Kenapa anak kecil suka main suis letrik di dinding rumah? Adakah anak anda pun mempunyai ‘hobi’ yang sama? Sebenarnya ia adalah perkara biasa apabila melihat si kecil yang berusia 8 bulan ke atas gemar memetik suis letrik di dinding rumah. Siapa yang tidak risau bila anak kecil main suis letrik.
Kalau berlaku depan mata ia masih boleh dihalang tetapi kalau si kecil melakukannya di luar pengetahuan, memang risau!
Untuk pengetahuan ibu dan ayah, berikut antara sebab mengapa suis lektrik menjadi salah satu ‘mainan’ kegemaran si kecil.
1. Mereka dalam fasa meneroka persekitaran jadi mereka hendak mencuba semua perkara baru. Setiap hari adalah pelajaran baru bagi si kecil. Dia teruja hendak meneroka dunia baru di luar katil bayi atau playpennya. Jadi bila dia sudah dibiarkan bebas merangkak atau berjalan di sekitar rumah, anak anda tak sabar hendak cuba menekan suis tersebut.
2. Suis elektrik dianggap seperti alat mainan yang menghiburkan dan menyeronokkan bagi si kecil.
3. Mereka tidak tahu tentang rasa bahaya. Bagi si kecil semua objek yang ada di sekitarnya mesti dipegang atau disentuh tanpa mempedulikan sama ada ia berbahaya atau tidak.
Ads
4. Teringin meniru perbuatan orang dewasa. Selama ini mereka asyik memerhatikan perbuatan orang dewasa memetik suis, memasang soket elektrik, mengecas handphone dan sebagainya lagi. Jadi bila sudah ada peluang, memang si kecil tak akan melepaskannya.
5. Rasa ingin tahu yang tinggi. Dalam proses membesar, sifat ingin tahu menjadi sebahagian daripada pembelajaran si kecil. Tak hairanlah dia asyik buka dan tutup suis letrik atau suis lampu di dinding rumah serta cuba memasang plug barang letrik atau memasukkan jari kecilnya ke dalam soket.
Ads
Walaupun cubaan meneroka benda baru adalah bagus untuk perkembangan pembelajaran anak tetapi malangnya, semua suis elektrik, plug barangan elektrik dan soket tidak direka selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
Jadi, sebagai ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak, anda mestilah menjadikan ruang kediaman selamat untuk si manja teroka tanpa mencederakannya.
Beberapa cara boleh dilakukan untuk membantu anak ‘explore’ dunia sekitarnya tetapi mengekalkan keselamatan.
a. Kenal pasti bahaya eletrik di dalam rumah. Kebanyakan barangan elektrik, gajet dan wayar adalah bahaya kepada si kecil.
Ads
b. Jauhkan daripada capaian anak. Si kecil tak akan faham tentang larangan ‘jangan’ menyentuh suis elektrik. Jadi untuk mengelakkan dia daripada membuka atau menuutp suis, anda perlu kreatif menjauhkan atau menyukarkan anak daripada menyentuhnya. Mungkin susun atur perabot dalam rumah perlu diubah suai sehingga anak faham tentang erti bahaya!
c. Menutup soket letrik menggunakan penutup khas yang ada dijual di kedai hardware atau untuk penyelesaian murah dan jangka pendek, anda boleh menggunakan pita pelekat buat sementara. Ia mungkin tidak tahan lama tetapi asalkan ia mampu melindungi suis tersebut daripada capaian si kecil usia 2 tahun yang asyik menutup dan membuka suis, ia sudah cukup baik.
d. Terangkan erti bahaya jika bermain dengan suis atau plug elektrik. Mungkin anda akan merasa stres kerana amaran bahaya anda langsung tidak diendahkan oleh si kecil tetapi pengulangan kata-kata amaran dan sedikit denda mungkin akan berkesan walaupun mengambil masa yang lama.
e. Berikan anak rasa tanggungjawab. Memetik suis dianggap satu permainan bagi si kecil. Mereka berminat untuk tahu apa akan jadi bila suis ditekan. Apabila anda mengajar anak tentang bahaya bermain suis, berikan mereka sedikit tanggungjawab. Contohnya bila masuk ke dalam bilik, suruh anak buka suis lampu. Kemudian suruh mereka menutup suis apabila keluar. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa perbuatan memetik suis letrik bukanlah satu permainan tetapi tugas yang penting!
