Datin Sri Shahida seperti ibu-ibu lain yang selalu lakukan perkara ini semasa proses pam susu. Alahai Yusoff pula comel, mana boleh tak teringatkannya.
Perkara ini memang tidak dapat dielakkan, tambahan pula jika tidak membawa anak Bersama-sama, tentu rasa rindu tidak dapat dibendung. Rasa mahu sahaja balik cepat untuk memeluk si kecil. Perkara ini diluahkan oleh Datin Sri Shahida terhadap anaknya, Yusoff Alqardawi yang baru berusia 2 bulan.
Kerana rindukan buah hatinya ini, beliau telah memuatnaik gambar Yusoff dengan kapsyen berikut;
mama rindu @yusoffalqardawi …bila nak pump susu mesti ingat kat budak kecik sorang ni??
Kalau anak tengah batuk, ibu memang susah hati. Sebelum batuk anak jadi lebih teruk, ibu dinasihatkan berhentikan sekejap memberi anak makan makanan dan minuman bertenusu dan bergula. Kenapa?
Sekiranya yang mengalami batuk adalah anak bawah umur 2 tahun, pemberian ubat batuk memang tidak dibenarkan sama sekali. Seeloknya rawat dulu batuk yang baru dialami oleh anak dengan cara rawatan menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur selain mengelakkan daripada memberinya makan dan minum makanan yang boleh menggalakkan lagi pengumpulan kahak seterusnya menyebabkan batuk semakin teruk.
Baca penjelasan yang dikongsi oleh Intan Nornie Sheika mengenai kenapa perlunya hentikan seketika pemberian makanan dan minuman tenusu dan gula semasa tengah batuk.
Sekarang musim tidak sihat. Kawan-kawan Adam, ramai yang batuk, berkahak dan selsema.
Cassein dalam susu
Cassein ini adalah kumpulan protein yang ada dalam susu. Dalam susu lembu, akan ada dua bahagian utama iaitu bahagian cecair whey dan cassein. Kedua-duanya ialah protein susu.
Whey adalah kumpulan protein-ringkas (mudah hadam) dan cassein ialah protein yang kompleks (mengambil masa untuk hadam). Kombinasi kedua ini perlu untuk kita dapatkan susu.
Ini yang cetus lebih keradangan dan seterusnya menggalakkan lagi penghasilan kahak. Oleh itu, ketika anak kita diserang selsema dan batuk, hentikan sebentar pengambilan tenusu sehingga hilang keradangan dalam badan anak.
Jadi memang tak elok ke minum susu ?
Bukan begitu. Jika dalam keadaan kesihatan tidak menentu, memang sebaiknya elak sahaja tenusu. Boleh google ‘cassein-free diet’. Sangat membantu kita detoks semula sistem dalam badan kita.
Detoks paling baik adalah dengan berpuasa. ‘Merehatkan’ sistem kerja usus, membantu kesihatan yang lebih baik (gut healing).
Apa perlu dibuat ketika batuk, selsema atau berkahak.
+ Banyakkan pengambilan cecair (air/sup)
+ Jauhi produk tenusu dan gula
+ Ambil makanan dalam bentuk fiber ringkas
Remedi alami untuk batuk, selsema atau berkahak
+ Madu asli
+ Air rebusan kunyit bersama madu
+ Campuran air rendaman halia bersama kayu manis diminum
+ Cuka epal/kurma/zaitun bersama kunyit atau halia
+ Lemon/limau purut bersama halia atau kunyit
+ Rooiboos tea
+ Air rendam daun marunggay/moringa
+ Rendaman air bersama daun tulsi
Nota tambahan
Ada beberapa ilmu tentang cassein untuk pengambilan tenusu sebagai minuman dan masakan iaitu baka lembu. Lembu yang menghasilkan cassein Beta A1 atau A2 juga mempengaruhi imun kita. Nanti tibu ceritakan di post yang lain.
Sebelum ini Ashraf Muslim ada berkongsi di media sosial tentang dirinya yang disahkan positif Covid-19 dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Memandangkan pada hari Jumaat 24 April umat Islam di Malaysia mula berpuasa, pada malam Khamis suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Subari ini sempat menunaikan solat sunat terawih berjemaah di dalam wad pesakit Covid.
Menurut Ashraf Muslim malam itu adalah paling bersejarah dalam hidupnya apabila dia melakukan solat terawih berjemaah di wad pesakit Covid. Namun apa yang lebih mengujakan hatinya apabila mendapat kejutan kiriman video dari isteri-isteri dan anak-anaknya.
Sempat menonton video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Cukup membuatkan hati ayah kepada 4 orang cahaya mata ini meruntun hati tatkala ucapan ‘I Love You Ayah, “Stay Strong” dan “Get Well Soon Ayah” diungkapkan oleh anak-anaknya.
Dalam kapsyen video tersebut, Ashraf meminta isteri-isteri dan anak-anaknya untuk terus bersabar menunggunya pulang tak lama lagi.
“Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM.
“Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih…
“Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message.
“So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad.
“Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!,” kongsinya di Instagram.
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan.
Ramai ibu bapa yang beritahu anak gosok gigi tiap hari tapi kenapa boleh rosak? Berbalik pada hal ini, ibu bapa kena tahu bagaimana cara anak gosok gigi. Ini penting untuk memastikan gigi anak bersih dan tak mudah rosak.
Kebiasaannya ibu bapa akan paksa anak gosok gigi waktu pagi sahaja sedangkan waktu malam masa yang sangat perlu untuk menggosok gigi.
Menurut Dr Mohd Hisyammuddin posisi memberus gigi anak sangat penting untuk memastikan bakteria tidak menjadi punca kepada karies gigi. Berikut antara perkongsiannya.
Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan posisi untuk memberus gigi anak-anak kita sekaligus dapat memantau sebarang masalah yang terdapat dalam mulut anak-anak kita terutamanya karies gigi (gigi berlubang).
Untuk posisi A, saya cadangkan diaplikasikan kepada anak-anak dibawah umur 4 tahun dan teknik ini seboleh-bolehnya perlu dimulakan seawal gigi pertama mula tumbuh. Dengan posisi ini, anak-anak Insyaallah akan memberikan kerjasama (mungkin di peringkat awal, kaedah ini seolah-olah seperti “paksa rela”) dalam membantu proses memberus gigi dengan lebih berkesan.
Untuk posisi B pula, digalakkan untuk diaplikasikan kepada anak-anak yang berumur 5 tahun ke atas (atau yang boleh memberikan kerjasama sepenuhnya)
MamaKerja 2026 dibuka pada Ogos 2026. Ibu bekerja di Selangor yang layak berpeluang menerima insentif RM1,000 secara sekali bayar. Semak syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon.