Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh pada penghujung tahun 2021. Khabar gembira ini dikongsikan di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur diatas kelahiran bayi tersebut.
“Anak ke-7 saya ni adalah anak istimewa”
Terbaru setelah hampir beberapa bulan kelahiran anak ketujuhnya, Faizal Tahir baru sempat bercerita berkenaan anak perempuannya yang lahir pada Disember 2021.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah dikurniakan seorang anak istimewa yang diberi nama Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal selepas mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Tambahnya lagi, kelahiran Maryam ini sangat istimewa kerana telah disahkan sebagai ‘anak syurga’ yang mempunyai sindrom down.
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak berasa terbeban dan telah bersedia mental, fizikal sejak doktor mengesan beberapa komplikasi terhadap kandungan isterinya.
Ads
“Salah satu benda yang baru untuk tahun 2022 ini adalah kelahiran anak ke-7 yang diberi nama Maryam Tahirah.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah beri keistimewaan, yang sangat-sangat special kepada kami sekeluarga kerana sejak dalam kandungan doktor dah dapat detect beberapa masalah komplikasi kemudiannya diconfirmkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dengan oksigen tu tak bagus apa semua. Masa tu dah dapat tahu lah memang nak kena operate jantung Maryam,” kongsinya.
Ahli keluarga, rakan-rakan tak henti beri kata semangat
Faizal yang merupakan aktivis kemanusiaan juga mengakui yang dia tidak pun menyorok hal tersebut dan sering berkongsi keadaan anaknya kepada sahabat handai, rakan sekerja serta ahli keluarga.
Apa yang membuatkannya lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu adalah kata-kata positif daripada semua pihak yang tak henti-henti memberikan semangat buatnya sekeluarga.
Ads
“Seluruh ahli keluarga kami pun dah diberitahu mengenai hal ini dan tak sangka jawapan yang diterima sangat positif sehingga buatkan kami rasa kuat menghadapinya,” kongsinya.
Perkongsian Faizal menerusi Instagram dan sangat positif menerima takdir Allah dengan berlapang dada ini sangat memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Rata-rata warganet mendoakan agar Faizal dan keluarga terus semangat dalam menempuhi kehidupan baru bersama Maryam yang pastinya memberikan mereka seribu satu keistimewaan di dunia dan di akhirat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baharu sahaja melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan, tetapi pelakon cantik, Shima Anuar dilihat sangat segar dan seperti tidak dalam tempoh berpantang. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram peribadinya, Shima menjawab persoalan kebanyakan peminatnya yang bertanyakan tentang caranya berpantang.
Kapsyen panjang lebar itu disertai dengan sekeping foto ketika dia di dalam dewan pembedahan untuk melahirkan anaknya. Cerita Shima, dia sangat takut kerana sebelum ini sering dimomokkan dengan cerita bersalin pembedahan kali keduan biasanya lebih sakit dari yang pertama. Selain itu, dia turut berkongsi tentang pengalaman bersalinkan anak sulung di mana lukanya yang terbuka semasa mandi.
Disebabkan ramai DM yg tanya about czer, tips and bla bla bla. Tak larat yg reply satu2. Ok, let me share my experience here. Pandang dan lihat la gambar ni. Haha. Nampak tenang kan? Tp jangan disangka air yg tenang takde buaya. ? Actually I WAS SO SCARED! Dah habis control macho dah dalam OT masa tu. Tapi diam2 I nangis, air mata meleleh non stop ok. Sumpah takut gila!
Why..?? 1, I selalu dengar org cakap second czer akan lagi sakit drpd the first one. 2, i had a bad experience lepas beranakkan Sophia. Seminggu lepas beranak Sophia, 1 part of my stitches, terbukak masa mandi. Darah keluar non stop. Ngeri ?
Sampaikan i cakap, ok aku taknak beranak dah lepasni! Tp eh Sophia tak sampai setahun, pregnant dah balik. Hahah! (heyy rezeki Allah nak bagi. jgn pertikai ?) Ok so citer dia, this time I tukar doctor. I am so lucky dapat Dr Seri. Alhamdulillah syukur sangat2 semuanya ok. Takde stress2. Seminggu beranak, I boleh main kejar2 dgn Sophia. Sampaikan my CL tegur, ni baru lepas beranak ke tak ni. ? Tipu la kalau cakap tak sakit langsung. Memang la sakit sikit. Tp kejap je. Mana ada beranak yg tak sakit. Be strong. Jangan fikir sgt pasal sakit. TAPI tak bermaksud la korang boleh buat macam2, panjat sana sini pulak. Just relax. Take a deep breath. Jangan layan sgt sakit tu. Ermm pastu jaga pantang. Memang la korang nampak macam, eh budak ni tak habis pantang dah keluar sana sini. Tapi kalau i keluar pun, kejap2 je. Balik rumah still buat segala mak nenek rutin pantang. EVERYDAY. Tak pernah skip 1 pun! Urut, tangas, tungku tu semua. And please jaga makan jugak. Big NO to ikan haruan, gamat. And i makan vitamin C untuk bagi luka tu cepat baik. So any vitamin C will do. Kalau baru je czer, make sure ur wound tu selalu kering. Lepas mandi pakai hair dryer utk keringkan part tu. So i think thats all yg i boleh share from my experience. Anything else tanya doctor k? Take care mommies. Be strong! ?
Sebenarnya semua bergantung kepada kemampuan si ibu. Jika boleh bergerak aktif, tidak salah. Tetapi janganlah sampai memberi kesan kepada kesihatan anda. Tetapi seandainya anda tidak mampu lasak, seeloknya berehatlah sehingga anda pulih sepenuhnya. Ini hanya perkongsian dari Shima, mengikut caranya. Pa&Ma doakan agar Shima segera sembuh dan bayinya akan membesar dengan sihat!
Anak dah start mengences main air liur. Habis rambut gugur. Pasal apa ae? Apa kaitan air liur anak dengan rambut kita?
Anak start main air liur sangat berkait rapat. Kalau anak tak main air liur ditakuti perkembangan anak ada masalah. Setiap bayi haruslah ikut perkembangannya.
Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:
-Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
-Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
-Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
-Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.
-Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Sumber: ibuzarith.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sakit, pastinya ibu antara orang yang paling risau. Tambah pula dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum reda. Itu yang sedang dirasai pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila anak lelakinya, Mohamad Eidrees terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Musim anak kecil sakit
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Anzalna, 34, berkongsi keadaan kesihatan Eidrees yang kini sedang menerima rawatan.
Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, anak lelakinya itu tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga terpaksa bermalam di hospital sejak hari Selasa.
Dugaan kecil buat kami sempena cuti Tahun Baru Cina. Eidrees secara tiba-tiba tak sihat.
Doktor cakap sekarang ini banyak kes yang serupa macam Eidrees. Keluar rumah atau duduk rumah kalau nak kena, kena juga!
Dia seorang anak lelaki yang kuat walaupun tak sihat tetap gembira. Nampaknya kena berkampung lama juga di hospital. Tolong doakan Eidrees cepat sembuh.
Bagaimanapun, pelakon drama Memori Cinta Suraya tidak mendedahkan jenis penyakit yang sedang dialami Eidrees.
Moga Eidrees kuat dan cepat sembuh
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Eidrees cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Di samping itu, ada juga segelintir ibu bapa yang berkongsi pengalaman selepas anak mereka turut sama sakit.
Terdahulu, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!