belajar pakai baju dan seluar sendiri. Anak bermain dan bergurau terlalu kasar. Anak umur 6 tahun masih memegang pensil menggunakan 5 jari. Anak tak mahu makan dengan sendiri walaupun semasa umur 5 tahun.
Masalah di atas adalah masalah biasa bagi anak yang mempunyai masalah terhadap sensitiviti deria sendi. Deria sendi tidaklah sepopular seperti deria visual, auditori, rasa, sentuhan dan bau tetapi deria ini sangat penting dalam setiap urusan kita seharian.
Nak ambil barang, nak buka pintu, nak seluk beg ambil dompet, nak pakai baju dan seluar, nak makan, nak garu belakang badan dan lain-lain. Semua aktiviti yang menggunakan anggota badan menggunakan deria ini.
APA ITU DERIA SENDI?
Deria sendi (propioception) adalah deria yang memberi info kepada otak di mana anggota badan kita berada. Setiap kali kita menggerakkan badan (tangan atau kaki), setiap kali itu juga kita akan menggunakan deria sendi untuk memberi input kepada otak untuk mengawal pergerakan anggota badan dan berapa tekanan yang sepatutnya.
Bayi selepas lahir akan rasa badannya seperti “terawang-awangan”, mereka tidak sedar keberadaan tangan dan kaki menyebabkan mereka tidak pandai mengawal pergerakan anggota badan disebabkan deria sendi yang “belum cukup kuat” ataupun “belum cukup develop”. Jika kita tidak merangsang deria sendi dari awal ia akan menyebabkan masalah di masa akan datang terutamanya skil urus diri (makan, pakai dan buka baju) malah akan menyebabkan masalah akademik juga.
Anak yang ada masalah deria sendi selalu disalah erti kan dengan malas, lembab atau “hyper”. Mereka tak nak pun dilahirkan atau “dibesarkan” ada masalah deria sendi. Ya, faktor persekitaran memang boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih parah apabila anak dibesarkan dalam keadaan yang terlalu “manja” dan tak diberi peluang untuk berdikari sendiri.
Semua benda mak ayah nak buatkan, semua benda nenek atuk nak “tolong” buatkan sampai anak dah ada mindset “tak perlulah belajar berdikari, orang lain akan jaga badan ini”. Jangan terkejut jika saya katakan, kebanyakan anak yang “malas” untuk belajar (pakai baju seluar, makan sendiri, menulis) adalah berpunca dari sikap mak ayah yang terlalu memanjakan anak dengan “membantu” benda yang tidak sepatutnya dalam urusan seharian.
Kalau bawah 2 tahun, masih diterima lagi. Tapi kalau umur 6 tahun? Tepuk dada tanya minda.
PUNCA ANAK “MALAS”
Setiap kali anak mencari lubang baju atau lubang seluar tak jumpa, kadang-kadang masuk tangan dalam lubang kepala, kadang-kadang 2-2 kaki masuk dalam 1 lubang seluar.
Berjuta kali cuba tak dapat, mak ayah dah bising-bising sebab nak cepat. Anak stres terus tak nak buat. Mak ayah stres terus pakaikan.
Macam mana nak pakai sendiri kalau deria sendi tak cukup kuat untuk “merasa” sesuatu tanpa melihatnya?
Niat nak bergurau dengan kawan atau adik, tetapi gurauan bertukar jadi drama air mata apabila orang lain takut nak bermain sama. Orang lain gurau cuit sikit-sikit, dia tolak dan pukul “kaw kaw” macam bertinju betul.
Macam mana nak bermain sama, kalau tak pandai mengawal “tekanan” cuitan, pukulan, tolakan dan sepakan?
Sebenarnya skil memegang pensil tidak perlu diajar atau dipaksa, ia adalah secara semula jadi.
Semakin deria sendi anak “kuat”, semakin dia akan membetulkan jari-jarinya sendiri semasa memegang pensil. Dari 5 jari ke 4 jari seterusnya 3 jari dan skil menulis ada tahapnya untuk setiap umur anak. Tidak perlu terlalu taksub untuk mengajar anak menulis di awal usia dan memaksa anak menulis menggunakan 3 jari sebelum umurnya sebenar.
Anak gunakan 5 jari kerana deria sendi belum cukup kuat untuk mengawal tangan semasa menulis, maka memerlukan lebih sokongan.
Kini, banyak sangat produk-produk untuk mengajar anak memegang pensil dengan betul. Tapi sampai bila nak guna? Gunakan alat bantuan memang bagus untuk membantu tetapi kalau tidak disusuli dengan rangsangan deria sendi tiada gunanya kerana anak tetap akan cepat penat semasa menulis disebabkan perlu “effort” lebih untuk mengawal jari.
Sebenarnya banyak sangat masalah-masalah harian yang akan timbul disebabkan masalah deria sendi. Nampak kan betapa pentingnya deria sendi dalam hidup anak kita?
TIP MERANGSANG DERIA SENDI
Normal fasa anak umur 18 bulan hingga 3 tahun akan teruja untuk melakukan semuanya sendiri termasuklah pakai buka baju, makan sendiri, belajar memegang pensil dan sebagainya. Gunakan fasa ini dengan baik untuk melatih anak menguasai skil urus diri yang secara tak langsung merangsang dan “menguatkan” deria sendi.
Sokong dan beri pujian setiap kali anak berjaya buat sendiri. Selesaikan penguasaan skil ini sehingga anak umur 4 tahun.
Ini adalah tahap normal skil urus diri untuk anak umur 4 tahun:
Bebas diaper + pakai baju seluar sendiri + makan dengan sendiri+ pakai kasut dan stokin dengan sendiri + kemas mainan + mandi dan keringkan badan sendiri + berus gigi sendiri dll
Sebenarnya sejak bayi bawah umur 1 tahun, mak ayah dah boleh beri dan dedahkan dengan pensil. Bukan untuk belajar menulis atau mewarna ya, hanya untuk conteng-conteng dan belajar mengawal tangan dan jari. Conteng bukan hanya di kertas, tetapi di atas pelbagai permukaan. Bukan hanya menggunakan pensil, malah boleh juga krayon, kapur dll.
Kalau menggunakan pensil, beri yang jenis pendek dan “gemuk” demi keselamatan dan membantu anak mengawalnya. Kalau takut anak conteng dinding atau perabot, boleh cat dinding menggunakan “cat kalis conteng” ataupun beri pensil warna yang boleh dipadam.
Sebenarnya tak menjadi masalah kalau mak ayah beri pengawasan penuh setiap kali anak memegang pensil.
Fasa merangkak sangat penting untuk bayi, semasa merangkak bayi secara semulajadinya akan merangsang deria sendi di tangan dan jari yang sangat diperlukan untuk mereka belajar mengawalnya seharian terutamanya skil urus diri dan skil motor halus.
Kurangkan atau elakkan menggunakan walker, sokong anak merangkak dengan merangkak bersama anak.
Yang mana anak berjalan cepat dan kurang fasa merangkak boleh kerapkan bermain kejar-kejar secara merangkak dengan anak ya.
Pendapat saya, urutan adalah wajib untuk bayi bawah 12 bulan, banyak sangat manfaat urutan dalam perkembangan bayi yang saya sudah selalu kongsi di post saya sebelum ini. Anak membesar hanya sekali, 80% perkembangan otak anak adalah semasa umur 0-2 tahun.
Disangka masalah bermain mercun seperti putus jari dan sebagainya menjadi penyumbang peratusan ke wad pediatrik. Namun sangkaan itu meleset bila mana wad kanak-kanak di Hospital Besar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kes-kes masalah pernafasan sepanjang cuti perayaan ini.
Menurut perkongsian Astro Awani, hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti ziarah di musim Aidilfitri ini.
“Kes melibatkan masalah pernafasan dilihat mendominasi kali ini berbanding kes putus jari akibat mercun.
“Pihak kami menjangka kemasukan ke wad kanak-kanak terus meningkat di hari raya kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, kes terbabit melibatkan penyakit pneumonia dan bronkitis berlaku akibat akibat virus yang tersebar di udara menerusi pesakit batuk atau sentuhan dengan pesakit.
“Terdedah dalam suasana yang ramai terutama musim perayaan ini antara salah satu punca peningkatan kes.
“Kita tahu hari perayaan ramai orang dalam ziarah ini menyebabkan terdedah jangkitan kuman. Masyarakat perlu cakna mengenai isu ini,” katanya.
Bagi mencegah jangkitan katanya, pastikan meneruskan amalan membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat orang ramai amat digalakkan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Didik anak berdikari sejak kecil dengan 10 cara yang praktikal dan berkesan. Ketahui bagaimana ibu ayah boleh membina keyakinan, tanggungjawab dan kemahiran hidup anak tanpa terlalu cepat membantu.