“Adam boleh tak duduk sekejap ke? Penat mama tengok awak lompat sana, lompat sini, memanjat dan berlari tak berhenti-henti.”
Siapa yang ada anak lelaki tentu biasa berhadapan dengan perangai mereka yang tak tahu duduk diam walaupun sekejap. Kadang-kala boleh pening kepala dibuatnya dengan keaktifan mereka.
Tapi orang kata “biasalah budak lelaki memang macam-macam idea mereka.” Mungkin sebab itu mereka tak tahu duduk diam. Tapi kenapa agaknya anak lelaki penuh dengan tenaga dan sukar berasa penat sehingga menyebabkan mereka sukar duduk diam seketika?
1. Rasa ingin tahu yang tinggi
Anak umur 2 hingga 3 tahun mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi, ditambah pula dengan tenaga mereka yang sangat berganda. Sebenarnya tak perlu anda penat-penat kejar anak dan suruh mereka duduk diam. Biarkan sahaja mereka aktif berlari dan melompat asalah ia tidak membahayakan. Ia salah satu cara mereka untuk belajar dan meneroka dunia sekeliling.
2. Suka berlari dan melakukan aktiviti fizikal
Ads
Memang sikap semula jadi anak lelaki suka dengan aktiviti fizikal terserlah sejak kecil lagi. Jadi jangan berasa hairan kalau si kecil memang tak boleh duduk diam. Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, memanjat memang jadi kesukaan mereka. Ia lebih banyak dilakukan oleh anak lelaki berbanding anak perempuan.
3. Suka ambil risiko
Ads
Anak lelaki gemar meneroka perkara baru di sekeliling mereka. Kadangkala mereka suka mencuba buat sesuatu aktiviti tanpa memikirkan risikonya. Sebenarnya si kecil sendiri tak tahu apa yang mereka lakukan itu bahaya. Apa yang mereka tahu cuma ia menyeronokkan. Bagaimanapun sikap ini sebenarnya boleh menanamkan rasa percaya pada diri sendiri, berkeyakinan, berdikari dan bertanggungjawab dalam diri anak lelaki.
4. Kreatif dan bijak
Ads
Mungkin pada pandangan mata seorang anak lelaki, pintu pagar rumah adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dipanjat. Begitu juga dengan sofa atau rak buku yang ada di rumah dianggap sebagai satu tempat bermain yang menyeronokkan. Kreativiti mereka memikirkan sesuatu objek menjadi alat permainan memang mengagumkan. Ia sebenarnya ciri anak yang bijak!
5. Ingin meneroka dunia sebenar
Keinginan untuk tahu semua perkara di sekeliling membuatkan anak lelaki tak betah duduk diam kerana merasakan ia membuang masa. Mereka tak sabar untuk tahu apa jadi pada sesuatu objek atau perkara bila dicuba atau dilakukan.
Kalau anak lelaki anda jenis tak boleh duduk diam, jangan marah mereka. Ia adalah perangai semula jadi si kecil dalam proses membesar. Apa yang penting pastikan mereka sentiasa selamat semasa sibuk meneroka persekitaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu ayah paksa anak mereka duduk diam 24 jam dan resah bila anak mula lasak dan aktif. Trend ibu bapa muda sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam tak payah ‘explore’ sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.
Sudahnya ramai anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran sebab masing-masing khusyuk tengok cerita kartun di ‘handphone’ ibu atau ayah.
Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa ‘gangguan’ dari si kecil. “Eh, semua orang buatlah.”
Lagi satu, ibu bapa sekarang juga ‘gila’ nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca sejak usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat.
Penerangan daripada Puan Liyana Raya, seorang Occupational Theraphy di facebook beliau diharap boleh membuka mata semua ibu bapa supaya lebih faham tentang perkembangan normal anak.
“Puan,anak (in between 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti…macam mana nak buat ye?”
Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya “face palm” muka saya sendiri sebab pelik kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam mcm kita????????
Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 tentang apa yang saya nak cakap ni.
Proses tumbesaran anak
PROSES…..setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Budak,bukan terus keluar jengah dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.
Adakah budak….asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?
Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ”me time”..
Kanak-kanak ni parents….fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar-keluar dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah ‘melawan’ fitrah manusia.
Kanak-kanak kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu
SENSORIMOTOR DEVELOPMENT atau PERKEMBANGAN SENSORIMOTOR
Kdg2 saya geram juga….apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan utk kes kanak2 yang developmental delay yang kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.
Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca,tengok TV,tengok gadget time makan,time tidur…time kita nak berehat…memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli…bila anak nak memanjat,kita risau jatuh….
Nilah dia sikap parents zaman skrg yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat…nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini….
Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri…
“Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya”: No komen. Ni jawapan paling malas saya nak layan. End up saya mmg tak reply dah. Sorry ya.
