Inilah Cara Ibu Ayah Fatimah Dan Ali Buat Sampai Anak Mereka Petah Bercakap Dan Bijak

Share

Siapa tak pernah tengok gelagat Fatimah dan Ali, kanak-kanak yang popular di Instagram? Dua beradik yang petah bercakap dan bijak ini kini menetap bersama keluarganya di Birmingham, United Kingdom (UK). Gelagat dua beradik ini bersama seorang abangnya Omar menerusi akaun Instagram yang dikendalikan ibu bapa mereka, @thefamily.uk menjadi hiburan yang menceriakan para pengikutnya.

Siapa yang menjadi pengikut setia instagram keluarga ini pasti tertunggu-tunggu video terbaru gelagat Fatimah dan Ali yang lucu dan menceriakan. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ibu bapa kanak-kanak ini mendidik anak sehingga petah bercakap, bijak dan confident.

Ia turut diakui oleh ibunya Nor Ashila Mahamed Ismail yang lebih dikenali sebagai Mrs Mom dalam akaun instagram ini. Katanya memang ramai ibu bapa di luar sana yang meminta mereka berkongsi tip bagaimana melatih anak-anak untuk petah bercakap di awal usia.

Ali mula bercakap pada usia 9 bulan, sama seperti Fatimah. Tetapi, dia mula meniru beberapa perkataan kami tuturkan semasa usianya baru 6 bulan. Teka apa perkataan pertama Ali? ‘MAH’ (Fatimah)!

Dia adalah anak yang terawal daripada 3 orang anak kami yang pandai bercakap. Tak seperti Fatimah, caranya lebih kepada apa yang kami gelarkan ‘The Master Immitator’. Dia tiru hampir semuanya daripada Idola No. 1 nya, Fatimah! Bagaimanapun dia hanya tahu secara random. Dia akan mengingat banyak perkara yang diperhatikan yang dia rasa catchy dalam bank memorinya, kemudian tunggu pada saat yang betul & mula melontarkan pelurunya, yang mana selalunya akan buat orang ketawa! Ini antara perbezaan besar di antara Ali & Fatimah, kerana Fatimah hanya akan bercakap apa yang difikirkan! Sangat mustahil untuk menyuruhnya ikut cakap kita. Itulah sebabnya kami gelarkan dia ‘BORN TO TALK’!

Kami menerima banyak permintaan daripada ibu bapa di luar sana untuk berkongsi tip kami tentang bagaimana kami melatih anak-anak untuk bercakap di awal usia. Berikut adalah pengalaman kami…

Peraturan No. 1 – ELAKKAN BABY TALK. Kami selalu bercakap dengan anak-anak mengikut cara orang dewasa, walaupun bayi bercakap nada cute dan memikat. Kami mula bercakap dengan mereka sepanjang peringkat kehamilan lagi. Bila anak lahir, mereka kenal suara kami serta merta kerana kami sudah berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Kami juga menggunakan intonasi berbeza untuk menarik perhatian mereka.

Peraturan No. 2 – BERTENANG & TERUSKAN BERCAKAP. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengambil masa berbanding kanak-kanak lain untuk mula bercakap. Jangan putus asa! Bertenang dan teruskan bercakap dengan anak anda setiap hari – cakap, cakap, cakap & jangan berhenti bercakap! Jangan paksa anak untuk bercakap. Ini akan hanya membuatkan mereka terus menolak untuk bercakap. Sesetengah ‘superstars’ lebih gemar mengambil masa sendiri untuk mengeluarkan suara!

Peraturan No. 3 – DENGAR. Bila anak anda mula bercakap, berikan perhatian. Libatkan diri dengan mereka – elakan komunikasi 1 hala. Biarkan mereka tahu yang anda sangat berminat dengan apa sahaja yang mereka cakapkan.

“Setiap anak mempunyai cara pembelajaran dan kadar yang berbeza. Setiap anak adalah istimewa…mereka hanya akan menyerlahkan keistimewaan mereka pada masa yang berbeza!”

#wisemomsays
Written by Mrs Mom – a mother of 3 amazing kids! I’m not a parenting expert. I’m just a mother, sharing through experience…coz sharing is caring!
#thefamilydotuk ©

Fatimah Cipta Trending Lagi Dengan Perkataan ‘gapoever’

Terbaru, satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram itu memaparkan keletah Ali yang melakukan role play sebagai doktor, cuba merawat masalah alergi yang dihadapi kakaknya, Fatimah.

Apa yang mengelikan hati ramai pengikutnya bukan sahaja aksi comel kedua-duanya tetapi juga penggunakaan perkataan ‘gapoever’ yang digunakan Fatimah.

‘Gapoever’ merupakan gabungan dua perkataan, ‘gapo’ yang bermaksud apa dalam dialek Kelantan, serta perkataan bahasa Inggeris ever, dan gabungan ini merujuk kepada ekspresi whatever dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘apa sajalah’.

Perkataan itu tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman sosial, dan ramai yang tidak dapat menahan rasa lucu tetapi dalam masa yang sama kagum dengan kebijaksanaan dan kreativiti Fatimah.

Sumber: Instagram thefamily.uk & Astro Awani

 

 

 

IKLAN