Dalam keadaan sekarang, ibu bapa yang ada anak kecil perlu fikirkan beberapa kali untuk membawa anak keluar. Bukan apa, tak semua golongan sesuai memakai pelitup muka.
Penjelasan Dr Redza Zainol mengenai pemakaian pelitup muka bagi kanak-kanak bawah 2 tahun ini boleh dijadikan garis panduan bersama ibu bapa.
Nampak comel, tapi pelitup muka tak boleh dipakai oleh kanak-kanak dibawah umur 2 tahun.
Produk topeng muka kain tak sepatutnya dijual untuk bayi yang masih kecil.
SEBAB APA PELITUP MUKA BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?
✅ Laluan pernafasan bayi sangat kecil, bernafas melalui topeng muka lebih menyesakkan nafas mereka.
✅ Bayi yang memakai topeng muka secara longgar tak beri apa-apa perlindungan pada mereka.
✅ Bayi yang terasa sesak nafas ketika memakai topeng muka, tak dapat membuka topeng muka tu dengan sendiri. Dia juga tak dapat meminta bantuan dari orang sekeliling.
Ads
✅ Kebanyakan kanak-kanak kecil akan cabutkan topeng muka yang dipakai pada mereka. Maksudnya lagi kerap mereka akan sentuh mata, hidung dan mulut mereka sendiri.
✅ Tidak ada topeng muka N95 yang diluluskan selamat untuk bayi.
BAGAIMANA SAYA BOLEH LINDUNGI ANAK SAYA DI TEMPAT AWAM?
📌 Tak membawa anak ke tempat awam jika tiada sebab yang kukuh.
📌 Jika masih perlu bawa bayi keluar, tutup baby carrier dengan selimut nipis. Bukan tutup muka bayi dengan selimut atau kain.
Ads
📌 Alihkan selimut jika kita terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu.
📌 Penjaga bayi perlu amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun. Sanitizer dengan alkohol 60% ke atas boleh juga digunakan.
📌 Jika mak atau ayah perlu juga bawa bayi keluar ke tempat awam, pastikan perjalanan tu dibuat secepat mungkin dan amalkan jarak 1 meter dari orang lain.
📌 Mandikan bayi dan tukar pakaian bayi sejurus tiba di rumah.
Ads
📌 Ajarkan anak yang sudah besar supaya tak menyentuh muka sendiri.
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya. Kita cuma nak pastikan anak kita sihat dan selamat.
Jemput follow saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info/tips kesihatan kanak-kanak percuma dan menarik di wall saya.
Elisya Sandha, pelakon dan menantu kepada Sheila Rusly, berkongsi pengalaman getir selepas melahirkan anak keduanya, Bahtera ElHaq. Hasil perkahwinannya bersama Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga ElHaq dan Bahtera Elhaq.
Namun, pengalaman berpantang selepas melahirkan anak kedua ini jauh lebih mencabar daripada yang pertama.
Malahan melalui perkongsiannya di Instagram juga Elisya memberitahu banyak yang berlaku ketika dia berpantang yang menggugat emosi dan mentalnya. Katanya ada hari-hari yang ‘mematahkan’ dirinya, tetapi ada juga masa yang menjadikan dia lebih kuat.
Menurut pelakon cantik ini, perkara yang membuatkan dia merasa ‘down’ semasa dalam fasa berpantang adalah kerana jangkitan pada luka pembedahan bersalin. Ia membuatkan dirinya merasa tertekan kerana semua perkara dirasakan serba tidak kena. Tambah Elisya lagi, keadaan bertambah sukar kerana semua posisi akan menyebabkan dirinya merasa sakit dan tidak selesa.
“Saya rasa down sebab ada di tempat pembedahan C-section tu ada luka dan terkena jangkitan. Jadi saya duduk tak kena, baring tak kena, nak berjalan pun tak kena. Bila jadi semua tu, saya sakit kepala dibuatnya.”
Namun adik kepada pelakon jelita Fasha Sanda ini mengakui dirinya menjadi kuat dan bersemangat kerana dikurniakan suami yang cukup memahami. Biarpun dengan hanya melihat keadaan dirinya, kata Elisha, Uzair boleh ‘menghidu’ ada yang tak kena dan sentiasa mengambil berat. Selain itu, semangat Elisya juga menurutnya datang apabila melihat anak-anaknya di depan mata.
Bukan itu sahaja, Elisya turut melahirkan rasa syukur kerana ibu mentuanya yang sangat penyayang dan benar-benar menjaganya dengan baik. Katanya, dia sangat beruntung kerana ibu mentua sangat mengambil berat soal pemakanan ketika berpantang dan akan menyediakan hanya yang terbaik untuk dirinya.
“Saya beruntung ada mak mentua yang caring. Saya tak perlu fikir tentang makanan berpantang, memang dia yang jaga semuanya. Kalau saya tak makan, dia akan make sure saya makan. Saya sangat bertuah dapat mak mentua yang betul-betul caring tentang saya.”
Biarpun sakit dan merasa tidak selesa, Elisya memilih untuk tidak memberitahu kepada ramai orang. Hanya suamilah tempat dia berkongsi kerana tidak mahu keluarganya merasa risau dengan keadaannya.
“Saya choose not to luah pada mak mentua atau orang lain sebab tak nak mereka risau. Kecuali dengan suamilah kan, sebab dia duduk dengan saya. Hari-hari tengok muka saya, dia pun dah boleh tahu bila saya okay atau tak.”
Pengalaman oleh Elisya ini mengingatkan semua ibu, terutama mereka yang melahirkan secara C‑section, bahawa proses berpantang bukan sekadar tempoh rehat tetapi juga masa untuk penyembuhan fizikal dan emosi. Bila berlaku komplikasi seperti jangkitan, jangan tunggu lama untuk dapatkan rawatan dan pastikan anda dikelilingi orang yang memahami.
Tanda lahir pada bayi adalah satu perkara yang bukan lagi ganjil malah biasa kerana kira-kira 80% bayi akan lahir dengan tanda lahir pelbagai variasi bentuk, warna dan saiz.
Antara jenis tanda lahir yang paling popular ada pada tubuh badan si kecil anda itu adalah variasi Mongolian Blue Spot di mana ia akan kelihatan seperti kulit mereka sedang lebam.
Memandangkan ia tampak menonjol, maka mungkin ramai ibu bapa yang akan fikir bahawa birthmark itu akan mendatangkan bahaya terhadap si manja mereka.
Ada yang percaya bahawa ia bahaya serta sebaliknya. Jadi, mari terus baca artikel ini untuk tahu!
Tanda lahir pada bayi Mongolian Blue Spot, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, birthmark pada bayi ini adalah angkara pengumpulan atau penumpuan sel-sel pigmen melanosit iaitu zat pewarna semula jadi dalam kulit.
Ketidakrataan pigmen melanosit ini boleh terjadi di bawah satu kawasan kulit yang tertentu dan terperangkap di situ ketika bayi masih berada di dalam fasa kandungan.
Kesannya, ia akan jadi punca muncul tanda berbentuk seperti peta, berwarna seakan biru serta bersaiz tidak tentu sehingga ramai yang sangka ia adalah lebam pada kulit.
Antara kawasan kulit yang biasa muncul tanda lahir ini adalah pada belakang, punggung, kaki, tangan atau mungkin juga ada pada kawasan lebih terdedah seperti kulit muka.
Sebenarnya, kondisi kulit ini adalah normal kerana ia boleh berlaku kepada ramai bayi namun mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan penampilan si kecil anda itu.
Apakah punca tanda lahir pada bayi ini?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca tanda lahir jenis Mongolian Blue Spot adalah pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit dalam kulit.
Pun begitu, sehingga kini pakar masih tidak dapat memastikan apa faktor risiko yang akan menyebabkan pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit ini berlaku.
Menurut kajian, tanda lahir jenis ini lebih banyak berlaku kepada bayi yang lahir dari susur galur keluarga atau kaum berkulit gelap berbanding mereka yang berkulit cerah.
Ia dibuktikan melalui penelitian di mana tanda lahir jenis ini sering ditemukan pada bayi dengan ras Mongoloid (orang benua Asia) serta ras Negroid (orang benua Afrika).