Mempunyai anak kecil memang menjerumuskan kita ke dalam banyak risiko bahaya. Tetapi kita tidak boleh menghalang keinginan mereka untuk meneroka dunia sekitar kerana ia penting untuk pembelajaran mereka. Namun anda perlu memastikan keselamatan si kecil tetap terjaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun sireh memang terkenal banyak kegunaanya untuk rawatan penyakit. Rupanya ia berkesan menghilangkan batuk dan kahak yang dialami oleh bayi. Kasihan tengok bila bayi kena batuk, kahak dan selesema kerana si kecil masih belum tahu cara mengeluarkan kahak dan hingus dari dalam hidung mereka. Akibatnya bayi akan merengek dan meragam kerana sukar untuk menarik nafas akibat hidungnya tersumbat.
Selain dari itu batuk juga akan menyebabkan tekaknya gatal dan kering dan akhirnya bayi enggan menyusu. Kalau tak sihat macam tu, ibu bukan sahaja susah hati tapi tak boleh bergerak ke mana kerana bayi hendak ‘melekat’ sahaja.
Jika si kecil anda belum cukup 2 tahun, biasanya doktor tak akan memberikan sebarang ubat batuk atau selesema. Jadi bagaimana cara terbaik untuk merawat batuk dan kahak bayi? Ada banyak petua tradisional untuk merawat batuk si kecil yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur atau sekitar rumah kita.
Antara yang popular adalah menggunakan bawang putih, kunyit, lemon dan seorang ibu ini berkongsi petua viral menggunakan daun sireh untuk merawat masalah batuk dan kahak bayinya. Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, bayi Shikin Jaiz berjaya mengeluarkan kahak dan hingus yang tersumbat.
Assalamualaikum..
Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi
Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..
Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.
Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..
Alhamdulillah..
1.layur kan sireh pd api lilin/dapur
2.sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3.selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh
Letakkan sireh di dada baby dan belakang baby.
5.selamat mencuba
Sumber: Shikin Jaiz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu kaedah untuk merawat anak yang mempunyai kulit sensitif. Kalau tersalah kaedah rawatan mungkin boleh menyebabkan kulit anak lebih teruk.
Ruam Panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada peluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memastikan bayi berpakaian kain kapas yang longgar.
Kepala Berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seboroik yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau dibelakang telinga, keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sesekali mengikis atau menanggalkannya sendiri.
Ekzema
Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki dan dada atau bahagian tubuh yang lain.
Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kuli bayi akan kering dan kemerah-merahan.
Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Ruam Lampin
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembab yang mengandungi bahan kimia yang keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat melihat perkembangan anak, itulah detik indah yang akan menjadi kenangan buat kita sebagai ibu ayah. Alangkah seronoknya melihat anak membesar, apa lagi dengan pencapaian baru mereka setiap hari. Bermula dengan masa mereka mulai belajar meniarap, duduk, merangkak, berdiri, bertatih dan berjalan, semuanya membuatkan kita teruja.
Begitu juga dengan pasangan influencer media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam apabila mereka berkongsi video si comel Rina mula berdiri dan belajar mengimbangkan tubuhnya. Dalam video tersebut, Rina dilihat dapat berdiri sendiri buat seketika sambil diperhatikan ayahnya.
Sekejap saja masa berlalu, anak pun cepat membesar. Terasa seperti baru semalam melahirkan tetapi hari ini dah macam-macam benda yang dia boleh buat. Memang seronok bila tengok anak membesar depan mata kan?
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.