Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai?
Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.
Kenapa?
Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal.
Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.
Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.
Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.
Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti.
Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.
Ads
Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?
Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi? Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.
Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram.
Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.
Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.
Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.
Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.
Ads
Kesan perlu diketahui
Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:
1. Wujud risiko alahan
Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan. Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya. Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.
2. Bahayakan kesihatan
Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang.
Ads
Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.
Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?
3. Cerewet dalam soal makan
Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar.
Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?
Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda.
Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi.
Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan anak menjadi seorang picky eater.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama dan papa hanya boleh memperkenalkan ketam selepas hari lahir pertama bayi. Hal ini kerana ketam mengandungi sodium yang tinggi. Berikan hanya yang segar dan beku serta elakkan jejari ketam tiruan yang banyak dijual di pasaran.
Ketam Banyak Khasiat Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas
Ketam sangat sihat untuk bayi berumur satu tahun. Ia adalah sumber protein tanpa lemak dengan nutrien penting yang tinggi seperti vitamin B12, selenium, tembaga dan zink. Ketam juga merupakan sumber asid lemak omega 3 yang baik.
Doktor Ini Kongsi Tip Buat Mama & Papa
Dr Amalina berkongsi kaedah cara menghidangkan ketam di bawah:
]
Bagaimanapub ketam mempunyai kesan merkuri akibat pencemaran air. Jadi makan ketam secara sederhana dan hidangkan sekali-sekala sahja ya.
Memandangkan ketam adalah sejenis kerang, ia adalah salah satu alergen makanan yang paling biasa. Perkenalkan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada tindak balas alahan, tambahkan kuantiti secara beransur-ansur semasa hidangan yang berikutnya.
Pening juga dibuatnya bila anak terlampau memilih makanan. Malah disekalikan dengan makan ikut mood. Makin pening ibu dibuatkan. Adakalanya hanya inginkan makanan yang disukai pada tempoh yang lama. Ibu jangan pening sebaliknya perlu jadi lebih bijak menangani masalah anak ini. Jom cabar diri.
Tip dan trik yang dikongsikan oleh Pegawai Dietetik, Sharifah Farhana Al-Khaired daripada Alpro Pharmacy ini mama wajib cuba. Rugi tak aplikasikannya buat anak kita.
TIPS TARIK PERHATIAN ANAK ‘PICKY EATER’ UNTUK MAKAN!
Sepanjang saya bekerja sebagai Dietitian di farmasi, ramai momies dan dadies yang datang cari supplement untuk tambah selera anak. Biasanya saya akan tanya dulu apa punca anak mereka tak nak makan. Adakah mereka memang memilih atau memang jenis tak suka makan.
Jika anak anda memilih, saya nak share sikit lah antara tips untuk menarik perhatian anak supaya sukakan makanan!
1. SEDIAKAN MAKANAN DALAM BENTUK ‘FINGERFOODS’ Untuk menarik perhatian anak kepada makanan, mommies perlulah menyediakan makanan yang berpadanan dengan fizikal kanak-kanak yang kecil & tangan mereka yang comel itu. Pastikan anak boleh pegang dan menyuapkan makanan ke dalam mulut dengan mudah.
Jika buat sandwich roti, potongkan roti kepada 6 @ 8 bahagian. Beli buah-buah yang kecil (anggur/strawberries/limau mandarin) atau potong-potongkan buah seperti pisang/pear/epal kepada beberapa bahagian kecil. Boleh juga sejukkan dahulu buah di dalam peti beberapa jam sebelum dimakan.
2. NASI KEPAL ATAU ‘RICEBALLS’ Teringat dulu masa kecil-kecil saya pernah dijaga oleh mak angkat. Sementara tunggu umi habis mengajar di sekolah, saya akan tinggal & makan di rumah mak angkat. Salah satu makanan yang saya memang ingat sampai sekarang adalah ‘nasi kepal’. Uishh selera betul waktu tu makan. Beliau akan kepal-kepalkan nasi panas + lauk + sayur dan suapkan ke mulut saya.
Mommies boleh cuba cara ni sebab kanak-kanak sukakan makanan yang mudah dimasukkan ke dalam mulut. Selain menarik perhatian anak untuk makan, menu tersebut boleh create 1 memori indah antara anak dan ibu sama seperti saya yang rasa dulu 😊
3. GUNAKAN PINGGAN ‘SPECIAL’
Mommies boleh ajar anak makan menggunakan pinggan bergambar mengikut kelas makanan seperti karbohidrat (nasi/mee/roti/macaroni/ubi-ubian), protein (ayam/ikan/daging/telur/cheese), dan fiber (sayur-sayuran dan buah-buahan). Pinggan yang bergambar dan berwarna boleh mempengaruhi minat dan selera anak untuk makan dan mencuba makanan baru.
4. MINI CHEF! Haaaa part ni mesti mommies banyak naik angin. Menyediakan makanan bersama anak mungkin adalah salah satu mimpi ngeri bagi mommies, tapi bukan untuk anak anda. Makanan yang disediakan sendiri oleh anak boleh menarik minat mereka untuk mengenali lebih banyak jenis makanan dan boleh diolah mengikut citarasa mereka sendiri.
5. GUNA ACUAN ROTI BERBENTUK KARTUN Sekarang ni acuan berbentuk kartun sudah banyak dijual online. Mommies tak perlu susah payah hias itu ini, potong seaweed untuk buat mata hidung ataupun mulut. Anda hanya perlu tekapkan acuan pada roti dan taburkan serbuk koko pada bahagian mata/mulut/hidung pada acuan seperti dalam gambar.
Saya faham, dugaan menjaga anak ‘picky eater’ ini memang bukan mudah. Perlukan komitmen dan kesabaran yang EXTRA berbanding menjaga kanak-kanak lain. Tapi, ibubapa tak perlu susahkan diri untuk sediakan makanan yang extravaganza.
Anda hanya perlu bijak bermain dengan psikologi anak supaya mereka tertarik dengan makanan.
Cukuplah saya bagi 5 tips ini dulu sahaja ya. Nanti saya kongsikan lagi tips yang lain pada entry akan datang. Banyak lagi tips menarik tau! Bagi yang belum pernah cuba method di atas, mungkin boleh cuba dulu bermula hari esok.
All the best mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
1. Pelembap Tu Kena Jadi BFF!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
MINYAK ZAITUN
Gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan bermasalah, amalkan sebelum tidur kerana vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.
MINYAK KELAPA DARA
Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda. Kalau nak guna minyak aromaterapi dengan haruman lavender, sitrus dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit.
ALOE VERA
Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan.
Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan seketika lebih kurang 15-20 minit sebelum dibilas bersih.
SKRUB KOPI
Buat skrub kopi dengan mencampurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa atau minyak zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih. Bau kopi memberi ketenangan dan dapat mengurut dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.
2. Minum Air Cukup!
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
3. Makan Macam Nak Kulit Flawless!
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Buah sitrus (oren, lemon)
Avokado
Kekacang (badam, walnut)
Ikan salmon
4. Gatal? Jangan Garu, Sis!
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
5. Berat Badan, Jangan Naik Ikut Nafsu!
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Kesimpulan
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.