Proses perkembangan sensorimotor yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak-anak ,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah
1.Anak-anak kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling merekabukan sahaja kepada kulit badan malah terhadap mulut juga. Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin…tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas and so on.
Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi, sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar.
Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A, kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa-apa. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar, anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda ‘melawan fitrah’ anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?
Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul, secara automatiknya otot-oto anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak, baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua, maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.
Ada masalah ke nak bagi anak bergerak? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya…..
Lagi sekali,proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak, pada usia 5 tahun, apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang-kadang proses dia nak bergerak tu lama sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus, ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.
Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak-anak ni kan? Tak payah risau, aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya. Bagi anak yang lasak, boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard “IPOH” yang besar tu pulak. Kalau nak suruh boleh,tapi make sure safety measurement dan surat kebenaran kena ada la kan.
Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling,menangkap,menendang,menampar dan sebagainya. Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga….pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas, jadi anak pun malas….janganlah disalahkan anak.
Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat ‘fighting play’ atau ‘pillow play’. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak-anak ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan adalah sah.
Anak yang bergerak tanpa arah tuju, berikan “arah tujuannya”. Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.
Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak. Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi “down” terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk-cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.
Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.
Tapi jangan rasa bersalah. Menangis ketika berpisah adalah sebahagian daripada aspek perkembangan si kecil.
Sebenarnya anak yang ada rasa cemas akan perpisahan menunjukkan yang dia mempunyai bonding yang kuat dengan ibunya.
Ini membuktikan ibu telah cukup memberikan ketenangan, keselesaan dengan kehadirannya bersama anak.
Ini juga membuktikan si kecil berkembang dengan positif kerana dia belajar bahawa dia akan bertindak aktif (dengan menangis) bila rasa tak selesa selain kerana dia belum faham yang ibu akan kembali bersamanya semula nanti.
Tak percaya tengok video Yusuf ni. Dia tak risau sebab tahu ada daddy yang sangat menyayangi dan akan menjaganya dengan elok.
Sebagai suami yang prihatin, Hairul memberi peluang kepada Hanis untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawanya selepas sebulan menjaga Yusuf sendirian ketika dia sibuk dengan penggambaran filem Paskal di Sabah.
Jadi sebelum menyambung penggambaran di Turki pula, Hairul yang kini bercuti dan pulang ke rumah tak kisah untuk mengambil alih tugas menjaga Yusuf pula sementara Hanis membuat urusannya pula.
Ramai di kalangan mereka yang bergelar ibu turut rasa terharu dan kagum dengan sikap sporting Hairul yang memahami tugas berat seorang isteri sehinggakan diberikan ‘me time’untuk merehatkan diri seketika tanpa anak di sisi.
Apa pun itu cara mereka suami isteri menguruskan rumah tangga dan anak. Setiap orang ada cara tersendiri. Jadi tak perlu kecam atau kutuk tindakan ibu yang meninggalkan anak di bawah jagaan ayah ketika mereka bercuti bersama kawan-kawan atau atas urusan kerja.
Yang penting suami yang beri keizinan kepada si isteri dan pastinya ayah pun hendak bonding time berdua dengan si anak pula
Semua anak suka bermain dan ada kecenderungan mereka masing-masing. Setiap anak mempunyai minat mereka sendiri. Pernahkah anda melalui pengalaman membeli permainan yang sama untuk anak, kemudian salah seorang tidak terlalu teruja dengannya?
Sebenarnya minat anak-anak ini mempunyai maksud di sebaliknya. Kecenderungan mereka terhadap sesuatu jenis permainan boleh memberitahu kepada ibu ayah tentang personaliti anak anda.
#1 ANAK SUKA DINOSAUR
Anak yang suka dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Dia akan menghafal nama-nama dinosaur dan ini menunjukkan mereka seorang yang cekap, pintar dan pantas.
#2 ANAK SUKA BULLDOZER
Anak yang meminati permainan ini mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Seorang yang lasak dan suka berdikari. Jika anak suka tengok bulldozer yang sebenar, dia menunjukkan minat terhadap perkara teknikal.
Biasanya anak perempuan yang mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan sukakan kecantikan. Anak yang sukakan permainan ini berminat dengan seni dan kreatif.
Bijak menghafal dan sukakan teori. Jika diasah minatnya ini, dia cenderung untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan kerjaya sama ada kejuteraan atau menjadi anak kapal.
Anak yang ceria dan mudah mesra. Mereka juga cenderung pada bidang automotif dan mesin.
#6 ANAK SUKA PERMAINAN MASAK
Seorang yang penyayang, bertanggung jawab dan sensitif. Selalunya suka berimaginasi dan jika disokong oleh ibu ayah boleh menjadikan mereka lebih bertanggung jawab.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...