Namun itu bukan bermakna bahawa mereka yang berkulit cerah tidak akan mendapat tanda lahir ini!
Wujudkah bahaya tanda lahir pada bayi ini?
Tanpa dapat disangkal lagi, tanda lahir yang wujud pada kulit bayi anda itu mungkin adalah tidak berbahaya atau berkait dengan keadaan kesihatan termasuk Mongolian Blue Spot.
Ini kerana ia hanya bersifat luaran dan bukannya internal serta akan pudar atau hilang secara sendiri sebelum si kecil anda itu menginjak usia remaja atau dewasa kelak.
Dalam beberapa kes yang sangat jarang, ia juga mungkin boleh jadi indikator kondisi berikut:
Dalam pada itu, tanda lahir itu mungkin boleh berubah bentuk menjadi lebih luas, warna menjadi lebih gelap dan saiz menjadi lebih besar. Itu mungkin tanda kanser kulit.
Jika ibu bapa khuatir dengan birthmark si manja anda itu, segera jumpa doktor untuk konsultasi!
Ini yang ibu bapa mungkin boleh lakukan…
Para ibu bapa yang ada anak dengan birthmark jenis ini perlu kekal tenang kerana ia normal, tidak bahaya serta tidak perlu dirawat atau diubat melainkan doktor kata sebaliknya.
Jika doktor telah mengesahkan bahawa ia adalah indikator kepada penyakit-penyakit di atas atau kanser, maka langkah awal perlu anda ambil segera untuk elak komplikasi kelak.
Namun jika doktor kata tanda lahir pada bayi anda itu normal cuma dan hanya akan menjejaskan penampilan, maka ada prosedur khas yang ibu bapa mungkin boleh lakukan.
Menurut Dermatologic Surgery, ia mungkin boleh dikurangkan atau dihilangkan menggunakan prosedur terapi laser Alexandrite yang perlu dibuat semasa mereka masih kecil.
Ini kerana tahap keberkesanan terapi laser ini akan semakin berkurang seiring pertambahan usia. Waktu yang paling disyorkan untuk prosedur ini adalah sebelum masuk usia 20 tahun.
Konklusinya, birthmark atau tanda lahir itu ada banyak jenis dan salah satu yang paling kerap berlaku adalah Mongolian Blue Spot.
Kebanyakannya mungkin tidak bahaya namun hanya akan menjejaskan penampilan. Jumpa doktor segera untuk berbincang.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana wanita yang pertama kali bersalin, perlu tahu bahawa urutan adalah rutin yang sangat penting dalam amalan berpantang.
Sejak daripada dahulu hingga kini, urutan selepas bersalin masih diamalkan kerana banyak manfaatnya kepada anda apabila ia menunjukkan kesan positif.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan urutan selepas bersalin yang patut anda tahu.
Melegakan sakit badan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu yang memenatkan. Tanpa anda sedar, ia memberi tekanan kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bawah abdomen, belakang, dan pinggang.
Selepas bersalin, bahagian berkesan masih tertekan kerana ia digunakan sepanjang anda menjaga dan menyusukan bayi. Sesetengah posisi penyusuan jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan ketidakselesaan badan.
Urutan akan membantu anda untuk lebih relaks selain melegakan kesakitan yang dialami.
Melancarkan perjalanan darah
Urutan lembut di seluruh badan mampu melancarkan perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia berupaya mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.
Mempercepatkan proses pemulihan
Urutan yang dilakukan di bahagian tertentu tubuh dapat membantunya sembuh segera. Dapatkan tukang urut bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Urutan diyakini berkesan dalam mengatasi masalah berkaitan pengeluaran susu ibu.
Ada benarnya kerana apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Mencegah tekanan
Urutan dapat membantu anda berasa relaks. Selain sentuhan dan tekanan urutan lembut, aroma daripada minyak herba juga membantu anda berasa lebih tenang.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin menguruskan bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan yang demikian, risiko meroyan dapat dikurangkan.
Membentuk tubuh
Urutan juga dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul semasa kehamilan. Malah dengan pemakaian bengkung, ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan membentuk tubuh agar kelihatan langsing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.